Gastroksisis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Definisi

Apa itu Gastroksisis?

Gastroksisis ialah kecacatan masa lahir yang berlaku kepada bayi sewaktu dalam kandungan lagi. Sebahagian daripada abdomen bayi tersebut berkembang di luar badan kerana pembentukan dinding abdomen yang tidak sempurna. Kebanyakan bayi dengan gastroksisis dilahirkan pramatang.

Apakah kebarangkalian Gastroksisis?

Gastroksisis adalah keadaan kongenital yang jarang berlaku. Gastroksisis berlaku pada lelaki dan perempuan dalam nisbah yang sama. Anggaran kelahiran dengan keadaan ini ialah satu dalam 1,500 hingga 1 dalam 13,000. Bagaimanapun, keadaan ini lebih kerap berlaku dalam kalangan perempuan hamil di bawah usia 20 tahun. Jika anda merancang untuk hamil, anda boleh belajar tentang keadaan ini dan menjalani ujian pra kehamilan atau berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut sebelum kehamilan.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gastroksisis?

Gastroksisis  dikesan dengan mengenal pasti lubang pada abdomen dan usus yang berada di luar badan. Terdapat juga beberapa bahagian usus yang berwarna gelap disebabkan telah bersentuh dengan cecair amniotik dalam rahim. Jika terdapat bahagain usus yang rosak, bayi tersebut akan menghadapi masalah mencerna makanan.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Bakal ibu perlu menetapkan temu janji berkala dengan doktor untuk meneliti kemungkinan gastroksisis dan keadaan bayi sewaktu kehamilan.

Punca

Apakah Punca Gastroksisis?

Punca sebenar gastroksisis tidak diketahui, tetapi ia akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan perubahan dalam hormon atau gen (kromosom) dalam bayi. Gastroksisis juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran yang dihadapi ibu hamil, pemakanan atau minuman, ubat yang digunakan, dan sebagainya. Disebabkan itu, adalah penting untuk memeriksa kesihatan dengan doktor sepanjang waktu kehamilan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gastroksisis?

Antara faktor risiko gastroksisis ialah:

  • Ibu muda: hamil sewaktu usia remaja meningkatkan risiko mendapat bayi dengan gastroksisis berbanding ibu yang berusia.
  • Pengambilan alkohol atau merokok juga meningkatkan risiko gastroksisis.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gastroksisis didiagnosis?

Gastroksisis kebiasaannya dikenal pasti sewaktu kelahiran, tetapi boleh juga didiagnosis lebih awal. Sewaktu kehamilan, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrabunyi untuk mencari kemungkinan gastroksisis. Ini juga dapat membantu ibu dan doktor berbincang dan menetapkan pelan bagi tempat dan masa yang bersesuaian untuk melahirkan.

Bagaimana pesakit Gastroksisis dirawat?

Jika doktor dapat mengenal pasti gastroksisis sebelum kelahiran, doktor juga akan memeriksa keadaan kesihatan bayi baik atau tidak.

Apabila bayi dilahirkan, pembedahan akan diperlukan untuk menangani usus yang terkeluar. Jika gastroksisis kecil,  doktor akan melakukan pembedahan selepas kelahiran untuk memasukkan usus kembali ke dalam abdomen dan menutup pembukaan tersebut. Tetapi jika gastroksisis terlalu besar, pembedahan pembetulan akan dilakukan secara berperingkat.

Selepas memasukkan kembali usus ke dalam abdomen dan menutup pembukaan tersebut, bayi tersebut perlu dilindungi daripada jangkitan dengan cecair IV dan antibiotik, dan dibekalkan dengan nutrisi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan bayi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gastroksisis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani gastroksisis:

  • Menjalani ujian untuk mengesan keadaan bayi sewaktu kehamilan
  • Elakkan kehamilan di usia muda
  • Elakkan penggunaan alkohol dan merokok

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan