Bunga Raya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Bunga Raya?

Bunga Raya adalah sejenis tumbuhan berbelukar semusim.

Bunga Raya digunakan untuk:

  • Merawat hilang selera makan, selsema, penyakit jantung dan saraf, sakit dan bengkak (inflamasi) pada saluran atas pernafasan, penahanan cecair, iritasi perut dan gangguan aliran darah.
  • Merawat masalah larutan.
  • Sebagai laksatif yang lembut.
  • Sebagai diuretik bagi meningkatkan pengeluaran urin.

Dalam makanan dan minuman, Bunga Raya digunakan sebagai bahan perasa. Ia juga digunakan untuk meningkatkan bau, perasa, atau luaran teh campuran.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Bunga Raya berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa asid buah di dalam Bunga Raya boleh berfungsi sebagai laksatif. Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa bahan kimia lain di dalam Bunga Raya mungkin boleh merendahkan tekanan darah; mengurangkan kekejangan pada perut, usus, dan rahim; dan bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria dan cacing.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Bunga Raya?

Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Bunga Raya atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Bunga Raya selamat digunakan?

Bunga Raya dilihat selamat bagi kebanyakan orang apabila diambil dalam jumlah makanan. Ia mungkin selamat jika diambil melalui mulut dalam anggaran jumlah ubat.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Bunga Raya mungkin tidak selamat untuk diambil melalui mulut ketika hamil. Terdapat bukti bahawa Bunga Raya mungkin dapat memulakan haid, dan ini boleh menyebabkan keguguran. Tiada maklumat sahih tentang keselamatan pengambilan Bunga Raya jika anda sedang menyusu badan. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaannya.

Diabetes: Bunga Raya mungkin mengurangkan paras gula dalam darah. Dos ubat diabetes anda mungkin perlu diubah oleh pembekal penjagaan kesihatan anda.

Tekanan darah rendah: Bunga Raya mungkin akan merendahkan tekanan darah. Berdasarkan teori, pengambilan Bunga Raya mungkin menjadikan tekanan darah terlalu rendah bagi individu yang mempunyai tekanan darah rendah.

Pembedahan: Bunga Raya mungkin memberi kesan terhadap paras gula dalam darah, menyebabkan pengawalan gula dalam darah sukar ketika atau selepas pembedahan. Berhenti menggunakan hisbicus sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Bunga Raya?

Kesan sampingan yang boleh berlaku akibat Bunga Raya tidak diketahui. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan-kesan sampingan selepas penggunaannya, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Bunga Raya?

Bunga Raya mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindakbalas dengan herba ini termasuk acetaminophen.

Meminum minuman Bunga Raya sebelum mengambil acetaminophen mungkin meningkatkan kebolehan badan anda untuk membuang acetominophen. Tetapi maklumat lanjut diperlukan bagi mengetahui jika ini merupakan faktor kebimbangan yang besar.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Bunga Raya yang biasa digunakan?

Dos bagi Bunga Raya berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Bunga Raya?

Bunga Raya boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Makanan tambahan diet (kapsul).
  • Teh herba.
  • Ekstrak cecair.
  • Bunga kering.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.