Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) adalah gangguan yang dicirikan oleh tingkah laku impulsif, hiperaktif dan ketidaktumpuan.

Apakah kebarangkalian Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan atau lebih dikenali sebagai (ADHD), adalah gangguan yang dicirikan oleh tingkah laku impulsif, hiperaktif dan ketaktumpuan.  Ia biasanya didiagnosis semasa kanak-kanak, tetapi simptom-simptom ADHD boleh bersambung sehingga remaja dan dewasa.

Adakah Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan biasa berlaku?

ADHD sangat biasa berlaku. ADHD dilihat sebagai satu gangguan yang paling biasa berlaku pada kanak-kanak. Ianya boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Terdapat tiga jenis ADHD:

  • Hiperaktif-impulsif predominan: Orang yang ADHD jenis ini yang kebanyakannya ¬†hiperaktif dan impulsif.
  • Ketaktumpuan predominan: Orang yang mempunyai ADHD yang sangat hiperaktif terutamanya mempunyai gejala ketaktumpuan.
  • Gabungan hiperaktif-impulsif dan ketaktumpuan : Orang dalam kumpulan ini mempunyai gejala hiperaktif, impulsif, dan ketaktumpuan.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Simptom biasa ADHD di kalangan kanak-kanak adalah:

  • Orang dengan ADHD biasanya:
    • Tidak suka dan mengelakkan tugas-tugas yang memerlukan usaha mental jangka panjang, seperti kerja rumah.
    • Mempunyai masalah dengan organisasi;
    • Tidak mematuhi arahan, gagal menyelesaikan kerja atau tugas sekolah, dan kehilangan fokus atau mudah beralih perhatian;
    • Mengabaikan penceramah ;
    • Menjadi pelupa;
    • Mudah beralih perhatian;
  • Simptom-simptom hiperaktif ialah:
    • Kelihatan sentiasa bergerak;
    • Bercakap berlebihan;
    • Mengalami kesukaran untuk menunggu giliran mereka;
    • Resah di tempat duduk mereka, mengetuk tangan atau kaki mereka, atau kelihatan gelisah;
    • Bangun dari tempat duduk apabila mereka dijangka tetap berada di tempat mereka;
    • Berjalan-jalan atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai;
    • Tidak dapat bermain secara senyap-senyap atau mengambil bahagian dalam aktiviti riadah;
    • Memberikan jawapan sebelum soalan selesai dibaca;
  • Mencelah dan mengganggu orang lain secara berterusan.
  • Orang yang mengalami ADHD boleh melakukan tindakan berisiko tanpa mengambil kira akibatnya.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor jika tingkah laku anak anda mempengaruhi kehidupan anda. Ingat bahawa ADHD boleh dikawal dengan bantuan ubat dan sokongan.

Punca

Apakah Punca Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Tidak cukup maklumat yang mencukupi tentang apa yang menyebabkan ADHD. Walau bagaimanapun, saintis percaya bahawa ia mungkin ada kaitan dengan bahan kimia otak. Apabila bahan kimia otak tidak seimbang, ia mungkin akan mempengaruhi kelakuan anda juga.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Terdapat banyak faktor risiko ADHD, seperti:

  • Genetik (ADHD diturunkan dalam keluarga);
  • Pendedahan kepada alam sekitar, terutamanya plumbum;
  • Penggunaan alkohol atau tembakau semasa kehamilan;
  • Kecederaan otak.
  • Kelahiran pramatang atau berat kelahiran rendah.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) didiagnosis?

Walaupun ujian boleh mendiagnosis AHDH, diagnosis ADHD kebanyakannya dilakukan berdasarkan pemerhatian tingkah laku anda dan bagaimana anda bertindak balas terhadap keadaan tertentu:

  • Pemeriksaan perubatan: Doktor anda mungkin melakukan beberapa ujian pengimejan dan ujian makmal untuk mengetepikan punca-punca lain yang menyebabkan simptom.
  • Pengumpulan maklumat: seperti sebarang masalah perubatan semasa, sejarah perubatan peribadi dan keluarga, dan rekod sekolah.
  • Temu bual atau soal selidik yang dilakukan untuk ahli keluarga, guru kanak-kanak atau orang lain yang mengenali anak dengan baik, seperti penjaga bayi dan jurulatih.
  • Kriteria ADHD dari Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental.
  • Penarafan ADHD untuk mengumpulkan dan menilai maklumat mengenai anak anda

Bagaimana pesakit Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dirawat?

Rawatan standard untuk ADHD pada kanak-kanak termasuk ubat-ubatan, pendidikan, latihan dan kaunseling.

Ubat boleh membantu memperbaiki tanda-tanda dan gejala ketaktumpuan dan hiperaktif, sebagai contoh:

  • Amphetamine termasuk dextroamphetamine (Dexedrine), dextroamphetamine-amphetamine (Adderall) dan lisdexamfetamine (Vyvanse).
  • Methylphenidates termasuk methylphenidate (Concerta, Metadate, Ritalin, yang lain) dan dexmethylphenidate (Focalin).
  • Atomoxetine (Strattera).
  • Antimurung seperti bupropion (Wellbutrin, yang lain).
  • Guanfacine (Intuniv, Tenex).
  • Clonidine (Catapres, Kapvay).

Beberapa rawatan ubat alternatif yang telah dicuba, termasuk:

  • Yoga atau meditasi membantu kanak-kanak bertenang dan belajar berdisiplin.
  • Diet khas. Banyak diet yang dipromosikan untuk ADHD melibatkan menyingkirkan makanan, seperti gula, dan alergen yang biasa seperti gandum, susu dan telur.
  • Formulasi proprietari yang dibuat daripada vitamin, mikronutrien dan bahan-bahan lain yang dijual sebagai suplemen rawatan yang mungkin untuk kanak-kanak dengan ADHD.
  • Asid lemak penting termasuk minyak omega-3 yang diperlukan untuk otak berfungsi dengan baik.
  • Latihan maklumbalas neuro membantu kanak-kanak belajar untuk memastikan gelombang otak aktif di bahagian otak depan
  • Senaman apabila ditambah kepada rawatan boleh memberi kesan positif terhadap tingkah laku pada kanak-kanak dengan ADHD

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang boleh membantu anda menguruskan ADHD:

  • Terapi tingkah laku: membantu guru dan ibu bapa belajar strategi mengubah tingkah laku, seperti sistem ganjaran token dan ‘minta rehat’ untuk menangani situasi yang sukar.
  • Psikoterapi: membolehkan kanak-kanak dengan ADHD yang lebih tua untuk membincangkan isu-isu yang mengganggu mereka, meneroka corak tingkah laku negatif dan mempelajari cara untuk mengatasi gejala mereka.
  • Latihan kemahiran keibubapaan: membantu ibu bapa mengembangkan cara untuk memahami dan membimbing tingkah laku anak mereka.
  • Terapi keluarga: membantu ibu bapa dan adik-beradik menangani tekanan hidup dengan seseorang yang mempunyai ADHD
  • Latihan kemahiran sosial: membantu kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial yang sesuai.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan