backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Malformasi Arteriovena Otak (AVM)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Malformasi Arteriovena Otak (AVM)?

Suatu Malformasi Arteriovena Otak (AVM) adalah kekusutan pada saluran darah tidak normal yang menghubungkan arteri dengan vena dalam otak.

Arteri bertanggungjawab untuk mengambil darah yang kaya dengan oksigen daripada jantung ke otak. Vena membawa darah yang kehabisan oksigen kembali ke paru-paru dan jantung. AVM otak mengganggu proses yang penting ini.

Apakah kebarangkalian Malformasi Arteriovena Otak (AVM)?

Malformasi Arteriovena Otak (AVM) sangat jarang terjadi dan ia berlaku kurang daripada 1% populasi umum. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Malformasi Arteriovena Otak (AVM)?

Malformasi Arteriovena Otak mungkin tidak menyebabkan sebarang tanda atau simptom sehingga AVM pecah, yang menyebabkan pendarahan dalam otak (pendarahan). Kira-kira separuh daripada semua AVM otak, pendarahan adalah tanda pertama.

Tetapi sesetengah penghidap AVM otak mungkin mengalami tanda-tanda dan simptom selain pendarahan yang berkaitan dengan AVM.

Bagi orang tanpa pendarahan, tanda-tanda dan simptom AVM otak boleh termasuk:

  • Sawan.
  • Sakit kepala atau sakit pada satu bahagian kepala.
  • Otot lemak atau rasa kebas pada sebahagian badan

Sesetengah orang mungkin mengalami tanda-tanda dan simptom neurologi yang lebih serius, bergantung pada lokasi AVM, termasuk:

  • Sakit kepala yang teruk.
  • Lemah, kebas atau lumpuh.
  • Hilang penglihatan.
  • Kesukaran berbicara.
  • Kekeliruan atau ketidakupayaan untuk memahami orang lain.
  • Ketakmantapan yang teruk.

Simptom boleh bermula pada sebarang usia tetapi ia biasanya muncul antara usia 10 dan 40 tahun. AVM otak boleh merosakkan tisu otak dari masa ke masa. Kesannya perlahan-lahan terkumpul dan sering menyebabkan simptom pada awal kedewasaan.

Sebaik sahaja anda mencecah usia pertengahan, walau bagaimanapun, AVM otak cenderung untuk kekal stabil dan kurang kemungkinan untuk menyebabkan simptom.

Sesetengah wanita hamil mungkin mengalami simptom yang lebih teruk akibat perubahan dalam jumlah dan tekanan darah.

Satu jenis AVM otak yang teruk, dipanggil cacat vena Galen. Ia menyebabkan tanda-tanda dan simptom yang timbul tidak lama kemudian atau selepas melahirkan. Salur darah utama yang terlibat dalam jenis AVM otak ini boleh menyebabkan cecair terkumpul dalam otak dan kepala membengkak. Tanda-tanda dan simptom termasuk urat bengkak yang boleh dilihat pada kulit kepala, sawan, gagal mandiri dan kegagalan jantung kongestif.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Malformasi Arteriovena Otak (AVM)?

Punca AVM otak tidak diketahui, tetapi penyelidik percaya bahawa kebanyakan AVM otak muncul semasa perkembangan janin.

Biasanya, jantung anda menghantar darah yang kaya oksigen ke otak anda melalui arteri. Arteri memperlahan aliran darah dengan melepasinya melalui siri rangkaian saluran darah yang semakin mengecil, yang berakhir dengan saluran darah terkecil (kapilari). Kapilari perlahan-lahan menyampaikan oksigen melalui dindingnya yang nipis dan berpori ke sekitar tisu otak.

Darah yang kekurangan oksigen kemudiannya masuk ke dalam saluran darah kecil dan seterusnya ke dalam vena yang lebih besar yang mengalirkan darah dari otak anda, mengembalikannya ke jantung dan paru-paru anda untuk mendapatkan lebih banyak oksigen.

Arteri dan vena dalam AVM kurang mempunyai rangkaian sokongan saluran darah dan kapilari yang lebih kecil. Sebaliknya, sambungan yang tidak normal menyebabkan darah mengalir dengan cepat dan terus dari arteri anda ke vena anda, memasuki tisu di sekelilingnya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Malformasi Arteriovena Otak (AVM)?

Terdapat banyak faktor risiko bagi Malformasi Arteriovena Otak (AVM), seperti:

  • Menjadi lelaki. AVM lebih banyak berlaku pada lelaki.
  • Memiliki sejarah keluarga. Kes-kes AVM dalam keluarga telah dilaporkan, tetapi tidak jelas jika terdapat faktor genetik tertentu atau jika kes-kes itu hanya kebetulan. Ia juga mungkin mewarisi keadaan perubatan lain yang anda berkecenderungan untuk mendapat malformasi vaskular seperti AVM.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Malformasi Arteriovena Otak (AVM)

didiagnosis?

Terdapat tiga ujian utama yang digunakan untuk mendiagnosis AVM. Antaranya adalah:

  • Angiografi Serebrum (Angiogram): Tiub halus dimasukkan ke dalam arteri di pangkal paha. Tiub halus ini dimasukkan ke saluran darah daripada pangkal paha ke arah otak. Pewarna disuntik ke dalam saluran darah otak dan gambar diambil. AVM akan muncul sebagai satu kekusutan saluran darah. Doktor dapat melihat lokasi dan saiz AVM yang sebenar. Inilah ujian yang paling tepat.
  • Pengimejan resonans magnetik (MRI): adalah kaedah menghasilkan imej yang sangat terperinci mengenai badan tanpa memerlukan x-ray. MR angiografi (MRA) menggunakan “urutan nadi’ yang direka khas bagi menunjukkan arteri dan vena otak serta AVM. Pemeriksaan MRI menunjukkan secara terperinci AVM dan hubungannya dengan otak.
  • Tomografi Berkomputer (imbasan CT): menggunakan X-ray untuk menggambarkan bahagian-bahagian badan yang berlainan. Imbasan CT adalah kaedah terbaik untuk mengesan perdarahan ke otak atau ruang cecair di sekeliling otak. Kajian otak boleh dilakukan sama ada tanpa atau dengan pewarna. Pada imbasan CT, ia mungkin boleh melihat Malformasi Arteriovena Otak, khususnya selepas pewarna X-ray diberikan

Bagaimana pesakit Malformasi Arteriovena Otak (AVM)

dirawat?

Doktor anda akan mengesyorkan rawatan terbaik untuk anda dan ini akan ditentukan oleh saiz AVM anda dan juga lokasinya. Biasanya turut akan disyorkan kombinasi rawatan.

Pilihan lain adalah tidak melakukan apa-apa sama sekali dan hanya memantau AVM tersebut. Doktor anda boleh mengesyorkan pemerhatian jika mereka merasakan bahawa rawatan tidak dapat diberikan dengan selamat atau apabila AVM ditemui pada usia yang lanjut.

Embolisasi

Di bawah pengaruh anestesia umum, kateter kecil (tiub plastik) dilanjutkan daripada pangkal paha, ke dalam saluran otak dan kemudiannya ke dalam AVM. Gam cecair, bukan reaktif akan disuntik ke dalam salur darah yang membentuk AVM untuk menyekat AVM. Terdapat risiko kecil untuk prosedur ini dan peluang untuk menyembuhkan sepenuhnya AVM dengan menggunakan teknik ini bergantung pada saiz AVM tersebut. Ia sering digabungkan dengan rawatan lain seperti radiasi atau pembedahan.

Rawatan Radiasi

Rawatan ini juga dikenali sebagai Radiosurgeri atau Radioterapi Stereotaktik. Pancaran x-ray yang sempit difokuskan pada AVM supaya dos yang tinggi tertumpu pada AVM, manakala dos yang lebih rendah dihantar ke keseluruhan otak. Radiasi ini menyebabkan AVM mengecut dan tertutup dalam tempoh 2-3 tahun pada sehingga 80% pesakit. Risiko komplikasinya adalah rendah. Sehingga AVM tertutup sepenuhnya, risiko pendarahan masih berlanjutan.

Pembedahan

Ini adalah kaedah tertua untuk merawat AVM. AVM dibuang melalui pembedahan di bilik pembedahan di bawah pengaruh anestesia umum. Oleh kerana AVM tidak tumbuh semula, penyembuhannya adalah segera dan kekal jika AVM dikeluarkan sepenuhnya. Risiko pembedahan dianggap tinggi bagi AVM yang terletak di bahagian dalam otak dengan fungsi yang sangat penting.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Malformasi Arteriovena Otak (AVM)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi Malformasi Arteriovena Otak (AVM):

  • Mempelajari tentang AVM otak untuk membuat keputusan yang tepat tentang penjagaan anda. Bertanya kepada doktor anda tentang saiz dan lokasi AVM otak anda serta bagaimana ia boleh memberi kesan kepada pilihan rawatan anda. Semasa anda mempelajari lebih lanjut mengenai AVM otak, anda mungkin menjadi lebih yakin dalam membuat keputusan rawatan.
  • Menerima emosi anda. Komplikasi AVM otak seperti pendarahan dan strok, boleh menyebabkan masalah emosi dan juga fizikal. Mengakui bahawa emosi mungkin sukar dikawal, dan beberapa perubahan emosi dan mood mungkin disebabkan oleh kecederaan itu sendiri dan juga datang dengan istilah diagnosis tersebut.
  • Kekalkan hubungan rapat dengan kawan dan keluarga. Menjaga hubungan yang rapat akan membantu anda semasa proses penyembuhan. Kawan dan keluarga boleh memberikan sokongan praktikal yang anda perlukan, seperti menemani anda ke janji temu doktor dan bertindak sebagai sokongan emosi.
  • Cari seseorang untuk anda bercakap dengannya. Cari pendengar yang baik, yang bersedia untuk mendengar tentang harapan dan ketakutan anda. Hal ini mungkin boleh jadi kawan atau ahli keluarga. Kebimbangan dan kefahaman seorang kaunselor, pekerja sosial perubatan, golongan paderi atau kumpulan sokongan juga boleh membantu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan