backup og meta

Apa Itu Penyakit Crohn: Kenali Tanda, Punca & Rawatan Ini

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 21/08/2023

    Apa Itu Penyakit Crohn: Kenali Tanda, Punca & Rawatan Ini

    Apa itu penyakit Crohn? Ia merupakan salah satu penyakit radang usus besar selain daripada kolitis ulseratif.

    Ia sering dimanifestasikan sebagai keadaan radang pada dinding organ dan boleh berlaku pada mana-mana bahagian sepanjang sistem gastrousus (dari mulut hingga ke anus).

    Jika dibandingkan dengan populasi biasa, mereka yang mengalami masalah radang usus besar ini mempunyai risiko kematian yang agak tinggi.

    Walaupun punca yang tepat masih lagi tidak diketahui, penyakit ini boleh berlaku kesan daripada interaksi rumit antara kecenderungan genetik, faktor persekitaran dan juga kecelaruan sistem imun terhadap bakteria baik di dalam usus besar.

    Dalam tempoh lebih 50 tahun, angka penyakit ini telah berterusan meningkat dengan rekod kes baharu tertinggi dicatat di Eropah utara, United Kingdom (UK) dan juga Amerika Utara.  

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

    Tanda klinikal penyakit Crohn

    Berbeza dengan kebanyakan masalah kesihatan lain, diagnosis bagi penyakit keradangan usus ini hanya boleh disahkan secara klinikal.

    Ini bermakna pengesahan masalah kesihatan tersebut perlu dibuat secara sistematik, bermula daripada pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan dapatan ujian makmal.

    Cirit-birit kronik yang melebihi tempoh 4 minggu adalah simptom yang paling kerap berlaku dalam kalangan penghidap penyakit ini.

    penyakit crohn

    Selain daripada itu, pesakit juga boleh mengalami simptom lain seperti:

    Oleh sebab proses patologi penyakit radang usus besar melibatkan keradangan pada dinding usus besar, ia boleh menyebabkan pembentukan fistula.

    Fistula adalah lubang atau laluan yang menghubungkan di antara dua bahagian seperti organ, salur darah atau struktur yang lain.

    Ia merupakan komplikasi yang boleh dialami kesan daripada proses keradangan, jangkitan atau kecederaan semasa pembedahan.

    Dianggarkan sekitar 35 peratus pesakit mengalami masalah fistula menjadikan ia komplikasi paling lazim direkodkan bagi penyakit Crohn.

    Perkara ini, ditambah pula dengan fakta yang menyatakan masalah radang usus merupakan faktor risiko kanser kolorektal, boleh memberi impak yang negatif ke atas kualiti hidup penghidap.

    Faktor risiko penyakit Crohn 

    penyakit crohn

    Umur dan jantina 

    Kebiasaannya mereka yang didiagnosis dengan penyakit ini, berusia sekitar 30 hingga 39 tahun.

    Dalam soal pengaruh jantina, terdapat perbezaan taburan geografi – iaitu populasi Kanada dan New Zealand, wanita adalah 10 hingga 30% lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini manakala di Jepun dan Korea, lelaki dilaporkan mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi berbanding wanita untuk didiagnosis dengan penyakit ini.

    Genetik

    Menurut 2 kajian kohort yang dijalankan di negara Britain dan Jerman, anak kembar seiras boleh didiagnosis dengan penyakit yang mempunyai lokasi dan tingkah laku yang serupa. Mereka juga cenderung untuk didiagnosis pada usia yang sama. 

    Kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan genetik boleh mengalami penyakit ini pada usia yang lebih muda berbanding dengan ibu bapa mereka semasa didiagnosis.

    Etnik

    Prevalens bagi penyakit ini sangat tinggi dalam kalangan populasi Yahudi.

    Walau bagaimanapun, variasi prevalens yang bergantung kepada kedudukan geografi menunjukkan peranan faktor persekitaran juga penting dalam proses patologi penyakit. 

    Baca juga:

    Masalah keradangan yang lain 

    Masalah keradangan yang lain turut memberikan implikasi kepada kebarangkalian untuk anda didiagnosis dengan penyakit radang usus besar ini.

    Antaranya adalah penyakit ankylosing spondylitis, perikarditis, asma, malah penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis atopik.

    Faktor Persekitaran punca peningkatan penyakit Crohn 

    Peningkatan jumlah penyakit ini di seluruh dunia boleh berpunca daripada faktor persekitaran dan impaknya boleh dilihat dengan lebih jelas pada kanak-kanak.

    Tabiat merokok telah dikenalpasti mempunyai pengaruh ke atas fenotaip penyakit ini.

    Kajian meta-analisis menunjukkan rokok berupaya untuk meningkatkan risiko penyakit setinggi dua kali ganda berbanding dengan risikonya pada populasi umum.

    Faktor pemakanan seperti pengambilan makanan berlemak juga boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalami masalah kesihatan ini. Pun begitu, diet yang tinggi dengan serat dan buah telah dikenalpasti sebagai faktor pelindung daripadanya.

    Diagnosis & ujian untuk penyakit Crohn

    Buat masa kini, masih belum ada peralatan yang mampu mendiagnosis masalah keradangan usus ini. 

    Sebaliknya, pemeriksaan pesakit dibuat secara sistematik berdasarkan kepada sejarah perubatan, dapatan pemeriksaan fizikal dan keputusan ujian makmal.

    Penggunaan skop bagi melihat keadaan di dalam usus besar dan kecil disertakan dengan biopsi sampel tisu merupakan kaedah yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

    Alatan canggih lain yang turut digunakan adalah alat ultra bunyi, tomografi berkomputer (VT) serta pengimejan resonans magnetik (MRI).

    penyakit crohn

    Teknik lain yang lebih canggih melibatkan penggunaan sebiji kapsul yang boleh ditelan masuk ke dalam sistem gastrousus oleh pesakit.

    Kapsul tersebut dilengkapi dengan kamera tanpa wayar pakai buang.

    Ia akan melalui saluran pencernaan sehingga dikumuhkan melalui dubur dan analisis rakaman boleh dibuat setelah ia selesai.

    Ia merupakan satu kaedah yang mudah dan tidak invasif berbeza dengan penggunaan skop.

    Malah, penggunaan teknologi ini juga membantu meningkatkan ketepatan diagnosis sebanyak 15 peratus.

    Konklusi

    Sudah berdekad lamanya kita mengkaji dan mengenali proses patologi yang menyebabkan kecelaruan fungsi pada pesakit yang menghidap penyakit Crohn.

    Setakat ini, kita sudah menemui pelbagai jenis klu dalam usaha untuk meningkatkan tahap efektif diagnosis supaya kualiti hidup penghidap terjamin.

    Kalaulah sekarang kita sudah menemui pelbagai maklumat yang bakal membantu menguruskan penyakit ini, bagaimana pula dengan 50 tahun akan datang?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 21/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan