Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Cabai jawa adalah sejenis tumbuhan. Buah (lada) tumbuhan ini biasa digunakan untuk membuat ubat.
Lada panjang India digunakan untuk meningkatkan selera makan dan pencernaan, serta merawat sakit perut, pedih ulu hati, senak perut, perut berangin, cirit-birit, dan kolera.
Ia juga digunakan untuk masalah paru-paru termasuk asma, bronkitis, dan batuk.
Penggunaan lain termasuklah rawatan sakit kepala, sakit gigi, kekurangan vitamin B1 (beriberi), koma, epilepsi, demam, strok, gangguan tidur (insomnia), kusta, keletihan yang melampau, limpa yang membengkak, sakit otot, hidung berair, lumpuh, psoriasis, jangkitan cacing, gigitan ular, tetanus, rasa dahaga, tuberkulosis, dan tumor.
Sesetengah wanita menggunakan cabai jawa semasa bersalin dan selama 3-6 minggu selepas bersalin sementara rahim kembali ke saiz normal. Para wanita juga menggunakan cabai jawa untuk merangsang aliran haid; menyebabkan pengguguran; merawat senggugut, ketidaksuburan, dan meningkatkan keinginan seksual.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana cabai jawa ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa cabai jawa mengandungi bahan kimia yang dipanggil piperine. Piperine mungkin dapat melawan parasit tertentu yang boleh menjangkiti orang. Ia juga didapati boleh mengubah lapisan usus. Perubahan ini membolehkan beberapa ubat dan bahan lain yang diambil melalui mulut untuk diserap dengan lebih baik oleh badan.
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
Peraturan bagi suplemen herba adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk benar-benar mengetahui sama ada cabai jawa selamat sepenuhnya digunakan sebagai ubat atau tidak.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa cabai jawa adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.
Cabai jawa boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.
Produk yang boleh berinteraksi dengan cabai jawa termasuklah:
Cabai jawa mungkin meningkatkan jumlah phenytoin (Dilantin) yang diserap oleh badan. Mengambil cabai jawa bersama dengan phenytoin (Dilantin) mungkin akan meningkatkan keberkesanan dan kesan sampingan phenytoin (Dilantin).
Cabai jawa mungkin meningkatkan jumlah propranolol (Inderal) yang diserap oleh badan. Mengambil cabai jawa bersama dengan propranolol (Inderal) mungkin akan meningkatkan keberkesanan dan kesan sampingan propranolol (Inderal).
Cabai jawa boleh meningkatkan jumlah theophylline yang diserap oleh badan. Mengambil theophylline bersama-sama dengan cabai jawa mungkin meningkatkan keberkesanan dan kesan sampingan theophylline.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk produk cabai jawa ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Produk cabai jawa ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen