Kajian turut menunjukkan sebanyak 58 peratus dari individu dengan penyakit ini lebih berisiko menghidapi serangan jantung manakala 43 peratus lagi berisiko terkena strok.
Dalam pada itu, penyakit kardiovaskular ini akan menjadi lebih teruk sekiranya individu itu mempunyai faktor risiko yang lain seperti merokok, obesiti atau kerap stres.
Jika dibiarkan tanpa dirawat, mereka ini juga berisiko menghidapi kondisi degupan jantung tidak menentu, kolesterol tinggi, aterosklerosis dan arteri perifer.
#2. Penyakit Crohn
Selain itu, kesan penyakit psoriasis turut dikaitkan dengan masalah keradangan usus, termasuklah penyakit Crohn. Ini kerana kedua-dua penyakit ini mempunyai mutasi genetik yang hampir sama.
Sama seperti psoriasis, penyakit Crohn akan menyebabkan tubuh badan tersalah dalam mengenal tisu tubuh badan yang sihat lalu membunuhnya.
Ia akan menyebabkan keradangan pada usus yang seterusnya akan mengakibatkan individu yang mengalaminya sakit perut, ciri-birit, kehilangan berat badan, malnutrisi serta keletihan tubuh badan.
Sebagai tambahan, penyakit Crohn dan psoriasis turut mempunyai kaitan dengan obesiti. Ini kerana tisu lemak akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang menjejaskan fungsi tubuh badan termasuklah sistem imun.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen