Gangguan dan serangan panik

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Gangguan dan serangan panik?

Serangan panik adalah situasi ketakutan yang teruk yang berlaku secara tiba – tiba sehingga boleh mencetuskan tindak balas fizikal yang teruk walaupun tidak ada ancaman bahaya atau sebab yang nyata. Serangan panik boleh menjadi sangat menakutkan. Apabila serangan panik berlaku, anda mungkin menganggap bahawa anda kehilangan kawalan, mengalami serangan jantung atau bahkan mati.

Kebanyakan individu hanya mempunyai satu atau dua serangan panik dalam hidup mereka, dan masalah ini akan hilang, mungkin apabila keadaan yang menekan telah berakhir. Tetapi jika serangan ini berulang, serangan panik yang tidak dijangka dan menghabiskan masa yang lama dalam ketakutan risau akan menerima serangan lagi sekali, anda mungkin mempunyai keadaan yang disebut gangguan panik.

Walaupun serangan panik itu sendiri tidak mengancam nyawa, namun serangan tersebut menakutkan serta menjejaskan kualiti hidup anda. Namun kaedah rawatan boleh menjadi sangat berkesan.

Apakah kebarangkalian Gangguan dan serangan panik?

Gangguan dan serangan panik adalah perkara biasa. Ia boleh terjadi terhadapa pesakit pada setiap peringkat usia. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.      

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gangguan dan serangan panik?

Simptom – simptom yang biasa ditunjukkan adalah :

  • Rasa azab atau bahaya yang akan datang
  • Takut kehilangan kawalan atau kematian
  • Kadar denyutan jantung yang cepat dan berdebar
  • Berpeluh
  • Menggigil atau gemetar
  • Sesak nafas atau terasa sempit di kerongkong anda
  • Menggigil
  • Panas kemerahan
  • Loya
  • Sakit perut
  • Sakit dada
  • Sakit kepala
  • Pening,  kepala terasa ringan atau pengsan
  • Rasa kebas atau kesemutan
  • Rasa seperti bukan realiti atau detasmen

Serangan panik biasanya serang secara tiba-tiba, tanpa amaran. Mereka boleh menyerang pada bila-bila masa – ketika anda sedang memandu kereta, di pusat membeli-belah, tertidur atau ketika dalam mesyuarat perniagaan. Anda mungkin jarang mengalami serangan panik atau serangan ini boleh kerap berlaku.

Serangan panik mempunyai banyak variasi, tetapi gejala biasanya sudah berada dalam tahap  tertinggi dalam beberapa minit. Anda mungkin merasa penat dan lelah selepas serangan panik yang semakin reda.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami gejala serangan panik, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Serangan panik, walaupun sangat tidak selesa, namun ia tidak berbahaya. Tetapi serangan panik sukar untuk dikendalikan sendiri, dan mungkin boleh menjadi semakin teruk jika tidak menerima rawatan.

Oleh sebab gejala serangan panik juga boleh menyerupai masalah kesihatan lain yang serius, seperti serangan jantung, penting untuk dinilai oleh pegawai kesihatan anda jika anda tidak pasti punca gejala berlaku anda.

Punca

Apakah punca Gangguan dan serangan panik?

Serangan panik boleh terjadi secara tiba-tiba dan tanpa amaran, tetapi dari masa ke semasa, mereka biasanya dicetuskan oleh situasi tertentu. Ia tidak diketahui apa yang menyebabkan Gangguan dan serangan panik, tetapi faktor-faktor ini mungkin memainkan peranan:

  • Genetik
  • Tekanan yang melampau
  • Perangai yang lebih sensitif terhadap tekanan atau terdedah kepada emosi negatif
  • Perubahan tertentu dalam cara bahagian otak berfungsi

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gangguan dan serangan panik?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Sejarah keluarga Gangguan dan serangan panik
  • Tekanan kehidupan yang kuat, seperti kematian atau penyakit serius yang dialamai oleh orang yang disayangi
  • Kejadian traumatik, seperti serangan seksual atau kemalangan serius
  • Perubahan besar dalam hidup anda, seperti perceraian atau penambahan bayi
  • Pengambilan kafein yang berlebihan atau merokok
  • Sejarah penderaan fizikal atau seksual kanak-kanak

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gangguan dan serangan panik didiagnosis?

Doktor anda atau pegawai kesihatan lain mesti menentukan sama ada anda mengalami serangan panik, gangguan panik atau keadaan lain, seperti masalah jantung atau tiroid, yang menyerupai gejala panik. Untuk membantu menentukan diagnosis, anda mungkin memerlukan:

  • Pemeriksaan fizikal yang lengkap
  • Ujian darah untuk memeriksa tiroid anda serta keadaan yang lain dan ujian terhadap jantung anda, seperti elektrokardiogram (ECG atau EKG)
  • Penilaian psikologi untuk berbincang mengenai gejala anda, situasi tekanan, ketakutan atau perkara yang merisaukan anda, masalah hubungan, dan isu-isu lain yang mempengaruhi kehidupan anda

Anda boleh mengisi penilaian diri psikologi atau soal selidik. Anda juga boleh ditanya mengenai pengambilan alkohol atau penggunaan bahan lain.

Tidak semua orang yang mempunyai serangan panik mempunyai gangguan panik. Untuk diagnosis gangguan panik, Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), yang diterbitkan oleh Persatuan Psikiatri Amerika, menyenaraikan perkara ini:

  • Anda mempunyai serangan panik yang kerap dan diluar jangkaan.
  • Sekurang-kurangnya salah satu daripada serangan anda telah diikuti oleh satu bulan atau lebih akan kebimbangan tentang serangan yang lain; sentiasa risau akan kesan serangan, seperti kehilangan kawalan, mengalami serangan jantung atau “gila”; atau mengubah tingkah laku anda dengan ketara, seperti mengelakkan situasi yang anda fikir akan mencetuskan serangan panik.
  • Serangan panik anda tidak disebabkan oleh pengaruh dadah atau penggunaan bahan lain, keadaan masalah kesihatan, atau masalah kesihatan mental yang lain, seperti fobia sosial atau gangguan kompulsif yang obsesif.

Jika anda mempunyai serangan panik tetapi tidak mengalami gangguan panik, anda masih boleh mendapat manfaat daripada rawatan. Jika serangan panik tidak dirawat, mereka akan menjadi lebih teruk dan berkembang menjadi gangguan panik atau fobia.

Bagaimana pesakit Gangguan dan serangan panik dirawat?

Rawatan boleh membantu mengurangkan intensiti dan kekerapan serangan panik anda dan meningkatkan fungsi dalam kehidupan seharian anda. Pilihan rawatan utama adalah psikoterapi dan ubat-ubatan. Satu atau kedua-dua jenis rawatan mungkin disyorkan, bergantung pada keutamaan anda, sejarah anda, tahap gangguan panik anda dan sama ada anda mempunyai akses kepada ahli terapi yang mempunyai latihan khusus dalam gangguan panik.

Psikoterapi:

Psikoterapi, yang juga dikenali sebagai terapi perbualan, dianggap sebagai rawatan pilihan pertama yang berkesan untuk menangani Gangguan dan serangan panik. Psikoterapi boleh membantu anda memahami Gangguan dan serangan panik dan belajar bagaimana untuk mengatasinya.

Satu bentuk psikoterapi yang dikenali sebagai terapi perilaku kognitif dapat membantu anda belajar melalui pengalaman anda sendiri bahawa gejala panik adalah tidak berbahaya. Semasa sesi terapi, ahli terapi anda akan membantu anda secara beransur-ansur mewujudkan simptom serangan panik dengan selamat dan secara berulang – ulang. Sebaik sahaja sensasi panik fizikal tidak lagi rasa terancam, serangan ini akan mula beransur pulih. Rawatan yang berjaya juga boleh membantu anda mengatasi ketakutan tentang situasi yang anda cuba untuk mengelak kerana serangan panik.

Untuk melihat hasil rawatan mengambil masa serta usaha. Anda mungkin mula melihat simptom serangan panik dalam beberapa minggu, dan kebiasaanya gejala berkurangan dengan ketara atau hilang dalam beberapa bulan. Anda boleh menyusun jadual perjumpaan untuk memastikan serangan panik anda tetap terkawal atau untuk mendapatkan rawatan jika berulang kembali.

Ubat – ubatan :

Ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan gejala yang berkaitan dengan serangan panik serta depresi jika itu adalah masalah yang anda hadapi. Beberapa jenis ubat telah terbukti berkesan dalam menguruskan gejala serangan panik, termasuk:

  • Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs). Secara umumnya ia selamat digunakan dengan mempunyai risiko yang rendah terhadap kesan sampingan yang serius, antidepresan SSRI biasanya disyorkan sebagai pilihan ubat pertama untuk merawat serangan panik. SSRI yang diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) untuk rawatan gangguan panik termasuk fluoxetine (Prozac), paroxetine (Paxil, Pexeva) dan sertraline (Zoloft).
  • Serotonin and norepinephrine reuptake inhibitors (SNRIs). Ubat-ubatan ini adalah kelas antidepresan lain. Ubat SNRI yang dipanggil venlafaxine hydrochloride (Effexor XR) adalah diluluskan oleh FDA untuk rawatan gangguan panik.
  • Sedatif ini adalah sedatif sistem saraf pusat. Benzodiazepines mungkin membentuk tabiat, menyebabkan kebergantungan mental atau fizikal, terutama apabila diambil untuk masa yang lama atau dalam dos yang tinggi. Benzodiazepines yang diluluskan oleh FDA untuk rawatan gangguan panik termasuk alprazolam (Xanax) dan clonazepam (Klonopin). Jika anda di bawah penjagaan ruang kecemasan untuk serangan panik, anda mungkin diberikan benzodiazepine untuk membantu menghentikan serangan. Benzodiazepin biasanya digunakan hanya dalam jangka pendek. Kerana mereka boleh membentuk tabiat, ubat-ubatan ini bukan pilihan yang baik jika anda mempunyai masalah dengan penyalahgunaan alkohol atau dadah. Mereka juga boleh berinteraksi dengan ubat lain, menyebabkan kesan sampingan berbahaya.

Jika satu ubat tidak berfungsi dengan baik untuk anda, doktor anda boleh mengesyorkan beralih kepada ubatan yang lain atau menggabungkan ubat-ubatan tertentu untuk meningkatkan keberkesanannya. Perlu diingat bahawa ia boleh mengambil beberapa minggu selepas memulakan pengambilan ubat untuk melihat peningkatan simptomnya.

Semua ubatan mempunyai risiko kesan sampingannya, dan beberapa ubat mungkin tidak disyorkan dalam keadaan tertentu, seperti kehamilan. Berbincang dengan doktor anda tentang kemungkinan kesan sampingan dan risiko yang bakal dihadapi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gangguan dan serangan panik ?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi  gangguan dan serangan panik:

  • Teruskan pelan rawatan anda. Menghadapi ketakutan anda boleh menjadi sukar, tetapi dengan rawatan akan dapat membantu anda merasakan anda bukan sandera di rumah anda sendiri.
  • Sertai kumpulan sokongan. Menyertai kumpulan untuk orang yang mengalami masalah gangguan dan serangan panik boleh menghubungkan anda dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama.
  • Elakkan pengambilan kafein, alkohol, merokok dan ubat rekreasi. Kesemua ini boleh mencetuskan atau memburukkan lagi serangan panik.
  • Mengamalkan teknik pengurusan tekanan dan teknik relaksasi. Sebagai contoh, yoga, pernafasan yang dalam dan kelonggaran otot progresif – menegangkan satu otot pada satu masa, dan kemudian melepaskan ketegangan sehingga setiap otot dalam badan menjadi santai – juga mungkin membantu.
  • Hidup aktif secara fizikal. Aktiviti aerobik mungkin memberi kesan yang menenangkan mood anda.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi. Dapatkan tidur yang cukup supaya anda tidak berasa mengantuk pada siang hari.
  • Suplimen oral yang dikenali sebagai inositol, yang mempengaruhi tindakan serotonin, mungkin boleh mengurangkan kekerapan dan keterukan serangan panik. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan. Berbincang dengan doktor anda sebelum mencuba sebarang suplemen. Produk ini boleh menyebabkan kesan sampingan dan boleh berinteraksi dengan ubat lain. Doktor anda boleh membantu menentukan sama ada ia selamat untuk anda gunakan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.