backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penyakit Injap Aorta

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Penyakit Injap Aorta?

Penyakit injap aorta adalah keadaan di mana injap antara ruang pam utama jantung anda (ventrikel kiri) dan arteri utama ke badan anda (aorta) tidak berfungsi dengan betul.

Penyakit injap aorta boleh dikelaskan kepada dua jenis:

  • Stenosis injap aorta. Pembukaan injap aorta anda lebih sempit daripada biasa, menyebabkan aliran darah yang terhad kepada aorta.
  • Regurgitasi injap aorta. Sesetengah darah bocor kembali ke ventrikel kiri anda kerana injap aorta anda tidak ditutup dengan ketat.

Apakah kebarangkalian Penyakit Injap Aorta?

Penyakit injap aorta ini secara relatifnya adalah lazim. Penyakit injap aorta boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Penyakit Injap Aorta?

Kedua-dua bentuk penyakit injap aorta mempunyai beberapa simptom yang sama, seperti kesakitan dada semasa bersenam yang lega apabila anda berehat; keletihan; sesak nafas. Selain daripada yang disenaraikan ini, simptomnya adalah berbeza.

Simptom umum stenosis injap aorta ialah:

  • Bengkak pada pergelangan kaki
  • Nadi yang laju atau bergetar (flutter)
  • Sesak nafas
  • Pengsan
  • Kadar aktiviti yang merudum
  • Desiran jantung (murmur)

Simptom regurgitasi injap aorta yang biasa adalah:

  • Pengsan
  • Batuk
  • Jantung berdebar
  • Kesukaran bernafas apabila berbaring
  • Kelemahan
  • Bengkak kaki dan buku lali

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Penyakit Injap Aorta?

Pengumpulan kalsium pada lembaran injap aorta dapat menyebabkan stenosis aorta. Apabila darah mengalir melalui jantung anda, kalsium secara beransur-ansur terkumpul pada lembaran injap dan deposit kalsium boleh menyebabkan lembaran menyempitkan injap aorta. Di samping itu, demam reumatik dan demam skarlet juga boleh menjadi punca stenosis injap aorta.

Sesetengah penyebab regurgitasi injap aorta adalah kelemahan tisu injap akibat penuaan, tekanan darah tinggi, jangkitan bakteria pada tisu jantung, sifilis, dan kecederaan. Satu lagi sebab regurgitasi aorta ialah kecacatan jantung kongenital pada saat lahir. Ia mungkin tidak menunjukkan apa-apa simptom sehingga dewasa, apabila injap akhirnya mula menunjukkan tanda-tanda kebocoran.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Penyakit Injap Aorta?

Terdapat banyak faktor risiko bagi penyakit injap aorta, seperti:

  • Stenosis injap aorta terutamanya memberi kesan kepada orang tua, yang merupakan hasil pembentukan parut dan pengumpulan kalsium pada lembaran injap.
  • Keadaan perubatan, seperti tekanan darah tinggi, endokarditis, dan kecacatan jantung kongenital.
  • Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Penyakit Injap Aorta didiagnosis?

    Untuk mendiagnosis penyakit injap aorta, doktor anda akan menanyakan soalan mengenai sejarah kesihatan anda. Doktor anda juga boleh mengesyorkan ujian berikut untuk mendiagnosis penyakit injap aorta:

    • ECG, ujian yang dapat mengukur impuls elektrik dari hati anda untuk memberikan maklumat mengenai rentak jantung.
    • Ujian senaman, yang dapat mengukur bagaimana jantung anda bertindak balas terhadap tekanan.
    • Ekokardiogram. Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk mencipta imej jantung dan injap aorta.
    • X-ray boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit injap aorta.
    • Pengkateteran jantung. Prosedur ini menggunakan pewarna kontras untuk menyerlahkan sebarang kebocoran pada injap jantung.
    • Ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) jantung. Ujian ini menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk memberikan gambaran terperinci jantung dan pangkal aorta.

    Bagaimana pesakit Penyakit Injap Aorta dirawat?

    Pada masa ini tiada ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk menyembuhkan stenosis injap atau regurgitasi. Walau bagaimanapun, doktor anda boleh memberi ubat untuk mengurangkan kesan penyakit tersebut.

    Dalam kes stenosis injap aorta, doktor anda boleh mengesyorkan penggunaan ubat untuk mengawal gangguan dalam rentak jantung anda. Ubatan penyekat beta dan kalsium boleh membantu menangani angina. Ubat statin boleh digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Rawatan lain yang berkemungkinan termasuklah pembedahan pembaikan atau penggantian injap.

    Dalam kes regurgitasi aorta, ubat-ubatan boleh menurunkan tekanan darah anda dan mencegah pengumpulan cecair. Regurgitasi injap aorta yang ringan boleh dirawat dengan ubat-ubatan, yang mengurangkan pembekuan darah dan mengurangkan risiko strok, tetapi pembedahan pembaikan atau penggantian injap selalunya diperlukan.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penyakit Injap Aorta?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani penyakit injap aorta:

    • Mencegah demam reumatik dan demam skarlet kerana ia boleh menyebabkan stenosis injap aorta. Sekiranya anda mengalami sakit tekak, anda mungkin perlu diperiksa oleh doktor untuk memastikan ia bukanlah jangkitan strep pada tekak.
    • Mengamalkan kebersihan gigi yang baik. Ini akan mengurangkan kemungkinan jangkitan saluran darah yang menyebabkan endokarditis.
    • Menjaga kesihatan jantung anda. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau paras kolesterol tinggi, anda harus berbincang dengan doktor anda untuk membantu anda menguruskannya.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan