Kiwi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan kiwi?

Kiwi adalah sejenis tumbuhan yang boleh menghasilkan buah. Buah tersebut boleh digunakan untuk merawat asma.

Selain daripada digunakan sebagai rawatan, kiwi juga boleh digunakan di dalam makanan sebagai pelembut daging dan bahan di dalam sesetengah minuman sukan. Buahnya juga boleh dimakan begitu sahaja.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.  Namun, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa kiwi yang mengandungi vitamin C dan bahan-bahan lain yang bertindak sebagai anti-oksida boleh membantu pesakit asma.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil kiwi?

Sebelum mengambil kiwi, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.

  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan dalam kiwi atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat digunakan?

Kiwi adalah selamat untuk digunakan oleh kebanyakan orang sekiranya diambil dalam jumlah makanan.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Wanita hamil dan menyusukan bayi:  Kiwi adalah selamat untuk digunakan oleh wanita yang hamil dan menyusukan bayi apabila diambil dalam amaun makanan.

Masalah pendarahan:  Kiwi boleh memperlahankan pembekuan darah dan meningkatkan risiko pendarahan. Oleh itu, secara teorinya ,ia akan membuatkan masalah pendarahan  bertambah teruk.

Alahan: Kiwi boleh mengakibatkan  alahan kepada orang yang alah kepada buah, tumbuhan atau rempah ratus yang lain seperti avokado, birch pollen, buah ara,kacang hazel, lateks, kaskas, rye, biji bijan, atau gandum . Elakkan memakan buah kiwi atau sebarang produknya jika anda mempunyai alahan kepada buah / tumbuhan di atas

Pembedahan:Kiwi boleh memperlahankan pembekuan darah dalam sesetengah orang. Oleh itu,secara teorinya kiwi boleh meningkatkan risiko pendarahan semasa pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan kiwi?

Kiwi boleh mengakibatkan tindak balas alergi seperti kesukaran untuk menelan (dysphagia), muntah dan geligata bagi orang yang alah kepada buah ini.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang mungkin berlaku dengan kiwi?

Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan kiwi yang boleh didapati?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Buah
  • Ekstrak cecair
  • Serbuk

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selami Manfaat Ikan Haruan Yang Kaya Dengan Albumin

    Ikan haruan mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan terutamanya kulit kita. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/07/2020 . 8 minit bacaan

    Singkapi Manfaat Kulit Kayu Manis Terhadap Kesihatan Anda!

    Adakah anda tahu bahawa kulit kayu manis mempunyai pelbagai khasiat terhadap kesihatan? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/07/2020 . 8 minit bacaan

    Minyak Masak: Kepentingan Memilih Yang Sihat

    Minyak masak terdiri daripada minyak sayur-sayuran boleh dimakan. Ia cecair pada suhu bilik, kadang-kadang ditambah semasa penyediaan makanan diproses.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/07/2020 . 9 minit bacaan

    Kerang Darah: Adakah Ia Makanan Laut yang Sihat?

    Kerang adalah makanan laut yang sangat sedap. Pun begitu, adakah ia sihat? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/07/2020 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit ketika seks

    Rasa Nak Muntah Selepas Melakukan Hubungan Seksual? Ini Bukan Tanda Hamil Tapi Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    uti

    Takut Masalah Kencing Kotor Melarat Jika Bersama Suami? Buat 5 Langkah Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    bulking dan cutting

    Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 2 minit bacaan
    rebung

    Ketahui Pelbagai Manfaat Rebung Terhadap Kesihatan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 8 minit bacaan