Kaktus Pear Berduri

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Kegunaan

Apakah kegunaan Kaktus Pear Berduri?

Kaktus pear berduri adalah sejenis tumbuhan. Ia adalah sebahagian daripada pemakanan biasa, tetapi hanya tumbuhan muda dimakan; kerana tumbuhan yang lebih tua adalah terlalu keras. Kaktus pear berduri juga digunakan untuk membuat ubat.

Kaktus pear berduri digunakan untuk:

  • Kencing manis jenis 2
  • Kolesterol tinggi
  • Obesiti
  • Kepeningan mabuk alkohol
  • Kolitis
  • Cirit-birit
  • Hiperplasia prostat benigna (BPH)
  • jangkitan virus

Dalam makanan, jus pear berduri digunakan dalam jeli dan gula-gula.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana kaktus pear berduri ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa kaktus pear berduri mengandungi serat dan pektin (pectin), yang boleh menurunkan paras glukosa darah dengan mengurangkan penyerapan gula dalam perut dan usus. Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa ia juga boleh mengurangkan tahap kolesterol, dan membunuh virus dalam badan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Kaktus Pear Berduri?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok kaktus pear berduri atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Kaktus Pear Berduri selamat digunakan?

Kaktus pear berduri mungkin selamat diambil apabila dimakan sebagai makanan. Daun, batang, bunga, buah-buahan dan ekstrak piawai bagi kaktus pear berduri ini mungkin selamat digunakan apabila diambil melalui mulut, sebagai ubat dalam jumlah yang sesuai untuk tempoh masa yang singkat.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan kaktus pear berduri adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Diabetes: Kaktus pear berduri mungkin akan menurunkan paras gula darah pada orang yang menghidap diabetes. Perhatikan tanda-tanda gula darah rendah (hipoglisemia) dan pantau paras gula darah dengan teliti jika anda menghidap diabetes dan menggunakan kaktus pear berduri.

Pembedahan: Kaktus pear berduri seolah-olah dapat mengurangkan paras gula darah. Sesetengah doktor bimbang bahawa kemunting cina mungkin boleh mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan kemunting cina sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Kaktus Pear Berduri?

Kaktus pear berduri boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan termasuklah:

  • Cirit-birit yang ringan
  • Loya
  • Jumlah dan frekuensi najis/tinja yang meningkat
  • Perut kembung
  • Sakit kepala

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan Kaktus Pear Berduri?

Produk kaktus pear berduri ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan kesihatan semasa anda. Dapatkan nasihat pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Antara produk yang boleh berinteraksi dengan bahan kaktus pear berduri termasuklah:

  • Chlorpropamide (Diabinese)

Chlorpropamide (Diabinese) digunakan untuk mengurangkan gula darah pada pesakit diabetes. Kaktus pear berduri juga boleh menurunkan paras gula darah. Mengambil kaktus pear berduri bersama chlorpropamide (Diabinese) mungkin akan menyebabkan paras gula darah anda menjadi terlalu rendah. Pantau paras gula darah dengan teliti. Dos ubat chlorpropamide (Diabinese) anda mungkin perlu diubah.

  • Glyburide (Diabeta, Micronase)

Glyburide (Diabeta, Micronase) digunakan untuk mengurangkan paras gula darah pada orang yang menghidap diabetes. Kaktus pear berduri juga boleh menurunkan paras gula darah. Mengambil kaktus pear berduri bersama dengan glyburide (Diabeta, Micronase) mungkin akan menyebabkan paras gula darah anda menjadi terlalu rendah. Pantau paras gula darah dengan teliti. Dos ubat glyburide (Diabeta, Micronase) mungkin perlu diubah.

  • Ubat untuk diabetes (ubat antidiabetes)

Kaktus pear berduri dapat menurunkan paras gula darah pada orang yang menghidap diabetes jenis 2. Ubat diabetes juga digunakan untuk menurunkan paras gula darah. Mengambil kaktus pear berduri dan ubat diabetes boleh menyebabkan paras gula darah anda menjadi terlalu rendah. Pantau gula darah dengan teliti. Dos ubat diabetes anda mungkin perlu diubah.

Sesetengah ubat yang digunakan untuk diabetes termasuk glimepiride (Amaryl), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.

  • Metformin (Glucophage)

Metformin (Glucophage) digunakan untuk mengurangkan paras gula darah pada orang yang menghidap diabetes. Kaktus pear berduri juga boleh menurunkan gula darah. Mengambil kaktus pear berduri bersama metformin (Glucophage) mungkin menyebabkan paras gula darah anda menjadi terlalu rendah. Pantau paras gula darah dengan teliti. Dos ubat metformin (Glucophage) anda mungkin perlu diubah.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Kaktus Pear Berduri yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

MELALUI MULUT

Untuk kencing manis: 100-500 gram batang kaktus pear berduri yang dibakar setiap hari. Dos sering dibahagikan kepada tiga jumlah yang sama dan diberikan sepanjang hari.

Untuk kepeningan akibat penggunaan alkohol: 1600 IU ekstrak kaktus pear berduri (Tex-OE, Extracts Plus, Inc) diambil 5 jam sebelum meminum alkohol.

Dos untuk produk kaktus pear berduri ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Kaktus Pear Berduri?

Produk kaktus pear berduri ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Suplemen diet (kapsul, minuman)
  • Ekstrak cecair
  • Serbuk

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.