Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum)?

Ganoderma lucidum, yang biasanya dikenali sebagai Cendawan Reishi, sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina.

Cendawan Reishi adalah sejenis cendawan yang digambarkan oleh sesetengah orang sebagai “keras” dan “berkayu” dengan rasa yang pahit. Jasad berbuah / kandul spora (bahagian atas tanah) dan miselium (filamen yang menghubungkan sekumpulan cendawan) ini digunakan sebagai ubat.

Cendawan Reishi digunakan untuk:

  • Merangsang sistem imun.
  • Jangkitan virus seperti selesema (flu), selesema babi, dan selesema burung.
  • Keadaan paru-paru termasuk asma dan bronkitis.
  • Penyakit jantung dan keadaan yang menyumbang seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Kanser.
  • Penyakit hati.

Ia juga digunakan untuk:

  • HIV / AIDS.
  • Mabuk altitud.
  • Sindrom letih kronik (CFS).
  • Masalah tidur (insomnia).
  • Ulser perut.
  • Keracunan.
  • Sakit herpes.
  • Mengurangkan tekanan dan mencegah keletihan.

Digunakan dalam gabungan dengan herba lain, Cendawan Reishi ini juga digunakan untuk merawat kanser prostat.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa cendawan reishi mengandungi bahan kimia yang dilihat mempunyai pelbagai kesan yang berpotensi bermanfaat, termasuk aktiviti terhadap tumor (kanser) dan kesan yang memberi manfaat terhadap sistem imun.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum)?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Cendawan Reishi atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum) selamat digunakan?

Ekstrak Cendawan Reishi mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dengan cara yang sesuai sehingga satu tahun.

Cendawan Reishi mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam bentuk serbuk selama lebih dari satu bulan.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil Cendawan Reishi jika anda hamil atau menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari penggunaannya.

Gangguan pendarahan: Dosi Cendawan Reishi yang boleh meningkatkan risiko pendarahan pada sesetengah orang dengan gangguan pendarahan tertentu.

Tekanan darah rendah: Cendawan Reishi seolah-olah dapat menurunkan tekanan darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia boleh membuat tekanan darah rendah lebih buruk dan boleh mengganggu rawatan. Sekiranya tekanan darah anda terlalu rendah, sebaiknya elakkan Cendawan Reishi.

Gangguan pembekuan darah yang disebut trombositopenia: Dos yang tinggi dalam pengambilan Cendawan Reishi mungkin meningkatkan risiko pendarahan pada orang dengan trombositopenia. Jika anda mempunyai keadaan ini, jangan gunakan reishi cendawan.

Pembedahan: Dos tinggi dalam pengambilan Cendawan Reishi mungkin meningkatkan risiko pendarahan pada sesetengah orang jika digunakan sebelum atau semasa pembedahan. Berhenti menggunakan Cendawan Reishi sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum)?

Penggunaan serbuk Cendawan Reishi telah dikaitkan dengan kesan toksik pada hati.

Cendawan Reishi juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain termasuk kekeringan mulut, tekak, dan kawasan hidung yang disertai dengan gatal, sakit perut, pendarahan hidung dan najis berdarah. Meminum Wain Reishi boleh menyebabkan ruam. Menyedut Spora Reishi boleh mencetuskan alahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum)?

Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan Cendawan Reishi termasuk:

  • Ubat untuk tekanan darah tinggi (ubat antihipertensi).

Cendawan Reishi mungkin menurunkan tekanan darah. Mengambil Cendawan Reishi bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi mungkin menyebabkan tekanan darah anda terlalu rendah.

Beberapa ubat untuk tekanan darah tinggi termasuk captopril (Capoten), enalapril (Vasotec), losartan (Cozaar), valsartan (Diovan), diltiazem (Cardizem), Amlodipine (Norvasc), hydrochlorothiazide (HydroDIURIL), furosemide (Lasix) .

  • Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah (ubat antikoagulan / antiplatelet)

Dos Cendawan Reishi yang tinggi mungkin melambatkan pembekuan darah. Mengambil Cendawan Reishi bersama-sama dengan ubat-ubatan yang juga melambatkan pembekuan mungkin meningkatkan peluang lebam dan pendarahan.

Beberapa ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, yang lain), ibuprofen (Advil, Motrin, yang lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum) yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum)?

Cendawan Reishi boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak Cendawan Reishi berkapsul
  • Ekstrak serbuk Cendawan Reishi
  • Ekstrak cecair Cendawan Reishi
  • Teh Cendawan Reishi

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut