Karagenan (Carrageenan)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Karagenan (Carrageenan)?

Karagenan digunakan untuk keadaan perubatan berikut, seperti:

  • Batuk.
  • Bronkitis.
  • Tuberkulosis.
  • Masalah usus.
  • Ulser perut.
  • Sembelit.

Karagenan boleh menurunkan kadar lipid (kolesterol dan trigliserida) dan kadar gula darah. Walaupun masih belum dikaji dengan baik pada manusia, gel berasaskan karagenan dapat membantu mencegah penularan HIV.

Ia juga digunakan pada kulit untuk ketidakselesaan di sekitar dubur.

Karagenan boleh diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor, ahli farmasi, atau pakar herba anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa karagenan mengandungi bahan kimia, yang dapat mengurangkan rembesan perut dan usus. Ia juga boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Karagenan (Carrageenan)?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Karagenan atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan gai pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Karagenan (Carrageenan) selamat digunakan?

Kehamilan dan Penyusuan Bayi:

Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa Karagenan adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbang potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kanak-kanak (di bawah 18 tahun):

Tidak ada bukti yang kukuh mengenai keberkesanan untuk menggunakan Karagenan pada kanak-kanak.

Pembedahan:

Berhenti mengambil Karagenan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Karagenan (Carrageenan)?

Karagenan menyebabkan kesan sampingan ini, seperti:

  • Kekejangan.
  • Cirit-birit.
  • Kanser perut atau ulser perut.
  • Keradangan.
  • Jangkitan.

Apabila menggunakan karagenan pada faraj / vagina, ia boleh menyebabkan kepenuhan pundi kencing, kesukaran membuang air kecil, kehangatan pada alat kelamin, sakit pada abdomen bahagian bawah, kegatalan dan kepedihan faraj, serta lelehan faraj yang tidak normal.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Karagenan (Carrageenan)?

Karagenan (Carrageenan) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Sesetengah produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini termasuklah:

  • Ubat diabetes.
  • Ubatan yang meningkatkan risiko pendarahan, seperti aspirin, ubat antigumpal (“pencair darah”) seperti warfarin (coumadin®) atau heparin, ubat anti-platelet seperti clopidogrel (plavix®) dan ubat anti-radang bukan steroid seperti ibuprofen (motrin®, advil®) atau naproxen (naprosyn®, aleve®).
  • Ubat yang menurunkan tekanan darah.
  • Ubat yang merangsang atau merencatkan sistem imun.
  • Agen penurun kolesterol, agen anti kanser, ubat HIV, ubat antivirus, ubat mata, azoxymethane, nitrosomethylurea, dan azidodeoxythymidine (AZT).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Karagenan (Carrageenan) yang biasa digunakan?

Untuk menurunkan kadar lipid: makanan yang diperkaya dengan Karagenan boleh diambil selama lapan minggu.

Untuk pencegahan HIV: Gunakan 5mL gel karagenan di dalam faraj selama 7 hari.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Makanan tambahan herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Karagenan (Carrageenan)?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Gel Karagenan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Fakta Mengenai Tuberkulosis

    Tuberkulosis (tibi) ialah penyakit berjangkit paling berbahaya di dunia. Mari ikuti fakta penting mengenai penyakit ini. 1. Setiap satu jam, 3 individu mati disebabkan tuberkulosis Penyakit tibi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 12/12/2018 . 2 minit bacaan

    Kerap Peluh Pada Waktu Malam? Ini Mungkin Penyebabnya

    Peluh pada waktu malam sekali-sekala adalah normal terutamanya jika kipas rosak dan anda memakai pakaian serta selimut tebal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Sihat Bergaya 28/11/2018 . 2 minit bacaan

    COPD: Perbezaan Bronkitis Kronik Dan Emfisema

    Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD) boleh termasuk dua keadaan iaitu bronkitis kronik dan emfisema atau kombinasi kedua-dua keadaan itu.  Sumber: Yayasan Paru-paru Malaysia Bronkitis kronik Bronkitis ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 02/11/2018 . 2 minit bacaan

    Tuberkulosis: Siapakah yang Berisiko?

    Semua orang boleh dijangkiti bakteria Mycobacterium tuberculosis dan menghidap penyakit tuberkulosis atau tibi. Namun, terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko jangkitan. Apakah risiko ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 12/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bronkitis

    Bronkitis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/12/2019 . 1 minit bacaan

    Nota Pengarang: Inilah Masanya Hentikan TB!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Diterbitkan pada 21/03/2019 . 5 minit bacaan
    TB

    Ujian Baru TB Boleh Menyelamatkan Beratus Ribu Kanak-kanak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 14/03/2019 . 2 minit bacaan
    perbelanjaan

    Laporan WHO Berkaitan Perbelanjaan Kesihatan Global: Kenapa Rakyat Masih Berbelanja Tinggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 22/02/2019 . 2 minit bacaan