backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Virus Faringitis

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/12/2019

Virus Faringitis

Definisi

Apakah itu virus faringitis?

Virus faringitis adalah merupakan keradangan yang berlaku pada bahagian pharynx (bahagian tekak antara tonsil dan larynx).

Apakah kebarangkalian virus faringitis?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom virus faringitis?

Simptom umum virus faringitis adalah:

  • Ketidakselesaan apabila menelan
  • Demam 
  • Sakit otot atau sendi
  • Sakit tekak
  • Nodus limfa hjypada bahagian leher bengkak
  • Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

    Ketahui puncanya

    Apa yang mengakibatkan virus faringitis?

    Virus faringitis mungkin berlaku disebabkan jangkitan virus pada organ-organ badan lain, seperti paru-paru atau usus. Kebanyakan sakit tekak adalah berlaku disebabkan jangkitan virus.

    Ketahui faktor risiko

    Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko virus faringitis?

    Terdapat banyak faktor risiko untuk virus ini, seperti:

    • Usia kanak-kanak
    • Tabiat merokok atau terdedah kepada asap rokok
    • Persekitaran tempat tinggal atau tempat kerja yang melibatkan:
      • Pusat jagaan kanak-kanak
      • Sekolah
      • Kem tentera
  • Diabetes 
  • Tahap imuniti badan rendah kerana: 
    • Keletihan melampau
    • Tabiat pemakanan tidak seimbang
    • Penjagaan kebersihan badan tidak bersih
    • Baru dijangkiti penyakit

    Diagnosis & rawatan

    Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana virus faringitis didiagnosis?

    Doktor perubatan akan mendiagnosis faringitis dengan memeriksa tekak anda. Ujian makmal cecair dari tekak akan menunjukkan bahawa sama ada terdapat bakteria kumpulan A Streptococcus, atau strep, yang menyebabkan rasa sakit pada bahagian tekak anda.

    Bagaimana virus faringitis dirawat?

    Tiada rawatan khusus untuk merawat faringitis. Anda boleh melegakan simptom yang dialami dengan berkumur menggunakan air garam hangat beberapa kali sehari (masukkan satu setengah sudu teh atau 3 gram garam dalam segelas air suam).

    Pengambilan ubat antiradang, seperti acetaminophen boleh membantu mengawal demam. Penggunaan lozeng secara berlebihan atau semburan antiradang boleh membuatkan sakit tekak anda bertambah teruk. 

    Tetapi apa yang penting adalah anda TIDAK mengambil antibiotik sekiranya sakit tekak berlaku disebabkan jangkitan virus. Ini kerana antibiotik tidak akan membantu. Menggunakannya untuk merawat jangkitan virus hanya akan membuatkan bakteria menjadi tahan kepada antibiotik atau dipanggil rintangan antibiotik

    Dengan sakit tekak yang mungkin disebabkan jangkitan mononukleosis, nodus limfa pada leher mungkin akan membengkak. Doktor akan memberikan ubat antiradang seperti prednisone untuk merawat keadaan tersebut.

    Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani virus faringitis?

    Kebanyakan kes melibatkan virus faringitis tidak boleh dicegah kerana virus dan bakteria yang menyebabkan sakit tekak berada di persekitaran. Walau bagaimanapun, pastikan anda kerap mencuci tangan selepas menyentuh seseorang yang mempunyai masalah sakit tekak. Elakkan bercium dan berkongsi cawan atau sebarang peralatan dengan individu yang sakit.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan