backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Air Kencing Dihurung Semut? Selain Tanda Diabetes, Ini Juga Simptom Kondisi Lain!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/08/2023

    Air Kencing Dihurung Semut? Selain Tanda Diabetes, Ini Juga Simptom Kondisi Lain!

    Pernahkah anda terfikir kalau pesakit diabetes itu memiliki air kencing manis dari segi bau dan rasa? Anda tidak keseorangan jika masih tertanya. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Normalkah jika air kecil dihurung oleh semut?

    Thomas Willis merupakan antara doktor pertama yang mengaitkan rasa manis urin dengan penyakit kencing manis.

    Rasa air kecil milik pesakitnya itu membuatkan Willis rasa pelik, sehinggakan beliau merekodkan penemuannya sebagai ‘satu rasa yang manis seperti madu dan tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata’.

    Sebenarnya, bukan Thomas Willis sahaja doktor yang pernah merasa urin. Doktor pada zaman dahulu juga akan merasa urin milik pesakit untuk tentukan jika mereka menghidap diabetes.

    Pesakit kencing manis yang mengambil ubat gliflozins boleh mengalami kondisi kencing manis yang benar-benar rasa manis.

    Ubat ini berfungsi dengan cara menghalang buah pinggang daripada menyerap gula kembali ke dalam darah.

    Oleh itu, lebihan gula akan keluar bersama-sama air kecil, lalu menyebabkan urin menjadi manis.

    Jangan risau jika semut bertindak menghurung air kencing manis anda. Jika anda mengambil gliflozins, ia bermaksud ubat anda berfungsi dengan baik!

    air kencing manis

    Namun, jika anda tidak pernah didiagnosis dengan diabetes, hati-hati kerana ini merupakan bacaan gula dalam air kencing, darah dan tubuh anda sedang tinggi.

    Selain itu, anda juga mungkin alami simptom-simptom seperti di bawah:

    1. Kepenatan
    2. Haus yang amat sangat
    3. Tidak lalu makan
    4. Turun berat badan secara tiba-tiba
    5. Buang air lebih banyak dari biasa

    Jika anda nampak semut di sekitar mangkuk tandas anda selepas ini, cuba ambil ujian gula dalam darah.

    Lebih baik lagi jika anda boleh berhubung terus dengan doktor pakar untuk sesi konsultasi.

    Diabetes merupakan salah satu penyakit yang sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 daripada 5 individu dewasa di Malaysia menghidap diabetes.

    Oleh itu, jika anda rasa mungkin menghidap penyakit ini, cepat-cepatlah berjumpa doktor sebelum terlambat ya!

    Renal glycosuria juga boleh sebabkan air kencing manis!

    Renal glycosuria merupakan satu keadaan di mana glukosa dibuang melalui urin walaupun paras gula dalam darah individu tersebut adalah normal.

    air kencing manis

    Ia merupakan penyakit keturunan dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina.

    Namun, khabar baiknya ialah, individu yang mempunyai penyakit ini tidak akan mengalami apa-apa simptom yang serius.

    Pesakit renal glycosuria mempunyai tiub renal yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Tiub ini merupakan penapis utama dalam buah pinggang manusia.

    Sebab itulah glukosa tidak dapat ditapis dengan sempurna dan keluar bersama-sama dengan air kencing.

    Keadaan ini juga boleh mengakibatkan air kencing manis terjadi kepada seseorang.

    Selalunya, individu yang mempunyai renal glycosuria tidak memerlukan apa-apa rawatan dan boleh hidup normal seperti orang lain.

    Tetapi, sebahagian pesakit renal glycosuria boleh menghidap diabetes dengan meningkatnya umur.

    MSUD – Air kencing milik bayi seperti sirap maple

    air kencing manis

    Satu lagi jenis penyakit yang jarang berlaku ialah maple syrup urine disease (MSUD) ataupun penyakit air kencing manis dari segi bau dan rasa seperti sirap maple.

    Penyakit ini berlaku sejak bayi dan dikenal pasti oleh doktor seawal kelahiran.

    MSUD juga amat jarang berlaku dan hanya 1 bayi daripada 185,000 kelahiran sahaja yang dikesan mempunyai penyakit ini.

    Pesakit MSUD tidak boleh memproses beberapa jenis asid amino dan menyebabkan bahan tersebut berkumpul dalam darah dan juga urin.

    Tahap amino asid yang tinggi dalam badan boleh bertukar menjadi toksik.

    Salah satu simptom penyakit ini ialah bau urin yang manis seakan-akan sirap maple.

    Berbeza dengan pesakit renal glycosuria, penghidap penyakit ini terpaksa mengalami rawatan seumur hidup untuk elak daripada komplikasi yang serius.

    Tetapi, dengan pengesanan awal, diet yang berkesan dan rawatan yang betul, kehidupan pesakit MSUD boleh dibantu. Jika ingin pulih sepenuhnya, pesakit MSUD perlu melalui pemindahan hati.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan