Cara Memilih Nebulizer yang Sesuai

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019
Share now

Pengabut atau nebulizer adalah alat perubatan yang digunakan oleh pesakit dalam keadaan kesihatan yang memerlukan penyampaian ubat dalam bentuk kecil ke saluran pernafasan. Disebabkan saluran pernafasan menapis jirim yang melaluinya, hanya jirim kecil di antara 1 hingga 7μm boleh mencapai bahagian-bahagian pernafasan yang berkaitan dengan lebih berkesan.

Oleh itu, memilih alat penyampaian ubat yang paling sesuai adalah sangat penting untuk kesan ubat yang optimum. Peningkatan kecekapan penyampaian ubat bermakna ubat akan bertindak lebih cepat dan pada dos yang lebih rendah yang akan mengurangkan kejadian kesan sampingan.

Jenis nebulizer

Terdapat pelbagai jenis nebulizer dan masing-masing mempunyai ciri-ciri unik walaupun mereka berfungsi dengan cara yang sama. Umumnya, terdapat tiga jenis nebulizer elektronik: nebulizer kompresor, ultrasonik, dan mesh. Jenis nebulizer yang dipilih akan mempengaruhi tempoh rawatan, saiz jirim, mudah alih, ketahanan dan aspek lain. Memandangkan nebulizer ultrasonik digunakan dalam kegunaan profesional, nebulizer kompresor dan mesh adalah yang perlu dipertimbangkan untuk kegunaan rumah:

Nebulizer Kompresor – Menggunakan gas yang telah dimampatkan. Gas tersebut mengalir pada halaju tinggi melalui ubat cecair untuk mengubahnya menjadi bentuk kabus (aerosol). Nebulizer ini adalah lebih murah dan boleh membentuk pelbagai saiz jirim. Juga dikenali sebagai nebulizer meja, ia berat dan tidak sesuai untuk dibawa keluar. Ia sesuai untuk mereka yang menyukai penggunaan statik. Ia memerlukan sambungan ke soket untuk beroperasi dan boleh menjadi agak bising.

Nebulizer Mesh – Menggunakan elektrik atau gelombang ultrasonik di mana ubat cecair melalui mesh bergetar / membran dengan lubang gerudi laser, menghasilkan kabus yang sangat halus melalui lubang. Ia dianggap sebagai alat terpantas dan lebih mahal berbanding yang lain. Ia beroperasi menggunakan bekalan kuasa bateri secara senyap dan cekap. Menggunakan fungsi tangan, ia lebih kecil dan mudah alih berbanding jenis kompresor.

Memilih nebulizer yang sesuai

Walaupun pakar kesihatan anda akan mencadangkan pengabut yang sesuai untuk pengambilan ubat anda, anda mungkin masih mempunyai pilihan mengenai jenama, saiz, dan tetapan lain. Beri diri anda masa yang mencukupi untuk mencari nebulizer yang sesuai kerana ini akan menjadi pelaburan untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.

Oleh itu, ambil kira semua faktor ini sebelum membuat keputusan:

1. Kesesuaian dengan masalah kesihatan

Pemilihan alat perlu disesuaikan dengan masalah kesihatan anda. Penyakit yang berbeza memerlukan alat yang berbeza. Penyakit saluran pernafasan atas seperti selesema mungkin memerlukan saiz jirim yang lebih besar sementara penyakit saluran pernafasan bawah seperti COPD memerlukan saiz jirim yang lebih kecil. Sebagai contoh, jenis kompresor boleh mengeluarkan pelbagai saiz jirim manakala jenis mesh mengeluarkan saiz jirim yang sama.

Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pelbagai penyakit pernafasan, nebulizer yang menyampaikan saiz jirim boleh laras akan menjadi penyelesaian yang sesuai. Rujuk pakar kesihatan anda untuk cadangan nebulizer yang sesuai untuk keadaan anda.

2. Umur, keupayaan fizikal & kognitif pesakit

Orang tua dan bayi mungkin mempunyai keupayaan terhad untuk mengendalikan alat. Kemerosotan kognitif dalam warga tua bermakna pergerakan rumit dengan alat tangan akan menjadi sukar. Situasi yang sama timbul pada mereka yang mempunyai artritis, masalah penglihatan, aliran inspiratori berkurang (reduced inspiratory flow) dan rutin rawatan yang kompleks. Bagi mereka yang mempunyai keupayaan terhad untuk mengamalkan teknik penyedutan kompleks, mungkin lebih baik memilih jenis kompresor. Pakar kesihatan anda perlu dimaklumkan tentang masalah yang timbul, termasuk kemerosotan fungsi jari atau fungsi kognitif.

Jika anda membeli untuk anak anda, nebulizer dengan bunyi yang perlahan dan kabus yang lebih halus akan menjadi pilihan yang lebih sesuai. Anda boleh mencari model ceria dengan aksesori yang mesra kanak-kanak. Pilih nebulizer yang praktikal untuk anda sebagai penjaga. Jika anak anda atau orang di bawah jagaan anda memerlukan terapi nebulizer, adalah penting bagi penjaga lain untuk turut mengetahui cara menggunakannya dengan betul.

3. Keberkesanan alat

Pakar kesihatan anda akan mencadangkan nebulizer yang paling berkesan untuk kegunaan anda. Ketahuilah bahawa ubat-ubatan tertentu berfungsi dengan baik dengan jenis alat tertentu, dan tidak semua ubat boleh digunakan untuk nebulizer yang sama. Selain itu, anda juga perlu ingat bahawa terapi hanya berkesan jika alat dikendalikan dengan betul. Pastikan keupayaan anda menggunakan nebulizer dinilai oleh pakar kesihatan anda.  Jika anda tidak dapat menggunakan alat dengan betul, bincang dengan pakar kesihatan anda untuk alternatif lain. Jika anak anda menggunakan nebulizer, pastikan pakar kesihatan anda menilai semula secara berkala untuk memastikan alat yang digunakan sesuai dengan perkembangan usia anak anda.

Adalah penting untuk anda memilih alat yang mudah digunakan berdasarkan gaya hidup anda. Jika anda sering keluar, lebih baik memilih jenis mesh dan aksesori yang diperlukan seperti bekalan kuasa untuk dibawa bersama. Sebaliknya, jenis kompresor yang statik sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak atau orang tua atau jika anda lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Sesetengah orang suka membeli kedua-dua jenis nebulizer. Jika anda tidak pasti jenis yang hendak dibeli, mungkin lebih baik memilih jenis mesh untuk fungsi yang lebih versatil.

4. Faktor persekitaran

Bila dan di mana terapi aerosol diperlukan juga boleh memberi kesan kepada pemilihan alat. Terapi yang diberi secara rutin, sekali atau dua kali sehari tidak perlu mudah alih seperti ubat yang diberikan lebih kerap atau ubat penyelamat yang mungkin diperlukan pada bila-bila masa. Di persekitaran di mana anda berada berdekatan dengan orang lain, anda mungkin patut memilih alat yang kurang bising dan bertindak lebih cepat. Anda juga harus memilih alat yang mengehadkan atau menapis aerosol  untuk mengelakkan pendedahan orang lain kepada aerosol.

5. Kemudahan dos berganda

Ramai pesakit yang ditetapkan dengan lebih daripada satu ubat untuk disedut. Untuk mengelakkan kekeliruan tentang cara menggunakan setiap alat untuk setiap ubat, tanyakan kepada pakar kesihatan anda untuk mencadangkan alat yang sesuai dengan semua ubat anda. Menggunakan alat yang sama atau mengurangkan bilangan alat yang berbeza akan membuat anda lebih mengikut terapi sambil mengurangkan kekeliruan. Walaupun nebulizer membolehkan beberapa ubat-ubatan berlainan untuk dihirup pada masa yang sama, jangan menggabungkan ubat-ubatan melainkan jika mereka diketahui tidak memberi kesan buruk kepada satu sama lain.

6. Ketahanan

Pastikan alat yang anda pilih mempunyai ketahanan yang baik supaya ia dapat bertahan dengan penggunaan yang kerap dan prosedur pembersihan harian. Sekiranya anda tidak mahu membersihkan dan menyelenggara alat secara rutin, nebulizer yang memerlukan pembersihan yang teliti bukan pilihan yang baik untuk anda. Nebulizer bertahan lebih lama jika dijaga dengan baik yang melibatkan pemeriksaan penapis udara dengan kerap dan mengubahnya apabila perlu. Sekiranya ia terlalu membebankan anda,  anda boleh memilih alat dengan penyelenggaraan minimum atau alat pakai buang.

