Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kayu sorrel merupakan tumbuhan. Kesemua bahagian tumbuhan ini digunakan untuk membuat ubat.
Walaupun bimbang akan keselamatannya, orang ramai mengambil kayu sorrel untuk masalah hati dan pencernaan, keadaan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C (scurvy), luka, dan gusi bengkak.
Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Sebelum mengambil kayu sorrel, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Kayu sorrel tidak selamat digunakan terutama diambil dalam dos yang banyak.
Walaupun kayu sorrel tidak selamat digunakan bagi sesiapa sahaja, namun sesetengah individu menghadapi risiko yang lebih besar untuk mengalami kesan sampingan yang serius. Sila berhati-hati serta tidak memberikan kayu sorrel kepada kanak-kanak atau mengambil untuk diri sendiri jika anda mempunyai keadaan berikut.
Kanak-kanak: Ia tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Ia mengandungi kristal yang diperbuat daripada asid oksalat yang boleh merosakkan organ. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas memakan daun Rhubarb, yang juga mengandungi asid oksalat.
Wanita hamil serta menyusukan anak: Kayu sorrel tidak selamat digunakan bagi ibu dan bayi kandungannya. Elakkan penggunaannya
Masalah pembekuan darah (penggumpalan): Bahan kimia di dalam kayu sorrel boleh menyebabkan pembekuan darah berlaku dengan terlalu cepat.
Masalah perut dan usus: kayu sorrel boleh merengsakan lapisan perut dan usus dan mungkin mengakibatkan ulser menjadi lebih teruk.
Penyakit buah pinggang: Kristal asid oksalat dalam kayu sorrel boleh merosakkan buah pinggang serta menyebabkan penyakit buah pinggang yang sedia ada menjadi lebih teruk.
Kayu sorrel boleh menyebabkan cirit-birit, mual, peningkatan air kencing, reaksi kulit, kerengsaan perut dan usus, kerosakan mata, serta kerosakan buah pinggang. Bengkak pada mulut, lidah, dan tekak akan menyebabkan percakapan dan pernafasan menjadi sukar.
Mengambil kayu sorrel melalui oral boleh menyebabkan kristal membentuk di dalam darah dan terkumpul di dalam buah pinggang, saluran darah, jantung, paru-paru, dan hati.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herbal atau doktor anda.
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Kayu sorrel boleh didapati dalam bentuk:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen