Definisi
Apa itu Sakit Otot?
Sakit otot atau mialgia sangat popular. Kebanyakan individu mengalami rasa tidak selesa pada otot di bahagian tertentu. Sakit otot boleh melibatkan kawasan kecil sahaja atau seluruh badan anda, daripada sakit ringan hingga sakit yang tidak tertahan.
Walaupun kebanyakan sakit otot dan kesakitan akan hilang sendirinya dalam masa yang singkat, kadang kala sakit otot masih ada untuk berbulan-bulan lamanya. Sakit otot boleh merebak pada semua bahagian badan anda, termasuk tengkuk, belakang, kaki dan juga tangan anda.
Apakah kebarangkalian Sakit Otot?
Sakit otot ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur. Ini dapat dielakkan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Sakit Otot?
Simptom bagi sakit otot yang biasa dialami ialah sakit, pedih atau rasa tidak selesa pada otot. Sakit atau pedih otot boleh melibatkan lebih daripada satu otot. Sakit otot juga boleh melibatkan ligamen, tendon dan fasia kerana tisu otot ada pada hampir semua bahagian badan, oleh itu kesakitan ini boleh dirasai di mana-mana sahaja.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda harus berjumpa doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah berikut:
- Sakit tidak hilang selepas beberapa hari melakukan rawatan di rumah.
- Sakit otot yang teruk terjadi tanpa sebab yang jelas.
- Sakit otot yang berlaku bersama ruam.
- Sakit otot yang berlaku selepas gigitan kutu.
- Mialgia bersama kemerahan dan bengkak.
- Sakit yang berlaku sejurus selepas menukar ubat yang anda ambil.
- Sakit yang berlaku bersama kenaikan suhu badan.
- Sakit, terutamanya pada peha, berlaku ketika bersenam dan hilang selepas berehat.
Segera ke hospital sekiranya anda mempunyai:
- Kesukaran untuk menelan.
- Muntah atau demam.
- Sukar untuk bernafas.
- Kaku pada kawasan tengkuk.
- Otot lemah
- Tidak dapat menggerakkan kawasan badan yang terlibat.
Punca
Apakah punca Sakit Otot?
Punca yang paling biasa menyebabkan sakit otot ialah tekanan, stress, penggunaan otot berlebihan dan kecederaan kecil. Jenis kesakitan biasanya terjadi setempat di mana hanya berlaku pada beberapa otot atau sebahagian kecil badan. Beberapa punca lain termasuklah:
- Ketegangan otot pada satu atau lebih kawasan badan.
- Penggunaan otot secara berlebihan ketika aktiviti fizikal.
- Kecederaan otot ketika melakukan kerja atau senaman fizikal.
- Sakit otot secara sistemik – sakit pada keseluruhan badan anda – sering disebabkan oleh kesan negatif jangkitan, penyakit atau kesan sampingan ubat.
Punca biasa sakit otot ialah:
- Sindrom kompartmen tekanan kronik;
- Sindrom keletihan kronik;
- Klaudikasi;
- Dermatomiositis;
- Distonia;
- Fibromialgia;
- Influenza (flu);
- Lupus;
- Penyakit Lyme;
- Ubat-ubatan, terutamanya ubat kolesterol seperti statin;
- Kekejangan otot;
- Sindrom sakit miofasial;
- Polimialgia reumatik;
- Polimiositis;
- Cedera strain berulang;
- Artritis rheumatoid;
- Demam berbintik gunung Rocky.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sakit Otot?
Terdapat banyak faktor risiko untuk sakit otot, seperti:
- Kecederaan otot: kecederaan otot kronik atau stress yang berterusan pada otot boleh mengakibatkan kesakitan.
- Pergerakan berulang dan postur yang salah
- Stress & keresahan.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Sakit Otot didiagnosis?
Bagaimana sakit otot didiagnosis?
Doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal dan bertanyakan soalan-soalan mengenai sakit otot anda seperti:
- Bilakah sakit otot anda bermula? Berapa lama sakit otot dirasai?
- Di manakah tempat sebenar sakit otot itu? Adakah ia berlaku pada semua tempat atau hanya satu tempat yang spesifik sahaja?
- Adakah sakit otot kerap berlaku pada tempat yang sama?
- Adakah terdapat simptom lain berlaku pada masa yang sama seperti sakit sendi, demam, muntah, lemah, malais (perasan tidak selesa atau lemah secara keseluruhan), atau sukar menggunakan otot yang sakit?
- Adakah terdapat pola pada sakit otot?
- Adakah anda mengambil sebarang ubat baru?
Antara ujian yang boleh dilakukan termasuklah:
- Kiraan sel darah lengkap (CBC)
- Ujian darah lain bagi melihat enzim otot (kreatina kinase) dan mungkin ujian untuk penyakit Lyme atau gangguan tisu perantara.
Bagaimana pesakit Sakit Otot dirawat?
Terapi fizikal boleh disyorkan. Walau bagaimanapun, sakit otot anda mungkin disebabkan oleh perkara selain daripada ketegangan atau aktiviti fizikal. Bagi kes ini, doktor anda akan memberi nasihat tentang cara untuk menghilangkan sakit otot sepenuhnya. Keutamaan adalah untuk merawat keadaan yang penting.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sakit Otot?
Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi sakit otot dengan segera:
- Rehat: ambil masa untuk berehat daripada aktiviti biasa anda.
- Letak pek ais atau bungkusan kacang pis sejuk pada kawasan yang sakit selama 20 minit, beberapa kali sehari.
- Guna pembalut untuk mengurangkan bengkak.
- Angkat: angkat kaki anda untuk bantu mengurangkan bengkak.
Beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk melegakan rasa tidak selesa pada otot disebabkan kecederaan dan penggunaan fizikal berlebihan seperti:
- Rehatkan kawasan badan yang sakit dan pedih;
- Ambil ubat tahan saki tanpa preskripsi seperti ibuprofen;
- Letak pek ais pada kawasan terlibat bagi membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan radang.
- Anda harus menggunakan pek ais untuk satu hingga tiga hari pada kawasan yang tegang atau terseliuh, dan gunakan pemanas untuk sebarang kesakitan yang masih dirasai selepas 3 hari.
Cara lain yang boleh melegakan sakit otot termasuklah:
- Meregang otot dengan lembut;
- Elakkan aktiviti berimpak tinggi sehingga sakit otot hilang sepenuhnya.
- Elakkan sesi mengangkat berat sehingga sakit otot hilang.
- Beri masa untuk diri anda berehat.
- Lakukan aktiviti yang menghilangkan stress dan senaman seperti yoga dan meditasi bagi melegakan tekanan.
Jika sakit otot anda disebabkan oleh tekanan atau aktiviti fizikal, ambil langkah-langkah ini bagi mengurangkan risiko anda untuk mendapat sakit otot di kemudian hari:
- Regang otot anda sebelum melakukan sebarang fizikal aktiviti dan selepas bersenam.
- Masukkan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan pada setiap sesi senaman anda.
- Kekal hidrasi, terutamanya pada hari yang anda aktif.
- Bangun dan lakukan regangan jika anda bekerja di meja atau dalam persekitaran yang boleh menyebabkan anda berisiko untuk otot tegang atau tekanan.
- Individu yang bekerja di meja harus berusaha untuk bangun dan regangkan badan sekurang-kurangnya setiap 60 minit.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.