Butcher’s Broom

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Butcher’s Broom?

Butcher’s broom adalah sejenis tumbuhan. Akarnya digunakan untuk menghasilkan ubat.

Butcher’s broom digunakan untuk:

  • Buasir
  • Batu hempedu
  • Aterosklerosis
  • Simptom-simptom peredaran darah yang tidak baik seperti sakit, berat, kejang kaki, bengkak kaki, vena varikos, gatal-gatal, dan bengkak

Butcher’s broom juga digunakan sebagai laksatif (julap), sebagai diuretik untuk meningkatkan pengeluaran air kencing, mengurangkan bengkak, dan mempercepatkan penyembuhan tulang yang patah.

Dalam sesetengah budaya, akarnya juga dimakan dengan cara yang sama seperti asparagus.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tentang bagaimana Butcher’s broom berfungsi masih belum mencukupi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa bahan kimia dalam Butcher’s broom boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit atau mencerut. Butcher’s broom boleh meningkatkan peredaran darah di kaki dengan menghalang darah dari “berkumpul” di dalam urat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Butcher’s Broom?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam butcher’s broom atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Butcher’s Broom selamat digunakan?

Butcher’s broom mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil secara oral sehingga 3 bulan.

Langkah berjaga-jaga & amaran khas

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan Butcher’s broom jika anda hamil atau menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan pengambilannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Butcher’s Broom?

Butcher’s broom boleh menyebabkan sakit perut dan mual.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Butcher’s Broom?

Produk yang boleh bertindak balas dengan Butcher’s broom termasuk:

  • Ubat yang digunakan untuk tekanan darah tinggi (antagonis Alpha-adrenergik)

Butcher’s broom boleh mempercepatkan sistem saraf, meningkatkan tekanan darah, dan membuat jantung berdenyut dengan cepat. Dengan meningkatkan tekanan darah, Butcher’s broom dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat yang digunakan untuk tekanan darah tinggi.

Beberapa ubat yang digunakan untuk tekanan darah tinggi termasuk doxazosin (Cardura), terazosin (Hytrin), dan lain-lain.

  • Ubat Perangsang (Agonis Alpha-adrenergik)

Butcher’s broom boleh mempercepatkan sistem saraf, meningkatkan tekanan darah, dan membuat jantung berdenyut dengan cepat. Ubat-ubatan perangsang juga boleh mempercepatkan sistem saraf, meningkatkan tekanan darah, dan membuat jantung berdenyut dengan cepat. Mengambil Butcher’s broom dengan ubat-ubatan perangsang mungkin menyebabkan terlalu banyak rangsangan. Ini mungkin membuat tekanan darah menjadi terlalu tinggi atau denyutan jantung terlalu laju.

Antara ubat-ubat perangsang termasuk pseudoephedrine (Sudafed, yang lain), ephedrine, phenylpropanolamine, dan lain-lain.

Butcher’s Broom mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Butcher’s Broom yang biasa digunakan?

Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Secara oral

Untuk melegakan simptom peredaran yang lemah (kekurangan vena kronik): 150 mg ekstrak akar butcher’s broom, digabungkan dengan 150 mg hesperidin dan 100 mg asid askorbik dua kali sehari.

Dos untuk butcher’s broom mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat diambil. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Butcher’s Broom?

Butcher’s broom boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak butcher’s broom berkapsul
  • Ekstrak cecair butcher’s broom
  • Serbuk akar butcher’s broom

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut