backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Cereus Kembang Malam

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Cereus Kembang Malam?

Cereus kembang malam adalah suatu herba. Orang menggunakan bunga, batang dan pucuk mudanya untuk ubat. Cereus digunakan untuk:

  • Sakit dada (angina)
  • Pengekalan cecair yang berkaitan dengan fungsi jantung lemah (kegagalan jantung)
  • Sebagai perangsang jantung
  • Jangkitan pundi kencing
  • Masalah lain saluran kencing
  • Pendarahan
  • Sesak nafas
  • Tempoh haid yang menyakitkan atau banyak bagi wanita
  • Cereus kembang malam kadangkala disapukan secara terus pada kulit untuk merawat sakit sendi.

    Cereus kembang malam mungkin diberikan untuk kegunaan lain; rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakah Cereus Kembang Malam berfungsi?

    Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan cereus mengandungi bahan kimia, yang boleh merangsang dan menguatkan jantung.

    Langkah berjaga-jaga dan amaran

    Apakah yang perlu dilakukan sebelum menggunakan Cereus Kembang Malam?

    Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

    • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
    • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi
    • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Cereus kembang malam atau ubatan lain atau herba lain
    • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain
    • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan

    Pengawalan bagi suatu herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

    Adakah Cereus Kembang Malam selamat digunakan?

    Mengandung dan menyusu badan:  Tiada maklumat yang diketahui tentang penggunaan Cereus Kembang Malam semasa mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.

    Kesan-kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan Cereus Kembang Malam?

    Cereus kelihatan selamat bagi kebanyakan orang, apabila digunakan untuk keadaan selain penyakit jantung. Walau bagaimanapun, jusnya yang segar boleh menyebabkan mulut terbakar, loya, muntah dan cirit-birit. Ia boleh menyebabkan kegatalan dan lepuhan kulit apabila digunakan pada kulit.

    Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

    Tindak balas ubat

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Cereus Kembang Malam?

    Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau penyakit anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

    Ubatan yang mungkin bertindak balas dengan herba anda, termasuk:

    Digoksin

    Mengambil cereus bersama dengan digoksin boleh meningkatkan kesan digoksin dan meningkatkan risiko kesan sampingan.

    Ubat untuk kemurungan (MAOI)

    Kadar tiramina yang banyak dalam cereus boleh mengkibatkan tekanan darah tinggi. Biasanya, tubuh manusia secara semulajadi menghancurkan tiramina untuk menyingkirkannya dan menghalang tiramina daripada menyebabkan tekanan darah tinggi.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ubat yang digunakan untuk kemurungan boleh menghentikan tubuh daripada menghancurkan tiramina dan membawa kepada tekanan darah tinggi yang berbahaya. Beberapa ubatan yang digunakan untuk kemurungan termasuk phenelzine (Nardil), tranylcypromine (Parnate) dan lain-lain.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos kebiasaan bagi Cereus Kembang Malam?

    Ekstrak Cecair Segar:

    1-15 titisan 1-3 kali sehari dalam sedikit air sering disyorkan oleh ramai ahli herba.

    Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.

    Ketersediaan ubat

    Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

    • Ekstrak cecair
    • Tinktur

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan