Kadena (Cade)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Kadena (Cade)?

Cade (kadena) adalah sejenis tumbuhan. Daun, batang, dan minyak dari kayunya biasa digunakan untuk perubatan. Ia biasanya digunakan untuk merawat:

  • Cirit-birit
  • Penyakit ulser peptik (PUD)
  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Bronkitis
  • Pneumonia
  • Gatal-gatal

Minyak Cade disapu pada kulit untuk gatal-gatal; psoriasis; ekzema; seborea; dan keadaan kulit yang disebabkan oleh parasit, keguguran rambut, keadaan kulit kepala, dan kanser. Ia juga digunakan sebagai pembunuh kuman dalam balutan luka.

Dalam sektor pembuatan, minyak cade adalah ramuan dalam krim kulit dan salap, dan dalam syampu anti-kelemumur.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tentang bagaimana cade berfungsi masih belum mencukupi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa ekstrak cade boleh membunuh bakteria dalam tabung uji. Dalam haiwan eksperimen, cade juga mungkin melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak (keradangan).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Kadena (Cade)?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam cade atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Kadena (Cade) selamat digunakan?

Minyak Cade tidak boleh digunakan pada kulit pecah atau bengkak. Gunakan dengan berhati-hati pada muka, fleksur kulit atau pada organ kelamin.

Kehamilan dan menyusu:

Tidak cukup diketahui mengenai penggunaan cade semasa hamil dan penyusuan. Tinggal di sebelah selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Kadena (Cade)?

Reaksi alahan boleh berlaku apabila menggunakan herba ini:

  • Kerengsaan
  • Kemerahan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Kadena (Cade)?

Kadena (Cade) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Terutamanya jika anda mempunyai alahan sipres. Debunga dari cade boleh menyebabkan reaksi alahan pada orang yang mempunyai alahan sipres.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Kadena (Cade) yang biasa digunakan?

Sapukan dengan tipis ke kawasan yang terkena 1-3 kali sehari, kurangkan kepada sekali sehari atau selang sehari berlaku jika kekeringan atau pengelupasan.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Kadena (Cade)?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur (ubat yang dilarutkan di dalam alkohol)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Camphor

    KegunaanApakah kegunaan Camphor? Ia kebiasaannya digunakan ke atas kulit atau melalui penyedutan untuk tujuan berikut: Menghilangkan sakit. Mengurangkan gatal-gatal. Merawat jangkitan fungus pada kuku jari kaki ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 1 minit bacaan

    Camu Camu

    KegunaanApakah kegunaan Camu Camu? Camu camu ialah sejenis pokok semak. Buah dan daunnya digunakan sebagai ubat. Ia digunakan untuk keadaan perubatan berikut seperti: Jangkitan virus termasuk herpes, luka sejuk ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 1 minit bacaan

    Canada Balsam

    KegunaanApakah kegunaan Canada Balsam? Ia digunakan untuk keadaan perubatan berikut seperti: Terbakar Luka Tumor Sakit jantung dan dada Kanser Membran mukus bengkak (radang) Demam Batuk Ketuat Sebagai ubat tahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 1 minit bacaan

    Rami Kanada (Canadian Hemp)

    KegunaanApakah kegunaan Rami Kanada (Canadian Hemp)? Rami Kanada ialah sejenis herba. Akarnya digunakan sebagai ubat. Walaupun terdapat kebimbangan yang serius, ia masih digunakan untuk merawat artritis, asma, batuk ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 1 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Ada Apa Dengan Bekam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 29/10/2018 . 2 minit bacaan
    Minyak Kenanga

    Minyak Kenanga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 15/04/2018 . 1 minit bacaan
    Capers

    Capers

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 15/04/2018 . 1 minit bacaan
    Caralluma Fimbriata

    Caralluma Fimbriata

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 15/04/2018 . 1 minit bacaan