Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Cedar atlantik adalah pokok. Minyak yang diperolehi daripada pokok tersebut digunakan sebagai ubat.
Minyak Cedar atlantik disapu terus pada kulit kepala untuk merawat penyakit botak (alopesia areata) kehilangan rambut secara bertompok. Ia juga disapu pada kulit untuk menghalau serangga.
Tiada kajian yang mencukupi untuk menjelaskan bagaimana Cedar atlantik berfungsi. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sebelum mengambil Cedar Atlantik, sila beritahu doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda jika:
Peraturan untuk herba longgar berbanding peraturan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan keselamatannya. Manfaat mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Sila rujuk ahli herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Minyak Cedar atlantik berkemungkinan selamat untuk kebanyakan orang bila disapu pada kulit sehingga 7 bulan. Tiada maklumat yang mencukupi mengenai jaminan keselamatan pengambilan Cedar atlantik melalui mulut.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.
Cedar Atlantik
mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Berikut merupakan dos yang telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:
Disapu pada kulit kepala:
Untuk rawatan botak bintik: gabungan minyak pati termasuk 2 titisan atau 94 mg Cedar atlantik, 3 titisan atau 114 mg rosemary, 2 titisan atau 88 mg thyme, dan 3 titisan atau 108 mg lavender, semua dicampurkan dengan 3 mL minyak jojoba dan 20 mL minyak grapeseed. Setiap malam, campuran tersebut diurut pada kulit kepala selama 2 minit dan dililit dengan tuala hangat untuk meningkatkan penyerapan.
Dos Cedar atlantik berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang diambil berbeza mengikut umur, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai.
Cedar Atlantik boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen