Aprikot Jepun

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Aprikot Jepun?

Aprikot Jepun adalah pokok buah hias yang kecil. Ia menghasilkan buah kuning dan mempunyai bunga merah jambu dan putih yang harum. Buah, dahan, dan bunganya boleh  digunakan untuk membuat ubat.

Orang mengambil Aprikot Jepun untuk demam, batuk, gangguan perut dan usus, susah tidur (insomnia), gejala menopaus, kanser, dan pencegahan penyakit jantung. Ia juga digunakan untuk proses detoksifikasi dan menghilangkan dahaga.

Aprikot Jepun kadang-kadang disapukan terus ke kulit untuk selaran matahari.

Dalam industri pembuatan, Aprikot Jepun ditambah kepada losyen kosmetik.

Jus buah Aprikot Jepun pula adalah minuman tradisional Jepun.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Aprikot Jepun berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Aprikot Jepun?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan Aprikot Jepun atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil Aprikot Jepun ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Aprikot Jepun selamat digunakan?

Buah yang diproses nampaknya selamat diambil dalam jumlah makanan. Tetapi buah mentah mungkin tidak selamat untuk dimakan kerana ia mengandungi bahan kimia toksik. Hanya produk buah yang telah diproses boleh dimakan.

Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui jika selamat menggunakan Aprikot Jepun dalam jumlah pengubatan atau disapukan kepada kulit.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Kehamilan dan penyusuan susu: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan Aprikot Jepun jika anda sedang hamil atau menyusu. Sila berhati-hati dan elakkan penggunaannya jika anda sedang hamil atau menyusu.

Pembedahan: Aprikot Jepun mungkin melambatkan pembekuan darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan aprikot Jepun sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Aprikot Jepun?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herbal atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Aprikot Jepun?

Aprikot Jepun boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda atau keadaan perubatan anda. Sila rujuk doktor anda sebelum menggunakannya.

Ubat-ubatan yang memperlambat pembekuan darah (ubat Anticoagulant / Antiplatelet) berinteraksi dengan aprikot jepun.

Ekstrak bunga Aprikot Jepun mungkin melambatkan pembekuan darah. Mengambil ekstrak bunga aprikot Jepun bersama-sama dengan ubat-ubatan yang juga memperlahankan pembekuan mungkin meningkatkan peluang lebam dan pendarahan.

Beberapa ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, yang lain), ibuprofen (Advil, Motrin, yang lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, , heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Aprikot Jepun yang biasa digunakan?

Dos untuk Aprikot Jepun mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahan pula, suplemen tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Aprikot Jepun?

Aprikot Jepun boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair.
  • Serbuk.
  • Tinktur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut