backup og meta

Miastenia Gravis

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 05/12/2019

    Miastenia Gravis

    Apakah itu Miastenia Gravis?

    Miastenia Gravis berlaku apabila saraf gagal berkomunikasi dengan baik dengan otot yang menyebabkan kelemahan pada otot voluntari. Miastenia Gravis paling banyak ditemui pada wanita yang lebih muda daripada 40 tahun dan lelaki lebih tua daripada 60 tahun.

    Apakah yang menyebabkan Miastenia Gravis?

    Untuk berkomunikasi dengan otot anda, saraf anda melepaskan neurotransmiter yang akan diterima oleh reseptor tertentu dalam sel-sel otot. Jika anda mempunyai Miastenia Gravis, sistem imun anda menghasilkan antibodi yang mengganggu reseptor tersebut, sama ada menghalang atau memusnahkannya. Apabila terdapat beberapa reseptor yang tersisa, otot anda menerima sedikit isyarat. Hal ini melemahkan kawalan anda terhadap otot.

    Bagaimanakah saya tahu jika saya mempunyai Miastenia Gravis?

    Miastenia Gravis sukar untuk dikesan pada peringkat awal. Tanda-tanda utama Miastenia Gravis termasuk hilang kawalan ke atas pergerakan mata dan kelopak mata, yang menyebabkan kelopak mata dan penglihatan berubah. Tanda-tanda lain adalah kesukaran menelan, masalah dengan mengunyah dan ucapan yang tidak jelas serta ekspresi wajah julat yang sempit. Sesetengah orang mungkin mengalami kelemahan otot hanya pada otot mata, manakala yang lain mengalami keletihan otot yang teruk pada sistem pernafasan. Hal ini menyebabkan sesak nafas. Penghidap Miastenia Gravis mungkin sukar untuk meninggikan kepala mereka. Kelemahan anggota badan yang tidak normal juga merupakan simptom Miastenia Gravis. Sekiranya anda melihat apa-apa tanda dan simptom di atas, dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

    Adakah Miastenia Gravis boleh dirawat?

    Miastenia Gravis boleh diuruskan dengan ubatan dan pembedahan.

    Rawatan ubatan sering termasuk:

  • Agen antikolinesterase (neostigmine dan pyridostigmine) bagi meningkatkan komunikasi antara saraf dengan otot serta menguatkan otot
  • Ubat imunosupresif (prednisone, azathioprine, cyclosporin, mycophenolate mofetil dan tacrolimus) untuk menahan pelepasan antibodi yang mengganggu penghantaran neuromuskular. Sekiranya anda menggunakan ubat-ubat ini, anda mesti dipantau dengan teliti oleh doktor yang telah disahkan memandangkan ia mempunyai kesan sampingan yang serius.
  • Pembedahan bagi Miastenia Gravis selalunya timektomi. Semasa prosedur ini, kelenjar timus akan dibuang. Penyingkiran kelenjar timus dapat membantu memastikan sistem imun tubuh dalam kawalan. Oleh itu, ia melegakan simptom yang disebabkan oleh Miastenia Gravis.

    Pilihan rawatan lain adalah plasmaferesis. Plasmaferesis melibatkan penyingkiran antibodi yang tidak normal daripada darah seseorang, sementara sel-sel diganti. Hal ini disertai oleh globulin imun yang diberikan secara intravena untuk mengubahsuai sistem imun buat sementara waktu melalui infusi antibodi daripada darah yang didermakan.

    Doktor akan merujuk anda kepada pakar neurologi yang akan membantu mencari rawatan yang paling sesuai untuk anda dengan mengambil kira tahap keterukan keadaan anda, otot yang terjejas, umur anda, dan keadaan perubatan lain (jika ada).

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan