Pernah terdengar atau terbaca tentang bronkitis kronik namun langsung tidak tahu apa-apa tentangnya? Selain ia kondisi berkaitan paru-paru, ia juga berkenaan salur pernafasan. Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Definisi
Apa itu bronkitis kronik?
Bronkitis ialah keradangan tiub bronkial. Terdapat saluran udara yang membawa udara ke dalam paru-paru.
Pesakit bronkitis kebiasaannya mengalami batuk berkekalan yang mengeluarkan lendir pekat. Ia juga boleh jadi samada akut atau kronik.
Masalah ini adalah salah satu dari jenis COPD (penyakit pulmonari obstruktif kronik). Tiub bronkial yang mengalami keradangan menghasilkan banyak mukus. Ini menyebabkan batuk dan susah bernafas.
Apa risiko bronkitis kronik?
Apa itu bronkitis kronik kerap berlaku. Ia melibatkan lelaki lebih dari wanita dan berlaku di semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko.
Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut tentang kesan bronkitis kronik.
Simptom
Apa simptom masalah ini?
Simptom-simptomnya ialah:
- Batuk;
- Lendir berwarna putih, kelabu, kuning atau hijau;
- Letih;
- Sesak nafas;
- Sedikit demam dan menggigil
- Ketidakselesaan dada.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus jumpa doktor?
Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami mana-mana perkara berikut:
- Berkekalan melebihi 3 minggu;
- Menghalang anda dari tidur;
- Disertai dengan demam melbihi 38°C;
- Menghasilkan lender yang berubah warna;
- Disertai dengan nafas berbunyi atau sesak nafas.
Punca
Apa punca masalah ini?
Ia kebiasaannya disebabkan oleh virus, selalunya virus yang sama menyebabkan demam dan selsema (influenza.
Antibiotik tidak membunuh virus. Jadi, ubat jenis ini tidak berguna dalam kebanyakan kes bronkitis.
Sebab paling kerap ialah merokok. Pencemaran udara atau dan habuk atau gas toksik di dalam persekitaran atau tempat kerja juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.
Faktor Risiko
Apakah faktor risiko bronkitis kronik?
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
- Merokok. Mereka yang merokok atau hidup bersama perokok adalah berisiko untuk masalah ini sama ada akut dan kronik.
- Ketahanan diri lemah. Ini mungkin disebabkan oleh penyakit akut lain seperti demam, atau keadaan kronik yang melemahkan sistem imun anda. Dewasa tua, bayi dan kanak-kanak muda lebih cenderung kepada jangkitan.
- Terdedah kepada bahan rengsa di tempat kerja. Risiko anda menghidapi bronkitis adalah lebih tinggi jika anda bekerja sekitar bahan rengsa paru-paru tertentu seperti gandum atau tekstil atau terdedah kepada wap kimia.
- Refluks perut. Serangan pedih ulu hati yang berterusan boleh merengsa tekak anda dan membuatkan anda lebih cenderung untuk mendapat bronkitis.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit bronkitis ini didiagnosis?
Pemeriksaan fizikal sentiasa menjadi yang pertama. Doktor akan menggunakan stetoskop untuk mendengar secara dekat paru-paru anda semasa bernafas.
Dalam sesetengah kes, doktor mungkin mencadangkan:
- X-ray dada. X-ray dada boleh membantu menentukan jika anda mengalami pneumonia atau keadaan lain yang mungkin menjelaskan batuk anda. Ini secara khususnya penting jika anda sedang atau pernah menjadi perokok.
- Ujian kahak. Ia boleh diuji untuk melihat jika anda menghdapi batuk kokol (pertussis) atau penyakit lain yang boleh dirawat dengan antibiotik. Kahak juga boleh diuji untuk melihat tanda-tanda alergik.
- Ujian fungsi paru-paru. Ujian ini melihat tanda-tanda asma atau emfisema.
Bagaimana pesakit bronkitis ini dirawat?
Kebanyakan kes masalah ini pulih tanpa rawatan ubat dalam tempoh 2 minggu. Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin mempreskrip ubat seperti antibiotik, ubat batuk atau inhaler jika perlu.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani masalah ini?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kondisi ini:
- Jangan merokok. Pakai penutup muka jika udara tercemar atau anda terdedah kepada bahan perengsa seperti cat atau bahan pencuci rumah dengan wap yang kuat.
- Gunakan pelembap udara. Udara yang panas dan lembap membantu mengurangkan batuk dan mencairkan lender di dalam saluran udara anda dan berishkannya mengikut rekomendasi syarikat pengeluar bagi mengelakkan perkembangan bakteria dan fungus di dalam bekas airnya.
- Pertimbangkan untuk memakai penutup muka di luar. Jika udara sejuk membuatkan batuk anda semakin teruk dan menyebabkan sesak nafas, guanakan penutup muka udara sejuk sebelum keluar rumah.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.