backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gangguan Dismorfik Badan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu gangguan dismorfik badan?

Gangguan dismorfik badan ialah keadaan mental di mana anda tidak boleh berhenti daripada berfikir tentang satu atau lebih kecacatan pada penampilan anda, walaupun pada orang lain ia dikira minor atau tidak terlalu jelas. Tetapi bagi anda, ia sesuatu yang memalukan dan anda cuba untuk mengelak daripada berjumpa orang lain. Apabila anda mengalami gangguan ini, anda obses terhadap penampilan dan rupa badan anda, kerap memeriksa pada cermin, berdandan dan mencari jaminan, kadang kala berjam-jam dalam sehari. Sikap anda yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut menyebabkan anda stres yang ketara, dan kesannya akan mengganggu kerja harian anda.

Apakah kebarangkalian gangguan dismorfik badan?

Gangguan ini boleh menjejaskan wanita dan lelaki. Kajian mengatakan bahawa BBD telah menjejaskan 2% populasi. Ia lebih lazim berlaku dalam kalangan dewasa dan orang muda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom gangguan dismorfik badan?

Simptom lazim gangguan ini ialah:

  • Kecacatan penampilan yang terlalu dirisaukan, di mana pada orang lain ia tidak kelihatan atau terlalu kecil
  • Kepercayaan yang kuat bahawa kecacatan penampilan anda membuatkan anda kelihatan hodoh
  • Percaya bahawa orang lain melihat anda dengan cara negatif atau mengejek anda
  • Melibatkan diri dalam tingkah laku yang bertujuan untuk menetapkan atau menyembunyikan cacat yang dirasakan yang sukar untuk ditentang atau dikawal, seperti kerap melihat cermin, berdandan dan mencantikkan kulit
  • Sorok kecacatan dengan berhias, bergaya atau memakai pakaian yang cantik
  • Sentiasa mencari jaminan tentang penampilan anda daripada orang lain
  • Kecenderungan terhadap kesempurnaan
  • Kerap mencari prosedur kosmetik dengan sedikit kepuasan
  • Mengelak situasi / aktiviti kemasyarakatan
  • Terlalu berfikir tentang penampilan yang menyebabkan kesusahan atau masalah major dalam kehidupan masyarakat, tempat kerja, sekolah atau tempat lain

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Malu dengan penampilan anda mungkin mengelakkan anda daripada mendapatkan rawatan gangguan ini. Tetapi jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom, sila berjumpa dengan penjaga kesihatan atau profesional kesihatan mental anda.

Gangguan dismorfik badan biasanya tidak pulih dengan sendirinya, dan jika tidak dirawat, ia mungkin menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa, dan menyebabkan kemurungan serius, cemas dan bil perubatan lanjutan, dan menyebabkan pemikiran dan tingkahlaku untuk membunuh diri.

Punca-punca

Apakah punca-punca gangguan dismorfik badan?

Ia tidak diketahui secara tepat tentang punca gangguan ini. Seperti penyakit mental lain, gangguan dismorfik badan mungkin disebabkan kombinasi beberapa punca, seperti:

  • Perbezaan otak. Kecacatan struktur atau neurokimia otak merupakan punca kepada gangguan ini
  • Gen. beberapa kajian menunjukkan gangguan ini lebih lazim berlaku dalam kalangan individu yang mempunyai keluarga yang menghidap gangguan ini atau gangguan obsessi-kompulsif
  • Persekitaran. Persekitaran anda, pengalaman dan budaya hidup mungkin menyumbang kepada gangguan ini, terutamanya jika anda terlibat dengan penilaian masyarakat negatif tentang diri atau imej diri anda atau pengabaian dan penderaan kanak-kanak

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat gangguan dismorfik badan?

Terdapat banyak faktor risiko bagi keadaan kesihatan ini, antaranya ialah:

  • Mempunyai keluarga terdekat yang menghidap gangguan ini atau gangguan obsessi-kompulsif
  • Pengalaman hidup yang negatif seperti trauma semasa zaman kanak-kanak
  • Beberapa ciri personaliti seperti kesempurnaan
  • Tekanan masyarakat atau jangkaan kecantikan
  • Mengalami gangguan mental lain seperti rasa cemas berlebihan atau kemurungan

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang disediakan bukan sebagai pengganti kepada mana-mana nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah gangguan dismorfik badan didiagnosis?

Jika doktor mengesyaki anda mempunyai gangguan ini, pemeriksaan fizikal mental akan dijalankan.

Diagnosis gangguan ini secara tipikalnya berdasarkan:

  • Penilaian psikologi yang menilai faktor risiko dan pemikiran, perasaan dan tingkah laku berkaitan imej diri negatif
  • Peribadi, masyarakat, keluarga dan sejarah perubatan
  • Simptom yang disenaraikan di dalam Panduan Diagnostik dan Statistik tentang Gangguan Mental (DSM-5) yang telah diterbitkan oleh Persatuan Psykiatri Amerika

Bagaimanakah gangguan dismorfik badan dirawat?

Beberapa pilihan rawatan cadangan ialah:

Terapi tingkah laku kognitif (CBT)

Terapi tingkah laku kognitif berfokuskan kepada:

  • Membantu anda mempelajari tentang pemikiran negatif, tindak balas emosi dan tingkah laku untuk mengatasi masalah dari semasa ke semasa
  • Mencabar pemikiran negatif automatik tentang imej badan anda dan belajar cara berfikir yang lebih fleksibel dan realistik
  • Belajar cara alternatif untuk menguruskan dorongan atau ritual untuk membantu mengurangkan pemeriksaan pada cermin atau menjari jaminan
  • Mengajar anda tingkahlaku lain untuk memperbaiki kesihatan mental anda
  • Anda dan ahli terapi berbincang tentang matlamat terapi dan merancang pelan rawatan peribadi untuk menguatkan kemahiran anda mengatasi masalah ini

Ubat-ubatan

  • Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs). Kerana gangguan ini adalah berpunca daripada sebahagian masalah berkaitan bahan kimia otak serotonin, SSRI perlu dipreskrip. SSRI lebih berkesan untuk merawat gangguan ini berbanding ubat antidepressi lain dan membantu mengawal obsessi dan tingkah laku berulang anda
  • Ubat-ubatan lain. Dalam kes tertentu, anda mungkin mendapat kebaikan daripada ubatan lain, tambahan kepada SSRI, bergantung kepada simptom anda

Hospitalisasi

  • Dalam kes tertentu, simptom gangguan dismorfik badan ini teruk dan anda perlu dimasukkan ke hospital psikiatri. Perkara ini disyorkan apabila anda tidak mampu melakukan aktiviti harian atau anda membahayakan diri sendiri secara tiba-tiba

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan yang membantu saya menangani gangguan dismorfik badan?

  • Teruskan pelan rawatan anda. Jangan terlepas sebarang sesi terapi, walaupun anda tidak berasa ingin melakukannya. Walaupun anda berasa sihat, jauhkan daripada perasaan untuk tidak mengambil ubat tersebut. Jika anda berhenti, simptom akan muncul semula. Anda juga akan mengalami simptom sebaliknya akibat terlalu awal / secara tiba-tiba berhenti mengambil ubat ini
  • Ketahui tentang gangguan ini. Pendidikan berkaitan gangguan dismorik badan boleh memberi kekuatan dan memotivasikan anda untuk teruskan pelan rawatan
  • Perhatikan tanda-tanda amaran. Sila berbincang dengan doktor atau ahli terapi anda untuk mengetahui perkara yang menggalakkan simptom anda. Rancang  pelan tertentu apa yang perlu dilakukan sekiranya simptom muncul semula. Hubungi doktor atau ahli terapi anda jika anda mengesan sebarang perubahan simptom atau perubahan perasaan anda
  • Amalkan strategi yang telah dipelajari. Di rumah, amalkan kemahiran yang telah anda pelajari semasa terapi supaya ia terus menjadi amalan anda

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis dan rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan