backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pemandulan Wanita

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Pemandulan Wanita ?

Pemandulan wanital, secara perubatan dipanggil laparoskopik, adalah cara kekal bagi wanita untuk mencegah kehamilan. Ia melibatkan sekatan pada kedua-dua belah tiub falofian bagi mengelakkan anda daripada hamil.

Jangan terfikir untuk menjalani pembedahan ini melainkan anda dan pasangan anda benar-benar pasti tidak mahu mempunyai anak buat masa sekarang, dan yang akan datang. Elak membuat keputusan ketika anda sedang dalam krisis atau perubahan – contohnya, selepas mendapat bayi baharu atau menjalani keguguran. Jangan membuat keputusan jika ada sebarang masalah besar dalam hubungan antara anda dan pasangan. Hal ini tidak akan menyelesaikan mana-mana masalah seksual.

Anda harus menimbang kaedah pencegah kehamilan yang lain sebelum memilih kaedah pemandulan ini. Terdapat kaedah pencegah kehamilan yang tidak kekal (berbalik)  seperti implan hormon dan pil pencegah kehamilan.

Vasektomi adalah kaedah pencegahan kehamilan kekal bagi lelaki. Satu kaedah pencegahan kehamilan bagi lelaki yang selamat, tidak kekal adalah menggunakan kondom.

Mengapa Pemandulan Wanita dilakukan?

Kebanyakan wanita boleh dimandulkan. Walau bagaimanapun pemandulan hanya akan dilakukan oleh wanita yang tidak mahu mempunyai anak lagi, atau tidak mahu mempunyai anak langsung. Sekali anda dimandulkan, sukar untuk anda berbalik kembali proses ini,jadi penting untuk menimbang pilihan lain sebelum anda membuat keputusan.

Doktor bedah akan lebih cenderung untuk melakukan pemandulan apabila wanita berusia lebih daripada 30 tahun dan sudah mempunyai anak, walaupun ada sesetengah wanita muda yang tidak mahu mempunyai anak langsung memilih kaedah ini.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko bagi pemandulan wanita?

Sama seperti prosedur yang lain, sudah pasti akan mempunyai beberapa risiko. Anda harus berjumpa doktor bedah anda bagi menerangkan bagaimana risiko-risiko ini boleh berlaku kepada anda.

Komplikasi yang boleh berlaku dalam mana-mana prosedur termasuk reaksi yang tidak dijangka terhadap ubat anestetik, pendarahan yang berlebihan atau membentuk ketulan darah (trombosis vena dalam, DVT).

Komplikasi termasuklah:

  • Kecederaan pada struktur dalaman seperti usus, pundi kencing atau salur darah;
  • Terbentuk hernia;
  • Emfisema surgikal;
  • Terdapat lubang pada rahim atau servik anda;
  • Kegagalan prosedur;
  • Kegagalan pemandulan;
  • Jangkitan pada organ ginekologikal atau pundi kencing;
  • Kehamilan luar rahim.

Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani prosedur ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.n.

Proses

Bagaimana Persedian untuk Pemandulan Wanita?

PasteTextHere

Apa yang terjadi semasa Pemandulan Wanita dilakukan?

PasteTextHere

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas Pemandulan Wanita?

PasteTextHere

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan