Semburit, Satu Tabiat Seks yang PALING Berisiko Untuk Jangkitan Kelamin – Anda Tahu Tentangnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 3 minit bacaan

“Bukankah itu perkataan mencarut?”

Itu bergantung kepada bagaimana anda menggunakan perkataan ini. Dari sudut definisi, semburit merupakan sejenis aktiviti seks luar tabii yang dilakukan oleh sepasang lelaki.

Ia membabitkan tusukan alat kemaluan (zakar) salah seorang pasangan ke dalam ruang dubur pasangan mereka, persis hubungan kelamin melalui faraj antara lelaki dan wanita. Dalam bahasa mudah, ia adalah seks anal yang khusus untuk hubungan sejenis dalam kaum lelaki.

‘Ini aktiviti golongan gay dan homoseksual sahaja kan?’

Dalam memperhalusi isu seks songsang seperti semburit ini, salah satu masalah dalam kalangan masyarakat kita khususnya yang berlatarbelakangkan nilai-nilai yang konservatif adalah kesalahan dalam penggunaan perkataan seperti ‘gay’ dan ‘homoseksual’.

Ramai yang menggunakan kedua-dua perkataan ini seolah-olah ia mempunyai maksud yang sama dan juga membawa pengertian bahawa mereka melakukan hubungan seks sejenis. 

Perkataan ‘gay’ hanyalah merujuk kepada ketertarikan naluri seseorang lelaki itu terhadap lelaki lain. Seorang yang ‘gay’ tidak semestinya pernah atau perlu melakukan hubungan sejenis kerana ia tidak merujuk kepada perbuatan, sebaliknya sifat ketertarikan sahaja.

Akibat faktor larangan agama dan norma budaya, kebanyakan golongan ‘gay’ di dalam negara-negara konservatif akan memendam keinginan mereka.

Perkataan homoseksual pula membawa konteks yang lebih luas. Ia merujuk kepada ketertarikan sejenis dalam kedua-dua jantina (lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita).

Seperti perkataan ‘gay’, ia tidak memerlukan seseorang itu untuk pernah atau sedang melakukan hubungan sejenis.

Bukan tabiat seksual yang terhad kepada golongan gay sahaja

Dalam kajian populasi, terma paling tepat yang digunakan untuk lelaki yang melakukan aktiviti semburit ini adalah MSM, singkatan kepada ‘Men who have sex with men’.

Terma ini lebih tepat kerana ia membuka minda masyarakat bahawa mereka yang bersemburit tidak semestinya golongan ‘gay’ sahaja. Perlu kita cakna bahawa terdapat juga golongan yang gemar melakukan seks terhadap kedua-dua lelaki dan juga wanita (biseksual). 

Seseorang yang melakukan semburit juga tidak semestinya mempunyai minat terhadap lelaki. Populasi dalam penjara misalnya, banyak melakukan aktiviti bersemburit walaupun mereka berorientasi heteroseksual.

Tabiat semburit dalam penjara ini cukup banyak diketahui sehinggakan antara frasa yang paling terkenal berkaitan dengan kemasukan ke dalam penjara adalah ‘Don’t drop the soap’.

Fenomena ini disebut sebagai Situational Sexual Behaviour. Dalam situasi di mana berlakunya kekangan atau halangan untuk seseorang itu untuk memenuhi keperluan seksual mereka menggunakan cara yang biasa (seperti dalam penjara dan juga dalam sekolah berasrama berasaskan satu jantina), mereka cenderung untuk menukar tingkah laku seksual dengan melakukan seks sejenis bagi memenuhi keperluan seksual mereka.

Tambahan lagi, melakukan aktiviti ini dengan kerap dalam tempoh waktu tertentu boleh mempengaruhi orientasi asal seseorang itu, sama ada mengubah mereka menjadi homoseksual atau biseksual. 

Tabiat seks yang paling berisiko

Golongan MSM (mereka yang bersemburit) adalah kumpulan populasi yang paling berisiko untuk menghidap jangkitan kelamin yang berbahaya. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), kumpulan ini mewakili 67% daripada keseluruhan kes HIV baru pada tahun 2016 di Amerika Syarikat.

Di Malaysia pula, mereka membentuk 46% daripada keseluruhan populasi penghidap penyakit HIV. Selain HIV, bersemburit juga mempunyai risiko paling tinggi untuk jangkitan kelamin yang lain seperti sifilis dan chlamydia. 

Jawapan kepada mengapa bersemburit adalah tabiat seks yang paling berisiko adalah kerana kemungkinan percampuran cecair badan yang lebih tinggi berbanding aktiviti seks lain.

Lubang dubur manusia bukanlah bahagian badan yang dicipta untuk menerima tusukan oleh sesuatu objek khususnya yang dilakukan berulang kali.

Lapisan permukaan dinding lubang dubur adalah nipis dan cenderung untuk koyak atau luka. Ia juga tidak mempunyai rembesan cecair semula jadi yang dikaitkan dengan keterangsangan ketika bersetubuh.

Untuk itu, tusukan zakar ketika bersetubuh ini akan menyebabkan berlakunya trauma (luka) pada pembukaan lubang dubur dan juga dinding dalaman lubang dubur.

Luka atau koyak pada tisu permukaan dubur menjadi titik masuk yang mudah untuk bakteria dan juga virus daripada air mani seseorang untuk masuk. 

Kesimpulannya, tabiat seks melalui lubang dubur membawa risiko penyebaran penyakit jangkitan kelamin yang sangat tinggi akibat daripada kecenderungan untuk berlakunya kecederaan permukaan dalaman badan.

Bakteria dan virus yang berada dalam cecair badan seseorang dapat dipindah masuk ke badan orang lain ketika bersetubuh melalui titik-titik masuk ini.

Sekiranya anda pernah melakukan aktiviti semburit atau seks anal secara amnya, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan ujian saringan dan, jika perlu, nasihat berkaitan dengan pilihan rawatan yang sesuai. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    “Saya Pancut Luar, Takkan Dapat Penyakit Kelamin”, JANGAN 100% Pasti, Ini Sebabnya!

    Selain daripada itu, ada banyak lagi tanggapan lain yang kita dengar sebelum ini berkenaan penyakit kelamin dan jangkitan kelamin. Adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan, STDs & STIs 17/04/2020 . 3 minit bacaan

    Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

    Adakah dengan melakukan seks anal, maka ia menjadi punca buasir baharu muncul? Atau ia sekadar memburukkan lagi keadaan buasir yang sedia ada?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/03/2020 . 3 minit bacaan

    Oops! Suami Asyik Tolak Ajakan Bersama? Baik Anda Semak 5 Tanda BAHAYA Ini!

    Isteri mungkin akan rasa diri sudah tidak menarik kerana suami asyik tolak ajakan hubungan seks. Namun, bagaimana jika sebenarnya suami songsang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/02/2020 . 4 minit bacaan

    Dalam Diam, Ramai Wanita ‘Terkahwin’ Dengan Lelaki Yang Sebenarnya Homoseksual, Tapi Kenapa?

    Homoseksual bukanlah satu hubungan suami isteri yang diterima oleh masyarakat di Malaysia. Institusi rumah tangga boleh roboh dek masalah ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 13/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kawan lelaki

    Bila Lelaki Berkawan Baik, Jangan Pandang Serong! Bromance Ada Manfaatnya Pada Kaum Adam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    seksual

    Naluri Suka Kaum Sejenis, Genetik Gay Hanyalah Mitos, Kajian Ini Sudah Buktikan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara-pakai-kondom-wanita

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan
    wanita hamil

    ‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Mesti Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/04/2020 . 3 minit bacaan