Cendawan Shiitake

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Cendawan Shiitake?

Cendawan shiitake adalah sejenis kulat. Ekstrak yang dibuat daripada cendawan ini biasa digunakan sebagai ubat.

Cendawan shiitake biasanya digunakan untuk:

  • Meningkatkan sistem imun
  • Menurunkan tahap kolesterol darah
  • Merawat kanser prostat
  • Sebagai agen anti-penuaan

Cendawan shiitake juga boleh dimakan dalam hidangan makanan biasa.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana cendawan shiitake ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa cendawan shiitake mengandungi bahan kimia yang boleh membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga mengandungi sejumlah kecil bahan kimia yang seolah-olah menghalang tumor daripada menjadi lebih besar.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Cendawan Shiitake?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada tumbuhan cendawan shiitake atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Cendawan Shiitake selamat digunakan?

Cendawan shiitake didapati mungkin selamat apabila dimakan oleh mulut dalam jumlah makanan, namun mungkin tidak selamat untuk diambil melalui mulut dalam jumlah yang diguna dalam ubatan.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan cendawan shiitake adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

“Penyakit-penyakit auto-imun” seperti sklerosis berbilang (MS), lupus (lupus eritematosus sistemik – SLE), artritis reumatoid (RA), atau penyakit lain: cendawan shiitake boleh menyebabkan sistem imun menjadi lebih aktif. Ini akan meningkatkan simptom penyakit auto-imun. Jika anda mempunyai salah satu daripada penyakit-penyakit ini, sebaiknya elakkanlah penggunaan cendawan shiitake.

Eosinofilia: Jangan gunakan cendawan shiitake jika anda mempunyai keadaan ini. Ia mungkin membuatkan eosinofilia bertambah buruk.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Cendawan Shiitake?

Cendawan shiitake didapati boleh menyebabkan:

  • Ketidakselesaan perut
  • Keabnormalan darah
  • Bengkak kulit (keradangan)
  • Peningkatan sensitiviti kepada matahari
  • Reaksi alahan kulit
  • Masalah pernafasan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Cendawan Shiitake?

Cendawan Shiitake mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Cendawan Shiitake yang biasa digunakan?

Dos untuk produk cendawan shiitake ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Cendawan Shiitake?

Produk cendawan shiitake ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul
  • Serbuk
  • Ekstrak Cecair

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hipotensi Ortostatik: Rasa Ringan Kepala Selepas Bangun

    Pernahkan anda rasa pening dan ringan kepala seperti mahu terjatuh selepas bangun dari posisi duduk? Atau selepas duduk daripada posisi baring? Ia mungkin disebabkan oleh satu keadaan yang disebutkan sebagai hipotensi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 17/10/2018 . 2 minit bacaan

    Tekanan Darah Rendah: Bagaimana ia Boleh Berlaku?

    Tekanan darah rendah berlaku apabila bacaan tekanan darah di bawah 90/60 (bacaan ideal ialah 120/90). Jika tidak melibatkan sebarang simptom, ia bukanlah satu keadaan kesihatan yang serius. Namun, ia juga mungkin ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 17/10/2018 . 2 minit bacaan

    5 Jenis Ubat Untuk Darah Tinggi Dan Kesan Sampingannya Yang Anda WAJIB Tahu!

    Ubat darah tinggi terdapat pelbagai jenis dengan nama yang berbeza-beza. Ini dia 5 jenis ubat darah tinggi untuk penghidap darah tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 13/06/2018 . 3 minit bacaan

    Kesan Tekanan Darah Tinggi Terhadap Kesihatan – Sampai Boleh Jejaskan Seks?

    Mungkin ramai yang tahu bahawa tekanan darah tinggi boleh menjejaskan kesihatan jantung. Namun, tahukah anda ia juga menjejaskan kehidupan seksual?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 26/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Preeklampsia

    Mengurus Hipertensi Kronik Semasa Kehamilan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Diterbitkan pada 28/02/2019 . 2 minit bacaan
    tekanan darah rendah ibu hamil

    Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil? – Amalkan 3 Perkara PENTING Ini Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
    Diterbitkan pada 28/02/2019 . 2 minit bacaan
    tekanan darah rendah semasa hamil

    Bagaimana Nak Atasi Masalah Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil? Ini Caranya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Diterbitkan pada 14/12/2018 . 2 minit bacaan
    tekanan-darah-rendah-dan-jenisnya

    Tekanan Darah Rendah Dan Jenisnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/11/2018 . 4 minit bacaan