Sista Pilonidal (Pilonidal Cyst)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019

Definisi

Apakah itu sista pilonidal?

Sista pilonidal merupakan satu kondisi yang disifatkan dengan satu poket yang tidak normal pada kulit mengandungi rambut dan sisa kulit. Sista pilonidal lazimnya terletak berdekatan tulang sulbi di kawasan atas celahan punggung.

Sista pilonidal biasanya terjadi apabila rambut mencucuk kulit dan kemudiannya menusuk ke dalamnya. Jika sista pilonidal dijangkiti, bisul yang terjadi akan menjadi sakit yang melampau. Sista ini boleh dikosongkan dengan membuat torehan kecil ataupun dibuang melalui pembedahan.

Golongan yang banyak menghabiskan masa dengan duduk, seperti pemandu trak, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalaminya.

Apakah kebarangkalian sista pilonidal?

Sista pilonidal biasanya berlaku kepada golongan lelaki muda, dan masalah ini berkemungkinan untuk berlaku semula. Golongan yang duduk bagi jangka masa yang panjang, seperti pemandu trak, adalah berisiko tinggi untuk mempunyai sista pilonidal.

Simptom

Apakah simptom-simptom pilonidal sista?

Apabila sista ini dijangkiti, ia menjadi ketulan yang membesar (bengkak). Di antara tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh sista pilonidal termasuklah:

  • Sakit
  • Kulit menjadi kemerahan
  • Nanah atau darah yang mengalir melalui lubang di atas kulit
  • Bau busuk daripada lelehan nanah

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Diagnosis dan rawatan awal boleh menghalang keadaan ini dari menjadi teruk dan mengelak berlakunya kecemasan, jadi berhubunglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk mengelakkan keadaan yang serius.

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca berlakunya sista pilonidal?

Sebenarnya, punca sebenar berlakunya sista pilonidal masih belum diketahui. Kebanyakan doktor berpendapat bahawa rambut yang tumbuh ke dalam adalah sebab berlakunya sista ini. Pilonidal bermaksud “gumpalan rambut”, dan kadang-kadang doktor menjumpai uncang rambut di dalam sista. Tetapi kebanyakannya sista pilonidal disebabkan oleh rambut yang berjuntai menikam kulit. Geseran dan tekanan, kulit bergesel, pakaian yang ketat, berbasikal, duduk bagi jangka masa yang lama atau faktor yang sama, memaksa rambut menekan ke atas kulit.

Penerangan ini membuktikan kes-kes sista pilonidal yang jarang berlaku kepada kawasan tubuh badan yang lain daripada sekitar tulang sulbi. Contohnya, tukang gunting rambut, pendandan anjing dan pengetam bulu biri-biri mempunyai sista pilonidal di celah jari.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap sista pilonidal?

Anda mungkin mempunyai risiko yang tinggi sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini:

  • Lelaki
  • Umur muda (sista pilonidal lazim berlaku kepada mereka berumur 20 tahun)
  • Obesiti
  • Gaya hidup yang kurang aktif
  • Pekerjaan yang memerlukan untuk duduk yang lama
  • Bulu roma yang banyak
  • Rambut atau bulu yang keras atau tebal

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah sista pilonidal didiagnosis?

Doktor anda boleh mendiagnosis sista pilonidal bergantung kepada tanda-tanda dan simptom yang ditunjukkan oleh anda. Anda mungkin tidak mengesan apa-apa tanda pada mulanya selain daripada lekukan kecil seakan-akan jerawat pada kulit anda. Walau bagaimanapun, sekiranya lekukan itu dijangkiti, it menjadi sista (kantung yang penuh dengan cecair) dengan cepat ataupun bengkak (tisu yang membonjol dan radang di mana nanah terkumpul).

Meskipun begitu, doktor anda akan bertanya tentang:

  • Sakit apabila berdiri atau duduk
  • Sista membengkak
  • Kulit yang sakit dan kemerahan sekitar kawasan sista
  • Nanah atau darah yang mengalir daripada bengkak, menyebabkan bau busuk
  • Rambut atau bulu yang terkeluar daripada sista
  • Pembentukan sinus atau lubang, satu ataupun lebih ada kulit
  • Demam biasa

Bagaimanakah sista pilonidal dirawat?

Rawatan permulaan bagi jangkitan sista pilonidal ialah prosedur yang selalu dilakukan di pejabat doktor anda. Selepas kawasan yang dijangkiti dibius, doktor anda akan membuat torehan kecil untuk mengeringkan sista. Jika sista ini berlaku semula, yang mana selalu terjadi, anda mungkin memerlukan prosedur surgeri yang lebih ektensif untuk membuang sista sepenuhnya.

Selepas pembedahan, doktor anda mungkin memilih untuk:

  • Membiarkan luka terbuka

Mengikut pilihan ini, luka pembedahan dibiarkan terbuka dan dibalut untuk membiarkan ia pulih daripada dalam ke luar. Proses ini menyebabkan masa untuk menyembuh lebih panjang tetapi risiko untuk terjadinya semula adalah rendah.

  • Menutup luka dengan jahitan

Meskipun masa untuk menyembuh lebih cepat melalui pilihan ini, risiko untuk terjadi semula adalah tinggi. Sesetengan pakar bedah membuat torehan ke arah sebelah celahan punggung, yang mana proses untuk sembuh adalah sukar.

Penjagaan luka adalah penting selepas pembedahan. Doktor atau jururawat anda mungkin akan memberikan arahan yang terperinci berkaitan cara-cara menukar balutan, apakah proses penyembuhan yang normal dan bilakah masa yang perlu untuk menghubungi doktor. Anda juga perlu mencukur sekitar kawasan pembedahan untuk mengelakkan bulu daripada memasuki luka.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani sista pilonidal?

Langkah di bawah ini membantu anda mengelakkan sista pilonidal:

  • Memastikan kebersihan badan
  • Mengurangkan berat badan jika perlu
  • Elak duduk dalam jangka masa yang lama

Jika anda mempunyai sista pilonidal sebelum ini, anda mungkin ingin mencukur kawasan tersebut selalu ataupun menggunakan produk menghilangkan bulu bagi mengurangkan kadar berlaku semula.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

    Kita sedar risiko jangkitan coronavirus kepada individu. Tetapi bagaimana pula jika seorang ibu hamil positif COVID-19, adakah kesannya lebih bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 01/06/2020

    Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

    Pelbagai jenis simptom telah dikaitkan dengan jangkitan virus korona baharu, antaranya adalah demam, sakit tekak dan batuk.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 01/06/2020

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Si dia tidak mahu pakai kondom masa seks? Tidak mengapa, ini cara pakai kondom wanita boleh dicuba. Penting sebab boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    tempat kerja

    Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    pendarahan dalaman

    Jangan Ambil Mudah, Pendarahan Dalaman Jika Dibiarkan Boleh Ancam Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    hubungan seks

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    Interaksi dalam perkahwinan merupakan 1 perkara penting dalam sesuatu ikatan rumah tangga. Namun, menyedihkan ramai pasangan di luar sana yang memandang remeh cara berkomunikasi yang betul.

    Untuk Bakal Pengantin, Elak Sebut 3 Perkara Ini Pada Pasangan Kalau Nak Jodoh Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020