COPD: Pilihan Rawatan yang Ada

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 19/09/2018 . 2 minit bacaan

COPD menyebabkan seseorang sukar untuk bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan dan alveoli mengalami kerosakan serta menjadi sempit. Kesannya, pesakit akan batuk serta mengalami nafas berbunyi dan pendek. Aktiviti fizikal juga menjadi terbatas.

Rawatan COPD bertujuan memudahkan pesakit bernafas agar boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa atau sekurang-kurangnya mengurangkan simptom yang ada.

Berikut adalah beberapa pilihan rawatan bagi COPD.

1. Bronkodilator

Ubat ini berfungsi mengendurkan otot yang mengelilingi saluran pernafasan anda agar saluran tersebut menjadi lebih luas sehingga memudahkan udara lalu masuk ke dalam paru-paru. Batuk dan nafas pendek dapat dikurangkan.

Ubat ini diambil dalam bentuk wap menggunakan inhaler.

Terdapat dua jenis bronkodilator – bertindak pendek dan lama.

Bronkodilator bertindak pendek memberikan kesan yang pantas dan kekal selama 4 hingga 6 jam. Ia hanya digunakan semasa berlaku simptom. Oleh itu, ia hanya sesuai untuk mereka yang mengalami simptom secara jarang-jarang.

Antara contohnya adalah:

  • Albuterol.
  • Levalbuterol.
  • Ipatoprium.

Bronkodilator bertindak lama pula memberikan kesan sehingga 12 jam. Ia boleh diambil setiap hari tanpa mengira simptom sebagai langkah pencegahan. Contohnya termasuk:

  • Formoterol.
  • Salmeterol.
  • Tiotoprium.

2. Steroid

Steroid mengurangkan bengkak pada saluran pernafasan anda. Ia juga kebiasaannya diambil melalui inhaler tetapi mungkin juga diambil dalam bentuk pil dalam kes tertentu apabila simptom menjadi lebih teruk.

Contoh steroid ialah:

  • Budesonide.
  • Fluticasone.

Kadangkala, terdapat ubat yang menggabungkan steroid dan bronkodilator dalam satu inhaler.

Jika digunakan dalam tempoh yang lama, steroid mempunyai kesan sampingan. Ia termasuk:

  • Naik berat badan.
  • Mudah mendapat jangkitan paru-paru.
  • Jangkitan pada mulut.
  • Tulang menjadi lemah.
  • Suara garau.

Doktor kebiasaannya akan memaklumkan lebih awal berkenaan kesan-kesan sampingan ini sebelum rawatan dimulakan.

3. Theophylline

Ubat ini berfungsi sama seperti bronkodilator tetapi harganya lebih murah. Theophylline tidak mengawal semua simptom yang ada tetapi membantu paru-paru bekerja dengan lebih baik.

4. Antibiotik

Doktor mungkin mempreskrip antibiotik jika berlaku jangkitan paru-paru memandangkan sebarang jangkitan akan menyebabkan simptom menjadi lebih buruk. Pesakit juga mungkin perlu mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan.

5. Terapi oksigen

Terapi oksigen membantu meningkatkan kadar oksigen dalam darah agar pesakit mampu hidup dengan lebih sihat dan aktif. Oksigen diberikan sama ada melalui topeng muka atau wayar oksigen.

6. Rehabilitasi pulmonari

Ini adalah sejenis program untuk mengawal COPD. Ia membantu memudahkan pernafasan dan melakukan aktiviti fizikal serta meningkatkan kualiti hidup. Sekumpulan ahli profesional dari pelbagai bidang akan bekerjasama dalam menjalankan terapi ini. Ia termasuk pakar diet, ahli terapi fizikal, ahli terapi pernafasan, doktor dan jururawat.

7. Pembedahan

Jika pilihan rawatan lain gagal mengawal simptom COPD, pembedahan mungkin diperlukan. Antara pembedahan yang ada ialah:

  • Bullectomy.
  • Pembedahan mengurangkan isi padu paru-paru (LVRS).
  • Pemindahan paru-paru.

Perubahan gaya hidup

Satu aspek yang sangat penting dalam menguruskan COPD adalah perubahan pada gaya hidup. Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat terbaik mengikut keadaan semasa anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Asbestos Dalam Bedak Bayi?

    Pihak berkuasa telah menjumpai sejumlah kecil asbestos di dalam kandungan bedak bayi. Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Antarabangsa 03/11/2019 . 3 minit bacaan

    Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Cuba Anda Buat 5 Benda Ini – Bagus Untuk PEROKOK!

    Pendedahan terhadap pencemaran udara sama ada di luar atau di dalam rumah, telah menyebabkan partikel-partikel bendasing memasuki paru-paru kita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 10/10/2019 . 2 minit bacaan

    Jangan Ingat Vape Bagus Sangat, Remaja Ini Miliki Paru-Paru Seperti “Usia 70 Tahun” Kerana Vape!

    Seorang remaja telah membuat pengakuan bahawa vaping telah menjadikan paru-parunya kelihatan seperti “telah berusia 70 tahun”

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/09/2019 . 2 minit bacaan

    Diagnosis Kanser Paru-Paru: Apa Yang Anda Harus Ketahui

    Jika anda merasakan anda mempunyai simptom atau tanda kanser paru-paru, buatlah temu janji dengan doktor anda. Mereka akan melakukan penilaian berdasarkan sejarah perubatan anda, menilai sebarang faktor risiko yang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 18/03/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat sukan tinju

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/02/2020 . 3 minit bacaan
    pneumothorax

    Pneumothorax

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 3 minit bacaan
    rambut mudah gugur

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/11/2019 . 3 minit bacaan
    cystic fibrosis

    Kombinasi Tiga Ubat Efektif Dalam Merawat Cystic Fibrosis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 06/11/2019 . 2 minit bacaan