Apapun nama yang dipilih, penyakit ini bercirikan keradangan yang merebak kepada berbilang salur darah arteri dengan penekanan kepada salur yang besar seperti aorta, arkus aorta, arteri pulmonary dan arteri subclavian.
Dari sudut epidemiologi, penyakit ini adalah sangat jarang berlaku dan insidennya dilihat tertumpu kepada negara-negara asia tenggara, Jepun, India dan Mexico.
Menurut kajian yang dilakukan dalam kalangan penduduk Amerika Utara, insiden penyakit Takayasu adalah hanya 2.6 per sejuta penduduk setiap tahun.
Keradangan Arteri Takayasu ini lazimnya berlaku dalam kalangan orang yang muda (lingkungan usia 20 hingga 40 tahun) dan kecenderungan terhadap wanita berbanding lelaki, sebanyak 8 hingga 9 kali ganda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen