Menghidap Asma Ketika Dewasa, Apakah Puncanya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kebiasaannya keadaan asma bermula seawal usia kanak-kanak. Bagaimanapun simptom asma boleh ditemui pada bila-bila sahaja termasuk ketika usia dewasa. Menurut European Respiratory Review, kes asma yang berlaku pada orang dewasa adalah kira-kira 4.6 kes dalam 1,000 wanita dan 3.6 pada lelaki.

Asma semasa dewasa berbeza dengan asma ketika usia kanak-kanak. Ini kerana asma pada orang dewasa biasanya bukan disebabkan oleh tindak balas alergi, tetapi lebih kepada kemerosotan fungsi paru-paru. Keadaan ini boleh dikatakan lebih teruk kerana ia memerlukan bantuan ubat-ubatan yang berterusan untuk merawatnya. 

Secara umumnya, asma yang muncul sejak kecil adalah salah satu faktor genetik. Namun, keadaan ini tidak diketahui sama ada ia juga mempengaruhi asma yang berlaku pada orang dewasa. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko yang mempengaruhi seseorang mengalami asma ketika dewasa.

Punca asma pada orang dewasa

1. Perubahan hormon

Asma pada orang dewasa adalah 20 peratus (%) lebih biasa dalam kalangan wanita berbanding lelaki berusia lebih 35 tahun. Perubahan hormon yang berlaku pada wanita dianggap sebagai salah satu puncanya. Perubahan hormon seperti semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko asma. Malah kelaziman asma pada orang yang hanya mengandung satu kali meningkat daripada 8% kepada 29% berbanding wanita yang sudah mempunyai empat orang anak.

Wanita yang mengambil estrogen selepas menopaus juga terdedah kepada asma. Bagaimanapun risiko asma berkurangan terhadap mereka yang menggunakan pil kawalan kelahiran.

2. Obesiti

Obesiti juga adalah salah satu punca berlakunya sesak nafas dan sekali gus meningkatkan risiko asma pada orang dewasa. Sebanyak 50% orang yang berlebihan berat badan dan obesiti mempunyai asma semasa dewasa. Bagaimana keadaan ini berlaku?

Orang dengan obesiti mempunyai banyak tisu lemak. Peningkatan adipokin, hormon yang diperoleh daripada tisu lemak akan mencetuskan keradangan pada saluran pernafasan pada orang obes.

Tambahan pula, seseorang yang obes bernafas lebih sedikit berbanding kapasiti normal paru-paru mereka, dan ini akan menganggu fungsi paru-parunya. Keadaan ini tidak termasuk kesukaran bernafas semasa tidur dan penyakit GERD atau asid refluks yang sangat dekat dengan asma akibat obesiti.

3. Pendedahan kepada bahan-bahan tertentu di tempat kerja

Sesetengah orang mungkin bekerja di tempat yang terdedah kepada bahan tertentu. Seseorang yang bekerja di kilang sering terdedah kepada bahan kimia. Dan, mereka yang bekerja dalam sektor pembinaan pula terdedah kepada serbuk kayu atau simen. Semuanya diperoleh dalam jangka waktu panjang dan berterusan.

Menurut jurnal Australian Family Physician, sebanyak 20 hingga 25% orang dewasa dengan asma menyatakan bahawa mereka mempunyai tempat kerja yang buruk. Biasanya, asma yang mereka alami akan mereda apabila tidak bekerja. Walau bagaimanapun, simtpom akan terus menjadi teruk selagi persekitaran kerja kekal sama.

4. Pencemaran udara

Pencemaran udara yang sering dijumpai dalam persekitaran seseorang, seperti asap rokok, bahan kimia seperti asap ekzos, kulat dan habuk juga boleh mencetuskan asma pada orang dewasa. Asap rokok, sama ada anda perokok aktif atau pasif, dan pencemaran alam sekitar dapat meningkatkan risiko mendapatkan asma semasa dewasa. Asap rokok adalah faktor risiko bagi asma dan bukan hanya orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak.

5. Ubat-ubatan

Walaupun ubat-ubatan berguna untuk merawat keadaan kesihatan, beberapa ubat-ubatan juga boleh memburukkan lagi simptom asma. Contohnya, aspirin dan beta-blocker. Malah, ada beberapa kes, paracetamol juga boleh memcetuskan asma.

6. Penyakit saluran pernafasan

Rhinitis adalah salah satu penyakit yang diketahui menyebabkan asma pada orang dewasa. Sebenarnya, tidak diketahui apa yang menyebabkannya, tetapi kajian menunjukkan bahawa kedua-dua penyakit itu saling berkaitan. Polip di saluran hidung juga diketahui memainkan peranan pada asma yang berlaku pada orang dewasa.

7. Jangkitan saluran pernafasan

Jangkitan saluran pernafasan juga menyebabkan asma pada orang dewasa. Jangkitan flu yang teruk juga boleh mencetuskan keadaan ini. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh penurunan sistem imun tubuh akibat usia, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada jangkitan, terutama jangkitan saluran pernafasan.

8. Stres

Keadaan tekanan juga boleh mencetuskan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tahap stres yang tinggi mempunyai risiko mendapat asma dua hingga tiga kali ganda. Jenis tekanan yang boleh mencetuskan asma terhadan orang dewasa adalah masalag keluarga, perkahwinan, penceraian atan konflik dengan orang atasan. Mereka yang bekerja mempunyai tahap tekanan yang tinggi dan 50 peratus berpotensi mempunyai asma. Ini menunjukkan asma boleh mengubah keadaan kesihatan seseorang termasuk mencetuskan asma semasa dewasa.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut