Kuinin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Kuinin?

Kuinin adalah sebatang pokok. Orang menggunakan kulit kayunya untuk membuat ubat.

Kuinin digunakan untuk:

  • Meningkatkan selera
  • Menggalakkan pelepasan jus penghadaman
  • Merawat kembung, kekenyangan dan masalah perut yang lain.

Ia juga digunakan untuk:

  • Gangguan pembuluh darah termasuk buasir, vena varikos dan kekejangan kaki.
  • Serangan ringan influenza, flu babi, selsema, malaria dan demam.
  • Kanser.
  • Penyakit mulut dan tekak.
  • Pembesaran limpa.
  • Kekejangan otot.

Kuinin digunakan dalam losyen mata untuk memberikan rasa kebas, membunuh kuman dan sebagai astringen. Ekstrak Kuinin turut disapukan pada kulit untuk merawat buasir, merangsang pertumbuhan rambut dan mengurus vena varikos.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana Kuinin berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa kulit kayu Kuinin merangsang air liur dan rembesan jus perut (gastrik). Ia mengandungi Kuinina. Ia merupakan bahan kimia yang digunakan untuk merawat malaria.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Kuinin?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Kuinin atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.

Pengawalan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi pengambilan dadah. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Kuinin selamat digunakan?

Kulit kayu Kuinin dilihat selamat bagi kebanyakan orang apabila digunakan dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, dalam kadar yang banyak, Kuinin tidak selamat digunakan dan boleh membawa maut. Simptom terlebih dos termasuk telinga berdesing, mual, cirit birit dan gangguan penglihatan.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Jangan gunakan Kuinin sekiranya anda mengandung atau menyusu badan. Terdapat beberapa bukti yang Kuinin tidak selamat digunakan semasa mengandung. Tidak banyak yang diketahui tentang keselamatan menggunakan Kuinin sekiranya anda menyusu badan. Jadi lebih baik untuk elakkan penggunaannya.

Ulser perut atau usus: Jangan gunakan Kuinin jika anda mempunyai ulser. Ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan.

Pembedahan: Kuinin boleh melambatkan pembekuan darah. Jadi terdapat kebimbangan, ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan tambahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan Kuinin sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Kuinin?

Kuinin juga boleh menyebabkan pendarahan dan reaksi alergi, termasuk gatal-gatal dan demam.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Kuinin?

Kuinin mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan Kuinin termasuk:

  • Antikoagulan / Ubat Antiplatelet

Kuinin mungkin memperlahankan pembekuan darah. Mengambil Kuinin bersama ubatan lain yang turut memperlahan pembekuan darah mungkin meningkatkan peluang lebam dan pendarahan.

Beberapa ubatan yang memperlahan pembekuan darah termasuk, aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, lain-lain) naproxen (Anaprox, Naprosyn, lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

  • Kuinina

Kuinin mengandungi Kuinina. Mengambil kuininanidina bersama Kuinin boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan Kuinina dan mengakibatkan masalah jantung. Jangan mengambil Kuinin sekiranya anda ada mengambil Kuinina.

  • Carbamazepine

Badan menghancurkan carbamazepine untuk menyingkirkannya. Kuinin mengandungi Kuinina. Kuinina menyebabkan badan menghancurkan carbamazepine (Tegretol) terlalu cepat. Mengambil Kuinin bersama carbamazepine (Tegretol) boleh mengurangkan keberkesanan carbamazepine (Tegretol).

  • Phenobarbital

Kuinin mengandungi Kuinina. Kuinina mungkin meningkatkan jumlah phenobarbital (Luminal) dalam badan. Mengambil Kuinin bersama dengan phenobarbital boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan phenobarbital.

  • Antasid

Antasid digunakan bagi mengurangkan asid perut. Kuinin boleh menambahkan asid perut. Dengan menambahkan asid perut, Kuinin mungkin mengurangkan keberkesanan antasid.

Beberapa antasid termasuk calcium carbonate (Tums, lain-lain), dihydroxyaluminum sodium carbonate (Rolaids, lain-lain), magaldrate (Riopan), magnesium sulfate (Bilagog), aluminum hydroxide (Amphojel) dan lain-lain.

  • Penyekat-H2

Kuinin mungkin menambahkan asid perut. Dengan menambahkan asid perut, Kuinin mungkin mengurangkan keberkesanan beberapa ubatan yang menurunkan asid perut, disebut penyekat-H2.

Beberapa ubatan yang menurunkan asid perut termasuklah cimetidine (Tagamet), ranitidine (Zantac), nizatidine (Axid) dan famotidine (Pepcid).

  • Perencat pam proton

Kuinin mungkin menambahkan asid perut. Dengan menambahkan asid perut, Kuinin mungkin mengurangkan keberkesanan ubatan yang digunakan untuk menurunkan asid perut, disebut perencat pam proton

Sesetengah ubatan yang menurunkan asid perut termasuklah omeprazole (Prilosec), lansoprazole (Prevacid), rabeprazole (Aciphex), pantoprazole (Protonix) dan esomeprazole (Nexium).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Kuinin yang biasa digunakan?

Dos bagi Kuinin mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Kuinin?

Kuinin boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Ekstrak kulit kayu Kuinin berkapsul.
  • Ekstrak cecair Kuinin officinalis.
  • Pil Kuinin officinalis 30c.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.