Pilihan Rawatan OCD

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 mins read

Penyakit Obsesif Kompulsif (OCD) adalah biasa, kronik dan berpanjangan di mana pesakit tidak boleh dikawal, obses pada pemikiran (obsessions) dan perilaku (compulsions), mereka berasa seperti diminta untuk mengulangi berkali-kali. Berikut adalah beberapa pilihan rawatan OCD:

Ubatan

Serotonin reuptake inhibitors (SRIs) dan selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) yang digunakan untuk mengurangkan simptom OCD. Contoh ubat yang terbukti berkesan kepada orang dewasa dan kanak-kanak dengan OCD ialah clomipramine, tergolong dalam ubat kelas lama “tricyclic” antidepresen, dan beberapa ubat baru “selective serotonin reuptake inhibitors” (SSRIs), termasuk:

  • Fluoxetine,
  • Fluvoxamine,
  • Sertraline.

Jika simptom tidak pulih dengan ubat-ubat ini, kajian menyatakan bahawa sesetengah pesakit mungkin memberi kesan positif kepada ubat antipsikotik (seperti risperidone).

Jika anda dipreskrip dengan ubat, pastikan anda:

  • Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk memastikan anda memahami risiko dan manfaat ubat yang anda ambil.
  • Jangan berhenti mengambil ubat ini sebelum merujuk kepada doktor anda. Berhenti secara tiba-tiba akan menyebabkan “rebound” atau membuatkan simptom OCD semakin teruk. Kesan tidak selesa atau kesan sebaliknya yang berbahaya berkemungkinan terjadi.

Laporkan sebarang kesan sampingan yang berlaku kepada doktor anda dengan segera. Anda mungkin perlu menukar dos atau ubat lain.

Tips pengurusan

Cara anda bertindak kepada simptom pesakit OCD mungkin mempunyai kesan yang besar.  

  • Komen negatif atau kritikan boleh menyebabkan OCD semakin teruk, manakala ketenangan, keadaan sekeliling yang menyokong boleh membantu memperbaiki keadaan. Fokus kepada kualiti positif pesakit dan elakkan membuat kritikal personal.  
  • Jangan marah seseorang pesakit OCD atau memberitahu mereka untuk berhenti membuat ritual. Mereka tidak boleh patuh, dan tekanan untuk berhenti akan membuatkan perilaku mereka semakin teruk.  Orang tersayang hanyalah simptom, bukanlah kecacatan karekternya.
  • Menjadi baik dan sabar. Setiap pesakit perlu mengatasi masalah pada tahap mereka sendiri. Puji sebarang usaha kejayaan untuk menangani OCD, dan fokus pada elemen positif dalam kehidupan pesakit.
  • Jangan mempermainkan ritual pesakit OCD
  • Berkomunikasi secara positif, terus dan jelas. Komunikasi adalah sangat penting untuk anda menyeimbangkan untuk menangani OCD dan tidak menambah tekanan orang yang anda sayangi.
  • Berjenaka. Satu situasi tersebut boleh dilihat sebagai jenaka jika ia dilihat kelakar oleh penghidapnya.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan