Analisis Risiko Degenerasi Makular Berdasarkan Umur

Oleh

Definisi

Apa itu Analisis Risiko Degenerasi Makular berdasarkan Umur?

Age-related macular degeneration (ARMD) dikenali sebagai penyebab utama kebutaan di Amerika Syarikat. Simptom umum degenerasi makular adalah penglihatan kabur, imej terganggu dan sukar menyesuaikan dengan keadaan cahaya suram.

ARMD mempunyai jenis basah dan jenis kering merupakan gangguan antara faktor yang bermaksud penyakit yang disebabkan oleh interaksi antara alam sekitar (asap), genetik (jantina, etnik) dan faktor perlindungan (antioksidan). Sekurang-kurangnya dua bentuk genetik penyakit ini (Y402H dan A69S) didapati dikaitkan dengan peningkatan risiko Degenerasi Makular. Jika seseorang mempunyai kedua-dua gen yang mengandungi mutasi A69S dan Y402H, risiko degenerasi makular meningkat hampir 60 kali. Ini adalah jumlah yang besar, menunjukkan kelaziman ARMD dalam populasi umum.

Maklumat ini mungkin berguna dalam amalan klinikal apabila membuat keputusan rawatan (misalnya, menggunakan penanda keradangan) dan menekankan kepada pesakit manfaat berhenti merokok dan perubahan diet. Dalam sesetengah kes, maklumat genotip juga boleh membantu mendiagnosis secara klinikal.

Mengapa Analisis Risiko Degenerasi Makular berdasarkan Umur dilakukan?

Ujian dijalankan dalam kes berikut:

Nilai jika anda mungkin mendapat penyakit ini.

Tentukan jika anda boleh mendiagnosis simptom yang disyaki seperti degenerasi makular:

  • Tidak dapat membaca buku dalam cahaya suram;
  • Tidak dapat melihat dengan jelas apabila di kawasan yang mempunyai cahaya yang surah, contohnya di restoran yang mempunyai lampu sedikit redup;
  • Bacaan huruf nampak kabur;
  • Kesukaran melihat dan mengenali muka yang biasa.

Adalah penting anda memahami amaran dan langkah berjaga-jaga sebelum menjalani ujian ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat dan arahan lanjut.

Perkara yang perlu diketahui

Bagaimana persediaan menerima Analisis Risiko Degenerasi Makular berdasarkan Umur?

Di samping kaedah untuk mutasi gen, doktor masih mempunyai beberapa ujian lain untuk mengetahui risiko anda. Contohnya:

  • Ujian mata: doktor meletakkan ubat titis untuk anda dan menggunakan kaca khas untuk melihat bahagian belakang mata dan memeriksa bintik-bintik kuning di bawah retina. Ia adalah manifestasi degenerasi retina.
  • Periksa penglihatan anda terhad atau tidak.
  • Mengambil gambar tomograf bebola mata. Ujian ini membantu doktor mengesan retina nipis, pengumpulan cecair atau pendarahan di bawah retina.
  • Salur darah kering di mata dengan fluorescein. Ujian ini membantu doktor mengenal kawasan di mana pengedaran saluran darah tidak normal, yang biasanya ia melibatkan penyakit degenerasi makula basah.

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimana persediaan menerima Analisis Risiko Degenerasi Makular berdasarkan umur?

Sebelum ujian, anda tidak memerlukan sebarang persiapan khas atau anda tidak perlu berpuasa sebelum pengambilandarah.

Walau bagaimanapun, doktor akan mengambil perhatian terhadap kesihatan anda. Anda boleh bertanya kepada doktor anda sama ada anda perlu persiapan yang khusus.

Anda harus memakai baju lengan pendek agar jururawat dapat mengambil darah dengan mudah dari lengan anda.

Apa yang berlaku semasa Analisis Risiko Degenerasi Makular berdasarkan Umur?

Doktor akan:

  • Membalut di sekeliling lengan untuk menghentikan pendarahan.
  • Membersihkan tempat suntikan dengan alkohol.
  • Menyuntik jarum ke dalam urat. Mereka boleh menyuntik lebih daripada 1 kali jika perlu.
  • Melampirkan hos untuk membendung pendarahan.
  • Menanggalkan jalur pita di sekitar lengan selepas mendapat cukup darah.
  • Meletakkan pembalut atau kapas di tempat suntikan.
  • Meletakkan pelekat perubatan di tempat suntikan
  • Mencatat corak ujian sekiranya anda telah divaksin atau dilindungi dalam masa 6 bulan. Selain itu, pakar-pakar akan menyenaraikan ubat-ubatan yang akan mempengaruhi keputusan ujian.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai proses ini, sila rujuk kepada doktor anda untuk memahami arahan dengan lebih baik.

Apa yang berlaku selepas Analisis Risiko Degenerasi Makular berdasarkan Umur?

Anda tidak dapat merasa sakit sewaktu disuntik. Sesetengah orang mungkin berasa sakit ketika disuntik. Tetapi ketika darah disedut dari pembuluh darah, kebanyakan orang tidak merasa sakit lagi. Doktor atau jururawat akan mengambil darah untuk diuji. Tahap kesakitan anda bergantung kepada kemahiran jururawat, keadaan urat anda dan kepekaan anda terhadap kesakitan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai ujian agglutinins febrile, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami arahan dengan lebih baik.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan saya?

Terdapat hasil yang berbeza antara makmal dan pelbagai hospital. Kebiasaannya, hasil ujian normal akan direkodkan pada keputusan ujian. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Keputusan biasa: Tiada mutasi yang dinyatakan.
  • Mengesan kelainan: Peningkatan risiko ARMD.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk Analisis Risiko Degenerasi Makular berdasarkan Umur mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda mengenai apa-apa soalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 19, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 19, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.