HIV dan AIDS

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan

Boleh berjangkit melalui darah atau hubungan seks, HIV adalah satu penyakit berbahaya yang telah merosakkan kehidupan ramai individu di seluruh dunia. Artikel ini akan memberikan maklumat lanjut mengenai HIV dan Aids.

Apa itu HIV/AIDS

HIV adalah virus yang sekali menjangkiti tubuh seseorang, ia akan membuatkan kemerosotan tahap kesihatan. Ini kerana virus tersebut akan menyerang sistem imunisasi tubuh, melemahkan keupayaan untuk melawan kembali jangkitan dan penyakit sama ada demam biasa hinggalah demam panas. HIV biasanya akan menjangkiti ketika melakukan hubungan seks tanpa perlindungan kondom. Malahan seorang wanita hamil yang mempunyai HIV kemungkinan besar anaknya juga akan dijangkiti.

AIDS adalah peringkat akhir HIV.

Ujian HIV

Jika anda mengesyaki anda mungkin menghidapi HIV, datang ke klinik secepat mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan. Semakin lama anda menunggu, semakin anda mempertaruhkan nyawa anda.

Ujian HIV adalah cara untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti HIV atau tidak. Sampel darah atau air liur anda akan diambil untuk pemeriksaan.

Seandainya keputusan negatif, tahniah, anda bebas HIV. tetapi jika sebaliknya, anda mungkin mempunyai HIV, maka ujian darah lebih lanjut akan dilakukan sebagai pengesahan keputusan. Jika memang disahkan sebagi positif, lebih banyak ujian dan perbincangan dengan pakar HIV, doktor atau pakar penjagaan kesihatan diperlukan.

Merawat dan hidup dengan HIV

Buat masa ini, tiada ubat untuk mengubati HIV/AIDS. Namun pada masa kini, rawatan yang ditawarkan agak berkesan untuk membantu mereka yang dijangkiti HIV untuk hidup lebih lama dan sihat.

Sekiranya anda mempunyai HIV atau AIDS, anda perlu mengambil ubat dalam bentuk tablet setiap hari. Kebiasaannya, sejenis ubat tidak akan mencukupi. Oleh itu gabungan ubat-ubatan yang berlainan akan ditetapkan. Selain itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat juga penting untuk menjamin jangka hayat hidup ‘lebih lama’.

Bagi mereka yang hidup dengan HIV, mengambil rawatan antiretroviral dalam bentuk terapi akan mengurangkan risiko penyebaran HIV kepada pasangan seksual. Terapi ini sangat penting kerana ia mempunyai keupayaan mengesan virus HIV, di mana ujian darah tidak mampu mengesannya. Walaupun peratusan untuk wanita hamil dengan HIV akan menyebabkan bayinya akan dijangkiti HIV adalah kecil, namun peluang dijangkiti tetap ada.

Mencegah HIV

Mereka yang berkongsi jarum suntikan atas apa jua alasan, atau melakukan hubungan seks tanpa perlindungan kondom adalah berkemungkinan besar akan mendapat HIV.

Yang pastinya, untuk menghindari HIV, pastikan anda menggunakan kondom setiap kali melakukan hubungan seks sekiranya anda mengamalkan hubungan seksual secara aktif. Jangan berkongsi jarum, peralatan suntikan seperti jarum suntikan, sudu dan kapas ujian (swab) dengan individu lain.

Mengetahui tahap kesihatan pasangan seks anda sebelum melakukan rangsangan seksual juga sangat penting.

Jika anda mengesyaki bahawa anda mungkin mempunyai HIV, datang ke klinik secepat mungkin untuk mendapatkan diagnosis, rawatan dan ubat lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    subjenis-hiv-baru-telah-dikenal-pasti

    Subjenis HIV Baru Telah Dikenal Pasti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/11/2019 . 2 minit bacaan
    HIV

    HIV Berjaya disingkirkan daripada Genom Haiwan Hidup

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/07/2019 . 3 minit bacaan