250 Juta Kanak-Kanak Obes Menjelang 2030

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019

Lebih daripada 250 juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia akan menjadi obes menjelang tahun 2030. Tak percaya? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

Era Obesiti

China akan mengungguli kedudukan teratas menjelang tahun 2030 dalam senarai negara yang mempunyai ramai kanak-kanak dan remaja obesiti. Ini merupakan satu fakta yang agak menakutkan memandangkan obesiti dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kronik dan kematian pramatang.

Peningkatan mendadak ini bukan hanya akan dialami oleh negara China, malah juga 42 buah negara lain, menurut Persekutuan Obesiti Sedunia (WOF). Jika dilihat pada kadar anggaran kiraan tersebut, 42 buah negara termasuk Malaysia akan mempunyai kanak-kanak dan remaja obesiti melebihi 1 juta individu menjelang 2030. Peningkatan ini bakal mencabar kebolehupayaan sektor kesihatan negara-negara tersebut dalam menguruskan hal berkaitan dengan peningkatan bilangan pesakit kronik kesan daripada meningkatnya jumlah pesakit obesiti.

Mereka (pesakit obesiti kanak-kanak) cenderung untuk mendapat penyakit hipertensi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan pernafasan, tulang dan sendi serta masalah kencing manis pada usia yang muda. Puncanya berkemungkinan daripada kemudahan akses untuk membeli makanan segera, peningkatan penggunaan komputer dan peralatan mudah alih berskrin dan faktor peningkatan kenderaan bermotor.

Menurut pakar, jika perkara ini dibiarkan berleluasa, sektor kesihatan negara yang terlibat tidak akan mempunyai peruntukan yang mencukupi dalam memastikan kesemua pesakit obesiti mendapat rawatan yang sepatutnya. Insulin akan kehabisan stok, pakar bedah bariatrik tidak akan menang tangan dalam menguruskan jumlah pesakit yang memilih untuk menjalani pembedahan bagi membantu pengurangan berat badan.

Kegagalan buat kerajaan yang memerintah?

Adakah peningkatan kes obesiti di kesemua 42 buah negara yang tersenarai merupakan tanda kegagalan pihak kerajaan dalam memastikan kanak-kanak dan remaja mendapat perlindungan kesihatan dan pendidikan yang sepatutnya? Di UK, 1 daripada 5 kanak-kanak mempunyai masalah obesiti apabila mereka berada pada tahap pengajian sekolah rendah. Apa yang lebih menakutkan adalah, jumlah tersebut meningkat kepada 1 daripada 3 kanak-kanak seusai tamatnya tempoh bagi tahap pengajian tersebut. Adakah mereka diajar berkaitan dengan gaya pemakanan sihat di sekolah bagi membantu mengurangkan masalah obesiti ini?

Percaya ataupun tidak, dalam memastikan kanak-kanak dan remaja mempunyai kualiti kesihatan terbaik, keputusan yang dibuat oleh orang dewasa merupakan salah satu faktor penentu bagi mencapai matlamat tersebut. Biarpun guru berhempas pulas dalam mengajar gaya pemakanan sihat kepada murid-murid, jika ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan subjek ini, anak-anak tidak akan terlepas daripada cengkaman obesiti.

Bayangkan jika anak-anak anda terpaksa mengambil suntikan insulin kerana mereka mengalami masalah rintangan insulin yang serius. Kencing manis bukanlah satu penyakit yang boleh diambil ringan. Bahkan, kesannya kepada orang dewasa seperti buta, kerosakan buah pinggang dan amputasi boleh mengubah kualiti hidup, inikan pula kanak-kanak dan remaja. Penting untuk kita tahu bahawa didikan awal bermula daripada apa yang diajar di rumah.  Guru hanya boleh memberikan intensif tambahan terhadap pengetahuan anak-anak anda. Andalah yang akan mencorakkan kesihatan anak-anak anda.

Konklusi

Obesiti adalah merupakan masalah yang perlu diambil serius terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Cukuplah kita (Malaysia) menjadi negara tergemuk di Asia Tenggara, jangan pula kita bawa reputasi ini ke pentas dunia. Ibu bapa dan guru perlu memberikan didikan awal berkenaan dengan gaya pemakanan sihat kepada anak-anak. Bersama kita wujudkan masyarakat bebas masalah obesiti untuk kesejahteraan bersama.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Terdapat banyak kesan penyakit psoriasis. Selain mengakibatkan keradangan pada tubuh badan, ia juga berisiko menyebabkan 5 penyakit kronik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!

    Mereka yang berusia muda tidak terjamin selamat daripada cengkaman jangkitan virus korona baharu (COVID-19). Langkah pencegahan masih perlu ditekankan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 01/04/2020

    JAGA! Si Manja Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini Apa Boleh Terjadi

    Wahai ibu bapa, ketahuilah bahawa punca strok haba bukan hanya sebab anak main panas di luar sahaja ya? Di dalam rumah pun boleh terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

    Masalah kurang tidur tidak asing dalam kalangan masyarakat umum. Dalam dunia serba kompetitif ini, ramai orang sanggup mengorbankan masa tidur demi kerja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    pembelajaran online

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    anak

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020
    vaksin bayi

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/04/2020