backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Cedar Atlantik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Cedar Atlantik?

Cedar atlantik adalah pokok. Minyak yang diperolehi daripada pokok tersebut digunakan sebagai ubat.

Minyak Cedar atlantik disapu terus pada kulit kepala untuk merawat penyakit botak (alopesia areata) kehilangan rambut secara bertompok. Ia juga disapu pada kulit untuk menghalau serangga.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi untuk menjelaskan bagaimana Cedar atlantik berfungsi. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Cedar Atlantik?

Sebelum mengambil Cedar Atlantik, sila beritahu doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan Cedar atlantik atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang alahan pada makanan, pewarna, pengawet atau binatang.

Peraturan untuk herba longgar berbanding peraturan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan keselamatannya. Manfaat mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Sila rujuk ahli herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Cedar Atlantik selamat digunakan?

Minyak Cedar atlantik berkemungkinan selamat untuk kebanyakan orang bila disapu pada kulit sehingga 7 bulan. Tiada maklumat yang mencukupi  mengenai jaminan keselamatan pengambilan Cedar atlantik melalui mulut.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Cedar Atlantik?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Cedar Atlantik?

Cedar Atlantik

mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Cedar Atlantik yang biasa digunakan?

Berikut merupakan dos yang telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Disapu pada kulit kepala:

Untuk rawatan botak bintik: gabungan minyak pati termasuk 2 titisan atau 94 mg Cedar atlantik, 3 titisan atau 114 mg rosemary, 2 titisan atau 88 mg thyme, dan 3 titisan atau 108 mg lavender, semua dicampurkan dengan 3 mL minyak jojoba dan 20 mL minyak grapeseed. Setiap malam, campuran tersebut diurut pada kulit kepala selama 2 minit dan dililit dengan tuala hangat untuk meningkatkan penyerapan.

Dos Cedar atlantik berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang diambil berbeza mengikut umur, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Cedar Atlantik?

Cedar Atlantik boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Minyak cecair Cedar atlantik

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan