Positif HIV Bukan Maksud Putus Harapan, Ini Rawatan HIV Yang Perlu Dibuat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Jangkitan virus HIV yang boleh menyebabkan penyakit AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) merupakan antara penyakit yang ditakuti oleh seluruh populasi dunia. Kerana itu, ramai yang takut jika didiagnosis positif HIV.

Jika anda sering mengikuti perkembangan berkenaan dengan jangkitan ini, anda akan tahu saintis berusaha keras dalam mencari penawarnya.

Setakat ini hanya terdapat beberapa pesakit yang sembuh atau mencapai remisi tanpa bantuan ubat. Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

Kisah pesakit Berlin yang positif HIV

hiv
Timothy Ray Brown (empat dari kiri) bersama ahli Projek Polisi AIDS. Gambar oleh Griffin Boyce – Flickr (CC BY 2.0).

Pada tahun 1995, Timothy Ray Brown telah menerima diagnosis jangkitan HIV. Berbekalkan ubat zidovudine (AZT), simptomnya terkawal dan Brown mempunyai jangka hayat yang hampir sama dengan populasi umum. 

10 tahun berlalu, Brown mula mengalami kelesuan. Takkan AIDS kot? Dia patuh dengan jadual pemakanan ubat yang diberikan dan tidak pernah tertinggal walau satu hari pun.

Pada keesokan harinya, semasa pemeriksaan doktor, Brown diberitahu bahawa jumlah darah merahnya rendah. Setelah melalui beberapa ujian makmal, dia disahkan menghidap leukemia.

Hati siapa yang tidak hancur. Selepas satu ujian yang timbul, satu lagi menunggu. Brown hanya akur dengan ketentuan takdir dan menjalani rawatan terapi kemo.

Dia sepatutnya menjalani 4 kitaran terapi kemo, namun setelah tamat kitaran ketiga, Dr Huetter telah mengambil darah Brown untuk dilihat kesesuaiannya dengan terapi sel induk (stem cell therapy). 

Namun Brown tidak membenarkan rawatan terapi sel induk tersebut memandangkan leukemianya berjaya dikawal dan dia boleh terus mengambil ubat antiretroviral untuk mengawal simptom HIV.

Cadangan yang diberikan oleh Dr Huetter adalah supaya Brown diberikan sel induk yang mempunyai mutasi pada CCR5 Delta 32 yang akan membuatkan sel CD4 Brown kebal terhadap tindakan HIV. Namun Brown tidak mahu menjadi tikus putih kepada pembedahan eksperimen tersebut.

Namun pada tahun 2006, penyakit leukemia tersebut menjadi bertambah teruk. Dia terpaksa menjalani prosedur pemindahan sel induk untuk menyelamatkan nyawanya.

Setelah memberikan persetujuannya, Brown berhenti mengambil ubat antiretroviral dan mula berdoa agar prosedur tersebut berjaya. Pemindahan sel induk tidak mempunyai kadar kejayaan yang tinggi. 

Namun, prosedur tersebut telah menyelamatkan nyawa Brown dan tiada HIV yang dapat dikesan di dalam darahnya.

Setelah melalui prosedur yang sama pada tahun 2008 (kali kedua) akibat daripada leukemianya menyerang kembali, Brown akhirnya membuat keputusan untuk berkongsi pengalamannya berkenaan dengan rawatan tersebut.

Potensi rawatan farmakologikal untuk pesakit yang positif HIV dan AIDS

hiv

Ubat antiretroviral merupakan salah satu kejayaan terbesar dalam meningkatkan kualiti hidup mereka yang didiagnosis dengan jangkitan HIV.

Namun pengambilannya perlu diteruskan seumur hidup dan ia hanya boleh menurunkan paras jumlah virus tersebut sehingga ia tidak boleh dikesan oleh mana-mana teknologi pengesanan HIV.

Mereka yang mempunyai status undetectable masih mempunyai virus tersebut namun mereka tidak lagi boleh menjangkiti individu lain.

Pelbagai usaha telah dilakukan namun rawatan definitif yang ada cumalah terapi sel induk. Prosedur ini sangat berisiko dan mereka yang mempunyai sel induk bermutasi CCR5 Delta 32 adalah tidak ramai.

Teknologi penyuntingan gen CRISPR yang sering diuar-uarkan sebagai alternatif kepada rawatan HIV sedang giat digunakan sebagai alat untuk mematikan gen CCR5 pada struktur sel induk penderma. Kebanyakan prosedur yang dijalankan tidak berjaya menyunting gen tersebut sepenuhnya.

Namun ia tetap dianggap sebagai salah satu berita baik bagi mereka yang menghidap jangkitan virus ini. Mereka hampir berjaya menemukan rawatan definitif!

Pada 24 September 2019, sekumpulan pengkaji dari Universiti California telah menemui potensi rawatan HIV yang boleh membunuh virus yang hidup dorman di dalam badan.

Prosesnya melibatkan penyuntingan bahan genetik sel sistem pertahanan badan dan dalam masa yang sama mematikan gen yang sering menjadi sasaran HIV menggunakan kaedah penyuntingan CRISPR.

Gen tersebut dikenali sebagai HIV-1 Enhanced LncRNA (HEAL) dan ia dianggap memainkan peranan penting dalam proses patogenesis jangkitan HIV. Kesannya? Tanpa rawatan antiretroviral, HIV tidak lagi dapat dikesan di dalam darah. 

Walau bagaimanapun, kajian seterusnya yang melibatkan penggunaan haiwan perlu dijalankan untuk memastikan kaedah rawatan terbaru ini tidak memberi kemudaratan kepada tahap kesihatan individu.

Konklusi

aids

Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka yang mempunyai jangkitan HIV, usah putus harapan. Teruskan mengambil ubat antiretroviral seperti yang dipreskripsikan oleh doktor anda dan ikuti maklumat lanjut kajian berkaitan rawatan HIV.

Tidak lama lagi akan adalah golongan saintis yang berjaya menemukan rawatan definitif tersebut bagi mengurangkan jumlah populasi mereka yang hidup dengan HIV. Kini terdapat 37 juta individu di seluruh dunia yang dijangkiti HIV.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Banyak Beza Antara Demam COVID-19 Dengan Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

    Demam adalah simptom paling lazim dialami oleh mereka yang dijangkiti oleh virus novel korona. Apa bezanya dengan demam yang dialami ketika selesema biasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/02/2020 . 4 minit bacaan

    Angkara Sembunyi Maklumat Perjalanan Di Saringan COVID-19, Lelaki Malaysia Terima Hukuman!

    Pelbagai usaha dilakukan mengekang coronavirus, tapi masih ada individu tidak bertanggungjawab sanggup sembunyi sejarah perjalanan semasa saringan COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 31/01/2020 . 3 minit bacaan

    Wabak Berbahaya Virus Corona Ini SUDAH Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

    Wabak dari Wuhan sudah menyerang hampir seluruh penduduk dunia. Persoalannya, wujudkah virus corona di Malaysia? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 29/01/2020 . 4 minit bacaan

    Patutkah Keluarga Anda Mengambil Vaksin Influenza?

    Artikel ini akan membicarakan berkenaan dengan keperluan anda sekeluarga untuk mengambil vaksin influenza. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ubat dan penyusuan

    Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020 . 4 minit bacaan
    jangkitan hantavirus

    Belum Habis COVID-19, Kini Muncul Pula Hantavirus! Ini 8 Cara Elak Jangkitan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/04/2020 . 3 minit bacaan

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/03/2020 . 2 minit bacaan