Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Buah pinang adalah adalah kekacang dari pokok pinang. Ia boleh digunakan sebagai ubat. Buah pinang boleh dikunyah begitu sahaja atau diambil dalam bentuk sugi (quids), campuran tembakau, serbuk atau potongan buah pinang, dan kapur mati dibalut di dalam daun sirih.
Buah pinang digunakan untuk merawat skizofrenia dan glaukoma; sebagai perangsang yang sederhana; dan membantu penghadaman.
Sesetengah orang menggunakan buah pinang sebagai ubat rekreasi kerana ia mempercepatkan sistem saraf tunjang.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana buah pinang bertindak. Sila berunding dengan pakar herba dan doktor anda untuk maklumat lanjut. Namun ada yang mengatakan bahawa buah pinang menjejaskan bahan kimia di dalam otak dan bahagian-bahagian lain dalam sistem saraf tunjang.
Sila berunding dengan doktor dan ahli farmasi anda sekiranya:
Kawalan untuk herba tidaklah seketat kawalan dadah yang digunakan sebagai ubat. Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan ia selamat digunakan. Manfaat yang diberikan oleh herba ini hendaklah mengatasi risiko penggunaanya. Sila berunding dengan doktor dan ahli herba anda untuk maklumat lanjut.
Masih banyak yang tidak diketahui mengenai keselamatan pengambilan buah pinang melalui mulut dalam jangka masa pendek. Namun, pengambilan buah pinang melalui mulut dalam jangka masa panjang atau mengambilnya dengan dos yang tinggi adalah tidak selamat. Beberapa bahan kimia di dalam buah pinang terkait dengan kanser, dan sebahagiannya beracun.
Kehamilan dan menyusu badan; mengambil buah pinang melalui mulut adalah tidak selamat untuk sesiapa pun, kerana kaitannya dengan kanser dan ketoksikannya. Inikan pula wanita mengandung dan menyusu badan. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi. Buah pinang boleh menjejaskan sistem saraf tunjang dan ini boleh membahayakan kandungan. Bahan kimia didalamnya pula boleh meresap masuk ke dalam susu badan dan membahayakan bayi yang disusui. Berhati-hatilah dan elakkan penggunaan buah pinang sekiranya anda mengandung dan menyusukan bayi.
Asma: Buah pinang boleh membuatkan asma semakin teruk
Memperlahankan kadar denyutan jantung (bradikardia); Buah pinang boleh memperlahankan degupan jantung . Ini bolehmenjadi satu masalah bagi orang yang sememangnya suda ada degupan jantung yang perlahan.
Saluran gastrousus tersumbat; buah pinang menyebabkan kesesakan dalam usus. Ini akan mendatangkan masalah kepada orang yang sememangya mempunyai usus tersumbat.
Ulser: Buah pinang boleh meningkatkan rembesan dalam perut dan usus. Hal ini dibimbangi boleh menerukkan lagi ulser.
Keadaan paru-paru; Buah pinang boleh meningkatkan rembesan cecair di dalam paru-paru. Dibimbangi hal ini akan membuatkan lagi keadaan paru-paru yang lebih teruk seperti asma dan emfisema.
Sawan; Ia berkemungkinan meningkatkan risiko sawan.
Saluran kencing tersumbat; Buah pinang boleh meningkatkan rembesan di dalam saluran kencing. Dibimbangi, hal ini akan membuatkan saluran tersumbat.
Memakan 8-30 gram buah pinang boleh menyebabkan kematian. Mengunyah buah pinang boleh membuatkan mulut , bibir dan najis anda bertukar menjadi warna merah. Ia boleh memberi kesan rangsangan sama seperti penggunaan kafein dan tembakau. Ia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk termasuklah muntah, cirit birit, masalah gusi, air liur bertambah, sakit dada, degupan jantung yang luar biasa, tekanan darah rendah, kesesakan nafas dan pernafasan laju , serangan jantung, koma dan kematian.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Produk yang boleh memberi tindak balas kepada buahpinang termasuklah:
Buah pinang mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan otak dan jantung. Sebahagian ubat pengeringan (antikolinergik) juga boleh menjejaskan otak dan jantung, tetapi buah pinang bertindak dengan cara yang berlainan daripada antikolinergik. Buah pinang boleh mengurangkan kesan pengeringan ubat kolinergik.
Sebahagian ubat pengeringan ini termasuklah atropine, scopolamine dan sebahagian ubat yang digunakan untuk alahan (antihistamin) dan kemurungan (antidepressant)
Proclydine boleh menjejaskan bahan kimia di dalam tubuh. Buah pinang juga turut sama menjejaskan bahan kimia di dalam tubuh tetapi buah pinang mempunyai kesan yang bertentangan dengan procyclidine. Mengambil buah pinang bersama dengan procyclidine boleh mengurangkan keberkesanan procyclidine.
Buah pinang boleh menjejaskan bahan kimia di dalam tubuh. Bahan kimia ini serupa dengan sebahagian ubat yang digunakan untuk glaukoma, penyakit Alzheimer, dan kondisi lain. Mengambil buah pinang dengan ubat-ubatan ini meningkatkan lagi risiko kesan sampingan.
Antara ubat yang digunakan untuk glaukoma, penyakit Alzheimer, dan kondisi lain termasuklah pilocarpine (Pilocar dan lain-lain), donepezil (Aricept), tacrine (Cognex) dan lain-lain
Buah Pinang mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos buah pinang yang diambil berlainan untuk setiap pesakit. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa kondisi lain. Herba tidak selalunya selamat digunakan. Silalah berunding dengan doktor dan ahli herba anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.
Buah pinang boleh didapati dalam bentuk yang berikut
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen