Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Sakit kepala akibat tekanan dianggap sebagai ketegangan atau tekanan yang tersebar di sekeliling dahi, belakang kepala atau leher anda; merupakan kesakitan ringan hingga sederhana di kepala yang sering digambarkan seperti terdapat ikatan yang ketat di sekitar kepala anda, atau kadang-kadang seperti kepala anda sedang tersepit. Anda boleh didiagnosis dengan sakit kepala akibat tekanan yang berepisod jika kekerapannya berlaku kurang daripada 15 hari sebulan. Jika ia berlaku dengan lebih kerap, maka keadaan itu dikira kronik.
Masalah kesihatan ini sangat biasa. Ia biasanya lebih banyak menjejaskan wanita berbanding lelaki. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda-tanda dan simptom bagi sakit kepala akibat tekanan adalah:
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda harus menghubungi doktor anda jika ada yang berikut:
Hakikatnya, penyebab sebenar sakit kepala akibat tekanan masih belum diketahui. Kepekaan yang meningkat terhadap rasa sakit dianggap bertanggungjawab dalam menyebabkan keadaan ini. Selain itu, tekanan adalah pencetus yang paling biasa dikenal pasti. Tekanan sedemikian mungkin diperoleh dari bebanan kerja, sekolah, keluarga, rakan, atau hubungan lain.
Penyebab lain bagi keadaan ini adalah dari otot-otot yang mengecut di bahagian belakang leher dan kulit kepala, yang mungkin terhasil dari:
Terdapat banyak faktor risiko bagi sakit kepala akibat tekanan, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mempunyai sakit kepala yang kronik atau berulang, pemeriksaan fizikal dan neurologi mungkin diperlukan. Mereka seterusnya perlu menentukan jenis dan punca sakit kepala anda melalui perincian berkenaan kesakitan anda; pada ciri-cirinya, sebagai contoh adakah ianya berdenyut, statik dan memberatkan, tajam atau menikam; pada kekuatan rasa sakit, contohnya adakah anda boleh bekerja semasa mengalaminya atau jika ia boleh mengejutkan anda dari tidur atau menghalang anda daripada tidur. Di samping itu, doktor anda juga perlu tahu berkenaan di bahagian mana kesakitan anda berlaku, adakah di seluruh kepala anda, pada hanya satu sisi kepala, di dahi anda atau di belakang mata anda.
Sekiranya perlu untuk mengenal pasti punca-punca yang lebih serius bagi sakit kepala akibat tekanan, anda boleh menjalani dua ujian biasa untuk mengimbas otak anda. Antaranya imbasan tomografi berkomputer (CT) dan imbasan resonans magnetik (MRI). Imbasan CT menggunakan siri x-ray yang diarahkan oleh komputer untuk memberikan gambaran komprehensif pada otak anda sementara imbasan MRI melibatkan medan magnet, gelombang radio dan teknologi komputer untuk menghasilkan imej yang lebih jelas.
Anda harus merawat sakit kepala akibat tekanan anda secepat mungkin, terutamanya apabila ia baru bermula dan simptomnya masih ringan. Ini dapat membantu menghindari lebih banyak kesakitan dan melegakan kesakitan yang telah anda alami. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengambil ubat-ubatan dan mengelakkan punca-punca atau pencetus yang ada.
Sekiranya anda perlu menggunakan ubat-ubatan untuk merawat masalah ini, doktor anda mungkin akan mengesyorkan ubat penahan sakit belian kaunter bagi rawatan awal. Sekiranya anda mengalami jenis yang kronik, beberapa ubat-ubatan untuk mencegah sakit kepala diperlukan. Apabila pelega kesakitan seperti ini tidak berfungsi untuk anda, ubatan preskripsi yang lebih kuat atau ubatan pengendur otot boleh menjadi penyelesaian bagi anda. Anda juga mungkin diberikan ubatan antidepresan seperti perencat reaksi serotonin selektif (SSRI) untuk menstabilkan tahap serotonin otak anda dan dapat membantu anda mengatasi tekanan.
Terapi perilaku kognitif juga boleh disyorkan untuk anda. Ini dapat membantu anda mengesan keadaan yang menyebabkan anda tertekan, gelisah, dan tegang. Kemudian anda boleh mengelakkannya untuk mengelakkan sakit kepala ini. Akupunktur juga boleh menjadi satu lagi alternatif rawatan untuk keadaan anda, membantu mengurangkan tekanan dan ketegangan dengan menggunakan jarum halus pada kawasan tertentu di badan anda.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi sakit kepala akibat tekanan:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen