Honeysuckle

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan honeysuckle?

Honeysuckle adalah tumbuhan yang juga dipanggil “woodbine”. Bunga, benih dan daunnya digunakan untuk ubat.

Honeysuckle digunakan untuk:

  • Bengkak (radang) saluran udara kecil di paru-paru (bronchiolitis)
  • Gangguan penghadaman
  • Tumor kanser
  • Sembelit
  • Keradangan kulit
  • Gatal-gatal
  • Demam selesema
  • Demam
  • Bengkak
  • Bisul
  • Luka
  • Jangkitan bakteria atau virus
  • Menggalakkan berpeluh

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana honeysuckle berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, ia dipercayai bahawa honeysuckle mungkin membantu mengurangkan keradangan.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil honeysuckle?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap honeysuckle  atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat daripada pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah honeysuckle selamat?

Ia tidak diketahui jika honeysuckle, secara amnya, adalah selamat. Walau bagaimanapun, penyediaan intravena yang merangkumi honeysuckle dan dua herba lain telah digunakan dengan selamat pada kanak-kanak sehingga 7 hari.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Hamil dan menyusu badan: Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan pengambilan honeysuckle ketika hamil atau menyusu badan. Ambil langkah selamat dan elakkan  penggunaannya.

Pembedahan: Honeysuckle mungkin memperlahankan pembekuan darah, terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan berlebihan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan honeysuckle?

Sentuhan kulit dengan honeysuckle boleh menyebabkan ruam pada individu yang mempunyai alahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan  honeysuckle?

Honeysuckle boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan honeysuckle termasuklah:

  • Ubat-ubatan yang melambatkan  pembekuan darah (ubat Anticoagulant / Antiplatelet)

Honeysuckle mungkin melambatkan pembekuan darah. Mengambil honeysuckle bersama-sama dengan ubat-ubatan yang juga memperlahankan pembekuan mungkin meningkatkan kemungkinan lebam dan pendarahan.

Beberapa ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah termasuklah aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos honeysuckle yang biasa?

Dos untuk honeysuckle mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan honeysuckle?

Honeysuckle boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Pati bunga Honeysuckle
  • Serbuk bunga Honeysuckle
  • Kapsul Honeysuckle

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

    Ramai yang fikir kita boleh ambil pil morning after tanpa had. Persoalannya, berapa kali boleh ambil pil perancang kecemasan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus? Kalau Hitam, Kena Jumpa Doktor Cepat!

    Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana hingus terhasil bukan? Selain itu, artikel ini juga akan menerangkan tentang rahsia 7 warna hingus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

    Alamak, anda period tapi mahu buat seks? Tenang, ini petua untuk isteri cuba cara melayan suami ketika haid. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rabun warna

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit fobia

    Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    oral seks

    Orang Muda Jangan Anggap Oral Seks Tak Bahaya, Boleh Terkena HIV Jika Alami Keadaan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan