Kehilangan Rambut: Tips untuk Wanita Hamil Dalam Rawatan Kanser Payudara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019

Berdepan dengan kanser payudara adalah tugas yang mencabar, terutama jika anda sedang hamil. Rawatan kanser dan hormon kehamilan boleh mengubah penampilan anda dengan drastik. Kehilangan rambut adalah perubahan yang paling ketara. Berikut ialah 11 petua untuk membantu anda menguruskan situasi ini dengan lebih baik:

1. Maklumkan orang yang anda sayangi tentang apa yang mereka perlu jangkakan

Anak-anak anda mungkin keliru melihat rambut anda gugur. Beritahu mereka ini keadaan ini hanya sementara, dan rambut anda akan tumbuh semula. Malah, minta mereka pilih rambut palsu untuk anda.

2. Cuba simpan rambut pendek

Jika anda sentiasa menjadi wanita berambut panjang, sudah tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. Mempunyai rambut yang dipotong pendek boleh mengurangkan penampilan keguguran rambut.

3. Lindungi kepala anda dari matahari

Pada mulanya, mungkin terasa pelik untuk menyapu pelindung matahari pada kepala anda, tetapi langkah ini penting apabila anda tidak memakai rambut palsu. Mempunyai kulit kepala yang melecur bukanlah satu idea yang baik.

4. Pastikan kepala anda kekal hangat

Ini sangat penting jika anda tinggal di kawasan sejuk. Ingat untuk dapatkan topi hangat ketika berada di rumah, keluar rumah, atau bahkan semasa tidur juga diperlukan.

5. Cari pakar rambut palsu

Pakar rambut palsu boleh membantu anda mencari rambut palsu yang menyerupai rambut semulajadi anda. Anda juga boleh meminta mereka m rambut palsu anda sendiri.

6. Cari salon untuk rambut palsu anda

Rambut palsu anda juga memerlukan penjagaan. Salon yang baik dengan syampu, perapi rambut dan berus yang sesuai akan membantu memastikan rambut anda berada dalam keadaan terbaik.

7. Semak sama ada insurans anda melindungi rambut palsu anda

Kebanyakan insuran membayar sehingga 80% bagi rambut palsu yang digunakan untuk tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, anda memerlukan preskripsi doktor untuk menyokong tuntutan anda.

8. Beli beberapa rambut palsu tambahan

Ia akan menyusahkan anda jika anda perlu keluar tetapi rambut palsu anda kotor, atau sedang berada di salon untuk digayakan semula. Mempunyai lebih daripada satu rambut palsu akan memastikan anda boleh keluar bila-bila masa yang anda suka.

9. Dapatkan aksesori rambut yang lain

Memakai rambut palsu sahaja sepanjang masa adalah membosankan. Cubalah lelilit, topi atau serban sekali-sekala. Untungnya, aksesori rambut boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan.

10. Bersedia untuk rambut baru

Rambut tumbuh selepas terapi mungkin berbeza dari rambut lama anda dan tidak cantik. Walau bagaimanapun, perubahan itu biasanya bersifat sementara selepas satu tempoh masa dan penjagaan perubatan.

11. Hulurkan tangan anda

Jika anda mempunyai kebimbangan, bercakap dengan seseorang yang mempunyai pengalaman dalam perkara ini boleh membantu anda. Pertimbangkan untuk sertai kumpulan sokongan. Pesakit kanser payudara lain yang telah sembuh, boleh memberi lebih banyak tips dan nasihat tentang bagaimana untuk menguruskan perubahan penampilan anda.

Akhir sekali, rawatan akan selesai. Anda akan sembuh dan rambut anda akan tumbuh semula. Dengan ingatan itu, nikmati peluang untuk mencuba penampilan baru setiap hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tegas & Garang Itulah Sifat Anak Ke-3 Tapi Dalam Diam Manja, Nak Tahu Fakta Menarik Lagi? Baca Ini

    Mesti anda pernah terbaca mengenai fakta anak ketiga. Adakah ia benar atau tidak? Jom ketahui keperibadian anak nombor 3 yang mungkin tidak disedari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

    Ada perokok tegar yang mula beralih daripada rokok biasa kepada rokok gulung kerana sangka ia lebih baik. Klik untuk tahu bahaya rokok gulung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid