Efusi Pleural (Pleural Effusion)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan

Definisi

Apakah itu efusi pleural?

Efusi pleural adalah cecair yang terhasil dengan banyak di antara paru-paru anda dan ruang di dalam dada. Ia adalah normal untuk mempunyai sedikit cecair di dalam peparu untuk melincirkan permukaan yang bergeser di antara peparu dan ruang dada. Penghasilan cecair terlalu banyak mengakibatkan tekanan kepada peparu,dan menyebabkan sesak nafas.

Apakah kebarangkalian efusi pleural?

Keadaan kesihatan ini boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom efusi pleural?

Anda mungkin berasa sakit dada tetapi selalunya efusi pleural tidak menyakitkan. Simptom efusi pleural yang biasa terjadi ialah:

  • Batuk kering
  • Demam
  • Masalah untuk bernafas ketika berbaring
  • Sakit dada
  • Mengah

Anda juga mempunyai simptom lain yang disebabkan oleh cecair terhasil.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca berlakunya efusi pleural?

Efusi pleural terjadi kerana jangkitan atau iritasi terhadap paru-paru. Banyak keadaan kesihatan yang boleh mengakibatkan efusi pleural seperti:

    • Jangkitan paru-paru (pneumonia), tuberkulosis, dan kanser yang mungkin menyebabkan radang kepada peparu dan pleural
  • Congestive heart failure.
  • Cirrhosis (kegagalan fungsi hati)
  • Pulmonary embolism: salur darah peparu tersumbat
  • Penyakit buah pinggang yang teruk menjejaskan proses cecair disimpan di dalam badan
  • Lupus dan penyakit autoimmune yang lain

Rawatan termasuklah kemoterapi dan radioterapi terhadap kanser atau pembedahan post-open-heart boleh menyebabkan efusi pleural.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap efusi pleural?

Terdapat banyak faktor risiko terhadap efusi pleural seperti:

  • Mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang telah dinyatakan
  • Menjalani rawatan kanser atau ubat yang menjejaskan proses penyimpanan cecair di dalam badan

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah efusi pleural didiagnosis?

Efusi pleural didiagnosis apabila anda menjalani pemeriksaan fizikal. Doktor anda mungkin akan mendengar peparu anda menggunakan stetoskop atau mengetuk dada untuk mendengar resonan (percussion). Sesetengah ujian pengimejan boleh menunjukkan atau memastikan cecair terhasil di dalam peparu, seperti X-ray atau skan CT.

Sejenis ujian dipanggil analisis cecair pleural atau thoracentesis yang dilakukan dengan memasukkan jarum ke dalam selaput pleura dan mengambil sedikit sampel cecair. Ini akan menjelaskan samada cecair terhasil disebabkan oleh jangkitan atau keadaan yang lain. Sampel ini boleh diuji untuk sel kanser dan paras protein.

Bagaimanakah efusi pleural dirawat?

Rawatan bagi efusi pleural termasuklah merawat punca-punca efusi pleural dan mengurangkan simptom yang kurang menyenangkan terhadap pesakit. Rawatan adalah berbeza dan bergantung kepada punca berlakunya efusi pelural. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan, dan diuretik juga mungkin digunakan untuk mengurangkan saiz efusi pleural.

Cecair terhasil selalunya tidak perlu dirawat, kerana ia akan berkurangan sekiranya puncanya dirawat. Jika cecair terhasil menyebabkan ketidakselesaan, doktor anda mungkin akan mengalirkan cecair dengan pleural fluid aspiration atau pleural tap.

Rawatan lain yang mengeringkan cecair terhasil adalah:

  • Cecair khas akan disuntuk ke lapisan pleura, menyebabkan keradangan. Ini akan menghalang cecair daripada terhasil dan mengeras. Bahan kimia pengeras yang digunakan ialah tetracycline, bedak bersih dan bleomycin. Pleurodesis adalah rawatan yang paling biasa digunakan untuk rawatan efusi pleural yang selalu berlaku semula disebabkan oleh kanser
  • Membiarkan longkang tetap, maka cecair yang terhasil boleh disedut bila perlu
  • Pembedahan memasukkan pintas (seperti longkang dalaman) untuk membolehkan cecair disedut daripada perut ke dalam ruang perut
  • Pembedahan membuang pleura. Ia selalunya dilakukan kepada pesakit kanser yang mempunyai efusi pleura apabila rawatan lain gagal

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani efusi pleural?

Langkah di bawah ini membantu anda menangani efusi pleural:

  • Elakkan alkohol dan dadah haram
  • Jika anda menjalani rawatan kanser, sila berbincang dengan doktor anda berkenaan kesan sampingan yang mungkin berlaku dan cara-cara mengelakkannya atau menanganinya

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Biasa Pakai Tampon Ketika Haid, Tapi Apa Nak Buat Kalau Tampon Tersangkut Dalam Faraj?

    Tuala wanita, tampon, seluar dalam haid, dan menstrual cup; antara pilihan yang boleh digunakan pada alat kelamin wanita ketika datang haid.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/07/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Masalah rabun warna (buta warna) adalah masalah lazim yang sering dialami oleh populasi lelaki. Ketahui mengapa lelaki lebih berisiko.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Kesihatan awam di dunia berada pada tahap membimbangkan pada tahun 2020 ini. Berikut merupakan 4 isu paling utama yang kita semua perlu fokus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Antarabangsa 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

    Penyakit fobia kepada ketinggian ataupun air sudah biasa kita dengar, tetapi bagaimana pula dengan coulphobia yang membawa maksud fobia terhadap badut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan seksual

    Jangan Ambil Mudah Isu Gangguan Seksual, Ia Mungkin Akan Sebabkan Perkara Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/07/2020 . 3 minit bacaan
    tip bersalin

    Daddy Jangan Menggelabah Bila Isteri Sudah Sakit Hendak Bersalin, Ikut Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 13/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit fobia

    Si Kecil Takut Dengan Belon? Jangan Biarkan Nanti Sampai Ke Besar Fobia, Ini Cara Atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/07/2020 . 3 minit bacaan
    kotak disinfeksi

    Kotak Disinfeksi Boleh Cegah COVID-19? Jangan Tertipu Dengan Teknologi Yang Nampak Canggih!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 13/07/2020 . 3 minit bacaan