7. Kos dan penajaan

Nebulizer adalah pelaburan jangka masa panjang untuk kesihatan anda, jadi anda harus memanfaatkan bajet anda. Adalah sangat penting untuk memilih alat dengan kos berpatutan dan berkesan. Semak status insurans perubatan anda jika anda boleh mendapat penajaan. Jika anda membeli secara atas talian, cuba untuk memesan semua aksesori yang anda perlukan sekaligus untuk menjimatkan kos penghantaran. Anda juga boleh mencari harga diskaun dan promosi penghantaran. Jika alat terbaik bukanlah dalam lingkungan bajet anda, bincangkan dengan doktor anda untuk pilihan yang berpatutan.

8. Aksesori

Kenalpati aksesori yang anda perlukan atau lebih selesa. Adakah anak anda lebih suka topeng muka atau corong mulut? Sesetengah orang tidak suka rasa masin yang dirasakan melalui ubat yang diberikan dengan corong mulut. Jika anda memilih untuk menggunakan topeng muka untuk anak anda, terdapat pilihan topeng comel yang membantu mereka berasa lebih gembira untuk menggunakannya.

Meggantikan aksesori dan penapis pada masa yang sepatutnya membantu memastikan sistem nebulizer anda bertahan lebih lama, yang menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang. Topeng nebulizer datang dalam pelbagai saiz. Anda perlu mengetahui saiz yang anda perlukan untuk menggantikannya sebelum membuat pesanan. Selain itu, ketahui jenis penapis, cawan ubat, dan bahagian yang anda perlukan khusus untuk nebulizer anda.

Kajian mendapati bahawa ramai pesakit kurang memahami prinsip rawatan nebulizer dan tidak menyedari apabila berlaku kerosakan. Oleh itu, pendidikan berterusan dengan pakar kesihatan anda adalah penting dalam memilih dan mengekalkan penggunaan alat yang sesuai untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    https://www.newtoasthma.com/nebulizer-types-and-tips-for-making-the-right-choice/

    https://patient.info/doctor/which-device-in-asthma#ref-13

    https://www.schoolhealth.com/nebulizer-comparison

    “Nebulisers: Their Effectiveness, Indications and Limitations – Johns – 2007 – Prescriber – Wiley Online Library.” Accessed May 30, 2018. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1002/psb.18.

    https://justnebulizers.com/general-nebulizer-information#shopping

    Ari, Arzu, and James B. Fink. “Guidelines for Aerosol Devices in Infants, Children and Adults: Which to Choose, Why and How to Achieve Effective Aerosol Therapy.” Expert Review of Respiratory Medicine 5, no. 4 (August 2011): 561–72. https://doi.org/10.1586/ers.11.49.

     

    Dolovich, Myrna B., Richard C. Ahrens, Dean R. Hess, Paula Anderson, Rajiv Dhand, Joseph L. Rau, Gerald C. Smaldone, Gordon Guyatt, American College of Chest Physicians, and American College of Asthma, Allergy, and Immunology. “Device Selection and Outcomes of Aerosol Therapy: Evidence-Based Guidelines: American College of Chest Physicians/American College of Asthma, Allergy, and Immunology.” Chest 127, no. 1 (January 2005): 335–71. https://doi.org/10.1378/chest.127.1.335.

    Myers, Timothy R. “The Science Guiding Selection of an Aerosol Delivery Device.” Respiratory Care 58, no. 11 (November 2013): 1963–73. https://doi.org/10.4187/respcare.02812.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Fenomena Hujan Asid, BAHAYANYA Terhadap Kesihatan & Persekitaran Kita!

    Tahukah anda bahawa hujan asid akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan persekitaran kita? Ikuti artikel untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Jangkitan Respiratory Syncytial Virus

    Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Asma Akibat Olahraga

    Asma akibat olahraga adalah asma yang dicetuskan oleh senaman berintensiti tinggi atau dilakukan untuk tempoh yang panjang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Lendiran Kemaluan Lelaki Digunakan Sebagai Ubat Asma, Boleh Percaya Berkesan Ke?

    Amazon telah menyenaraikan 4 ubat homeopati berbeza, diperbuat daripada lendiran kemaluan lelaki untuk merawat asma. Nak tahu? Ikuti artikel ini. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/04/2020
    Pakai Contact Lens Ketika COVID-19? Mungkin Anda Patut Baca Ini Dahulu

    Pakai Contact Lens Ketika COVID-19? Mungkin Anda Patut Baca Ini Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/04/2020
    Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini

    Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/04/2020
    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/03/2020