backup og meta

Embolisme Pulmonari, Kondisi Apabila Saluran Darah Pada Paru-Paru Tersumbat!

Embolisme Pulmonari, Kondisi Apabila Saluran Darah Pada Paru-Paru Tersumbat!

Embolisme pulmonari (PE) adalah kondisi di mana paru paru tersumbat dengan bekuan atau gumpalan darah di bahagian tubuh badan.

Kebiasaanya, ia akan berlaku di kaki atau lengan bergerak melalui aliran darah dan tersimpan di dalam saluran darah paru-paru.

Ini menyebabkan aliran darah ke paru-paru tersekat, menurunkan paras oksigen dalam paru-paru dan meningkatkan tekanan darah di arteri paru-paru.

Keadaan ini merupakan penyakit kardiovaskular ketiga yang paling biasa selepas serangan jantung dan strok.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Punca paru paru tersumbat

Penyebab darah beku di paru-paru dan embolisme pulmonari sering berlaku disebabkan trombosis urat dalam (DVT).  Ia biasanya menyebabkan PE yang bermula dari kaki atau pelvis.

paru paru tersumbat

Terdapat beberapa sebab gumpalan darah di urat dalam tubuh yang berbeza, termasuk:

  • Salur darah mengalami kecederaan atau kerosakan: Kecederaan seperti patah tulang atau koyakan otot boleh menyebabkan masalah pada saluran darah, yang membawa kepada pembekuan darah.
  • Diri tidak aktif: Tidak aktif dalam tempoh yang lama, graviti menyebabkan darah menjadi stagnasi (tidak berkembang0 di kawasan paling rendah tubuh anda, yang mungkin menyebabkan bekuan darah. Ini boleh berlaku jika anda duduk untuk perjalanan yang panjang atau jika anda terlantar di atas katil untuk sembuh daripada penyakit.
  • Keadaan perubatan: Sesetengah keadaan kesihatan menyebabkan terlalu mudah berlaku pembekuan darah, yang boleh menyebabkan embolisme pulmonari. Rawatan untuk keadaan perubatan, seperti pembedahan atau kemoterapi untuk kanser, juga boleh menyebabkan pembekuan darah.

Simptom paru paru tersumbat

Simptom PE adalah berbeza-beza, bergantung kepada berapa banyak keadaan paru-paru yang terlibat, saiz gumpalan, dan sama ada anda mempunyai penyakit paru-paru atau penyakit organ jantung.

Tanda-tanda dan simptom umum termasuk:

  • Sesak nafas. Simptom ini biasanya muncul tiba-tiba dan selalu menjadi semakin parah.
  • Sakit dada. Anda mungkin berasa seperti mengalami serangan jantung. Kesakitan boleh menjadi lebih teruk apabila anda bernafas secara mendalam, batuk, makan atau membongkok. Kesakitan akan menjadi lebih buruk tetapi tidak akan hilang apabila anda berehat.
  • Batuk. Batuk boleh menghasilkan kahak berdarah.

paru paru tersumbat

Tanda-tanda dan simptom lain yang boleh berlaku dengan PE termasuk:

  • Kesakitan atau pembengkakan kaki, atau kedua-duanya, biasanya di dalam labu betis
  • Berlengas (clammy) atau cynosis (keadaan kulit dan membran mukus yang menjadi biru akibat kurangnya oksigen di dalam darah)
  • Demam
  • Peluh berlebihan
  • Degupan jantung yang laju atau tidak teratur
  • Pening kepala terlampau

Apa faktor risiko yang ada?

Faktor yang meningkat risiko seseorang membangunkan trombosis urat dalam dan PE termasuk:

  • Kanser
  • Sejarah mbolisme keluarga
  • Keretakan kaki atau pinggul
  • Sejarah serangan jantung atau strok
  • Pembedahan besar
  • Obesiti
  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Mengambil estrogen atau testosteron
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Keadaan hiperkuagulabel atau gangguan pembekuan darah genetik

Bagaimana mendiagnosis kondisi ini?

Dalam sesetengah kes, paru paru tersumbat sukar untuk didiagnosis. Terutamanya jika anda mempunyai keadaan paru atau jantung, seperti emfisema atau tekanan darah tinggi.

paru paru tersumbat

Doktor biasanya akan melakukan satu atau lebih ujian berikut untuk mengetahui punca simptom anda. Antaranya:

  • Imbasan-X dada
  • Elektrokardiografi (ECG)
  • MRI
  • Imbasan CT
  • Angiografi pulmonari
  • Duplex venous ultrasound:
  • Venography
  • Ujian D-dimer

Bagaimana mendiagnosis kondisi ini?

Sekiranya mempunyai paru paru tersumbat, anda memerlukan rawatan perubatan dengan serta-merta. 

Rawatan untuk embolisme pulmonari bergantung kepada saiz dan lokasi bekuan darah.

Sekiranya masalah ini kecil dan dikesan dengan lebih awal, doktor mungkin mengesyorkan ubat sebagai rawatan. Sesetengah ubat boleh memecahkan bekuan kecil.

Bagaimanapun, jika pengeluarannya bekuan darah bermasalah, pembedahan mungkin diperlukan, terutama yang menyekat aliran darah ke paru-paru atau jantung.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pulmonary Embolism, https://vascular.org/patient-resources/vascular-conditions/pulmonary-embolism, Accessed Feb 27 2019.
  2. Pulmonary Embolism, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17400-pulmonary-embolism, Accessed Feb 27 2019.
  3. Pulmonary Embolism, https://medlineplus.gov/pulmonaryembolism.html, Accessed Feb 27 2019.
  4. Pulmonary Embolism, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/pulmonary-embolism, Accessed Feb 27 2019.
  5. Pulmonary Embolism, https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/pulmonary-embolus, Accessed Feb 27 2019.

 

Versi Terbaru

25/08/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

Benarkah Jika Kerap Mandi Malam Boleh Buat Paru-Paru Berair? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan