Disleksia Dalam Kalangan Dewasa

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bagaimana disleksia memberi kesan kepada dewasa?

Disleksia adalah ketidakupayaan untuk mengaitkan bunyi perkataan dengan huruf yang perkataan tersebut. Ia dianggap cacat pembelajaran, tetapi ia tidak mempunyai kaitan dengan kecerdasan. Ia juga tiada hubungan dengan masalah penglihatan.

Orang dewasa dengan disleksia telah mengalamnya sepanjang hayat mereka, tetapi ia mungkin tidak didiagnosis. Mempunyai disleksia semasa dewasa boleh mendatangkan beberapa cabaran berbeza daripada kanak-kanan dengan disleksia.

Terdapat tiga jenis disleksia utama. Kebanyakan orang mempunyai ketiga-tiga jenis, biasanya pada tahap yang berbeza. Ini termasuk:

  • Dysnemkinesia: Jenis ini melibatkan kemahiran motor. Ia juga melibatkan kesukaran mengetahui cara membuat huruf semasa menulis. Orang dengan jenis ini biasanya menulis hurufke belakang.
  • Dysphonesia: Jenis ini melibatkan kemahiran mendengar atau pendengaran. Ia juga menyebabkan kesukaran menyebut perkataan atau memahami perkataan yang tidak dikenali.
  • Dyseidesia: Jenis ini melibatkan kemahiran visual. Ia menyebabkan kesukaran atau ketidakupayaan untuk mengetahui atau memahami perkataan bertulis. Ia juga menyebabkan kesukaran mengetahui perkataan dengan bunyi.

Simptom disleksia dewasa

Sesetengah simptom disleksia pada kanak-kanak dan dewasa termasuk masalah berikut:

  • Membaca
  • Menyelesaikan masalah matematik
  • Menghafal
  • Pengurusan masa

Orang dewasa yang menghidap disleksia juga mungkin tidak dapat membuat ringkasan bagi cerita yang mereka dengar atau dibaca. Mungkin juga mempunyai masalah untuk memahami jenaka dan idiom. Kadang-kadang, isu-isu pembacaan tidak ketara pada orang dewasa dengan disleksia, oleh itu keadaannya mungkin tidak didiagnosis semasa kecil.

Di samping simptom ini, isu lain mungkin mengganggu fungsi harian. Antaranya:

  • Kesukaran untuk fokus pada satu tugas
  • Mengelakkan mesyuarat yang berkaitan dengan perancangan
  • Berlebihan terhadap kesilapan anda
  • Mengenakan peraturan yang ketat pada diri sendiri
  • Belajar dengan lebih baik secara visual atau melalui pengalaman
  • Mudah terjejas dengan tekanan
  • Keyakinan diri yang rendah

Menguruskan disleksia dewasa

Terdapat beberapa ujian yang mungkin dilakukan oleh doktor untuk menentukan tahap disleksia. Ujiannya mungkin termasuk:

  • Ujian penglihatan
  • Ujuan pendengatan
  • Ujian membanca
  • Ujian psikologi
  • Soal selidik mengenai gaya hidup dan pekerjaan

Sebaik sahaja doktor menilai tahap disleksia anda, mereka akan menyediakan satu pelan rawatan untuk membantu menguruskan keadaan anda. Pelan rawatan boleh termasuk:

  • Latihan atau tunjuk ajar untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca, yang penting untuk disleksia pada sebarang peringkat umur.
  • Terapi kerja untuk membantu anda mempelajari cara untuk bekerja dan menguruskan isu-isu penyebab disleksia anda di tempat kerja
  • Minta arahan diucapkan bukannya bertulis
  • Mencari kaedah untuk membantu anda belajar dan ingat
  • Latihan tambahan dalam subjek atau tugas yang membuat anda tidak selesa

Teknologi juga boleh menjadi suatu yang penting dalam menguruskan disleksia, terutamanya bagi orang dewasa yang bekerja. Beberapa perkara yang boleh membantu termasuk:

  • Merakam mesyuarat atau perbualan penting untuk mendengar semula jika anda terlepas maklumat penting.
  • Menggunakan aplikasi dan perisian ucapan ke teks supaya anda tidak perlu menulis atau menaip segala-galanya.
  • Menggunakan aplikasi organisasi atau penganjur elektronik untuk membantu memastikan anda berada di landasan dan meminimumkan gangguan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut