Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kolina digunakan untuk:
Para atlet menggunakannya untuk bina badan dan melambatkan kelesuan dalam sukan ketahanan.
Perempuan mengandung mengambil Kolina bagi mencegah kecacatan tiub neural kepada bayi dan sebagai makanan tambahan dalam susu formula bayi.
Kegunaan lain termasuk mencegah kanser, merendahkan kolesterol dan mengawal asma.
Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana Kolina ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, Kolina diketahui sama seperti vitamin B. Ia digunakan dalam banyak reaksi kimia pada badan. Ia dilihat penting dalam sistem saraf. Bagi asma, Kolina mungkin membantu mengurangkan bengkak dan keradangan.
Berunding dengan doktor anda, sekiranya:
Pengawalan bagi pengambilan makanan tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil makanan tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Kolina berkemungkinan selamat bagi kebanyakan orang dewasa apabila diambil melalui mulut atau diberi secara intravena (by IV) dalam jumlah yang bersesuaian.
Mengambil Kolina dalam dos yang tinggi melalui mulut mungkin tidak selamat bagi orang dewasa.
Kanak-kanak: Kolina berkemungkinan selamat bagi kebanyakan kanak-kanak apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang bersesuaian. Mengambilnya dalam dos yang tinggi melalui mulut mungkin tidak selamat bagi kanak-kanak kerana ia meningkatkan risiko kesan sampingan.
Mengandung dan menyusu badan: Kolina berkemungkinan selamat apabila diambil melalui mulut dan digunakan dengan sewajarnya. Dos sehingga 3 gram setiap hari untuk wanita hamil dan menyusu badan hingga 18 tahun, dan 3.5 gram setiap hari untuk wanita berusia 19 tahun ke atas tidak berkemungkinan untuk mendapat kesan sampingan yang tidak diingini. Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan penggunaan Kolina dalam dos yang tinggi dalam perempuan mengandung dan menyusu badan. Keputusan terbaik adalah mengekalkan dos yang telah disyorkan.
Dos dalam Tahap Pengambilan Atas Harian (lihat bahagian dos di bawah) lebih berkemungkinan untuk menyebabkan kesan sampingan seperti berpeluh, bau badan yang mencurigakan, kesukaran gastrointestinal, cirit-birit, dan muntah.
Terdapat beberapa kebimbangan bahawa meningkatkan pengambilan Kolina diet mungkin menambah risiko kanser kolon dan rektum. Satu kajian mendapati wanita yang makan makanan yang mengandungi banyak Kolina mempunyai risiko tinggi kanser kolon. Walau bagaimanapun, banyak penyelidikan masih diperlukan bagi menentukan kesan diet ini ke atas kanser kolon.
Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor anda.
Kolina mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum guna.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:
Melalui mulut:
Untuk asma: 500-1000 mg tiga kali setiap hari. Bekalan diet purata 200-600 mg Kolina setiap hari. Pengambilan yang mencukupi (AI), seperti yang disiarkan oleh Lembaga Makanan dan Pemakanan Institut Perubatan Nasional, untuk orang dewasa adalah 550 mg sehari untuk lelaki dan wanita menyusu badan; wanita, 425 mg sehari; wanita hamil, 450 mg sehari. Bagi kanak-kanak 1-3 tahun, AI adalah 200 mg sehari; 4-8 tahun, 250 mg sehari; 9-13 tahun, 375 mg sehari; untuk bayi kurang daripada 6 bulan, 125 mg sehari; bayi 7-12 bulan, 150 mg sehari.
Tahap Pengambilan Atas Harian (UL, tahap pengambilan tertinggi yang tidak mendatangkan kemudaratan) untuk Kolina adalah: 1 gram setiap hari untuk kanak-kanak 1-8 tahun, 2 gram untuk kanak-kanak 9-13 tahun, 3 gram untuk kanak-kanak 14-18 tahun, dan 3.5 gram untuk orang dewasa berusia lebih 18 tahun.
Dos bagi Kolina mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Makanan tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.
Kolina boleh didapati dalam bentuk yang berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen