Apnea Tidur Obstruktif

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 13/09/2019

Definisi

Apa itu Apnea Tidur Obstruktif?

Apnea tidur boleh menghentikan pernafasan anda buat sementara waktu semasa tidur. Ia adalah gangguan tidur yang serius. Terdapat 3 jenis apnea tidur dan gangguan Apnea Tidur Obstruktif (OSA) adalah bentuk apnea tidur yang paling lazim. Ia boleh berlaku sehingga 30 kali sejam dalam satu malam. Anda mungkin tidak ingat atau perasan apabila ia berlaku. Akibatnya, kualiti tidur anda tidak mencukupi untuk menjadikan anda bertenaga dan produktif pada hari-hari berikutnya.

Apakah kebarangkalian Apnea Tidur Obstruktif?

Apnea Tidur Obstruktif boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Apnea Tidur Obstruktif?

Tanda-tanda umum bagi Apnea Tidur Obstruktif adalah:

  • Berdengkur dengan kuat dalam jangka masa panjang hampir setiap malam.
  • Tercekik, tersedak, atau tercungap-cungap semasa tidur.
  • Berhenti bernafas dengan tiba-tiba.
  • Keletihan, mengantuk semasa siang hari.
  • Mulut kering dan sakit tekak pada keesokan paginya.
  • Tekanan darah tinggi.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Apnea Tidur Obstruktif?

Apnea jenis ini berlaku apabila otot-otot di bahagian belakang kerongkong mengendur dan menyekat saluran udara. Apabila sekatan separa atau lengkap berlaku, tahap oksigen darah boleh menjadi lebih rendah disebabkan oleh pemberhentian pernafasan (10-20 saat). Apabila kekurangan oksigen, otak anda akan menjadi panik dan membangkitkan badan untuk bernafas semula.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Apnea Tidur Obstruktif?

Terdapat banyak faktor risiko bagi Apnea Tidur Obstruktif, seperti:

  • Tonsil yang membengkak atau adenoid dalam kalangan kanak-kanak.
  • OSA adalah lebih biasa pada usia pertengahan dan tua.
  • Secara umum, lelaki adalah dua kali lebih cenderung berbanding wanita untuk mengalami Apnea Tidur Obstruktif.
  • Keadaan kesihatan yang mendasari: diabetes, tekanan darah tinggi, asma.
  • Kecacatan struktur: penyempitan saluran udara.
  • Tabiat yang buruk: menggunakan alkohol, merokok.
  • Sejarah keluarga.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Apnea Tidur Obstruktif didiagnosis?

OSA didiagnosis melalui beberapa pemeriksaan dan ujian. Doktor anda akan bertanya tentang sejarah keluarga dan bagaimana pesakit menjalani aktiviti harian. Seterusnya adalah ujian fizikal untuk memeriksa keluarbiasaan pada belakang tekak. Doktor anda juga boleh mengukur lilitan leher dan pinggang anda serta memeriksa tekanan darah anda. Polysomnography dan ujian apnea tidur di rumah juga digunakan untuk mengesan Apnea Tidur Obstruktif.

Bagaimana pesakit Apnea Tidur Obstruktif dirawat?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani Apnea Tidur Obstruktif:

  • Kurangkan berat badan jika anda terlebih berat badan.
  • Bersenam dengan kerap.
  • Minum alkohol dengan sederhana sekiranya perlu, dan jangan minum beberapa jam sebelum waktu tidur.
  • Berhenti merokok.
  • Gunakan ubat dekongestan hidung atau ubat alergi.
  • Elakkan tidur dalam keadaan menelentang..

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Apnea Tidur Obstruktif?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani Apnea Tidur Obstruktif:

  • Kurangkan berat badan jika anda terlebih berat badan.
  • Bersenam dengan kerap.
  • Minum alkohol dengan sederhana sekiranya perlu, dan jangan minum beberapa jam sebelum waktu tidur.
  • Berhenti merokok.
  • Gunakan ubat dekongestan hidung atau ubat alergi.
  • Elakkan tidur dalam keadaan menelentang..

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanser dan Masalah Tidur

    Menurut Institut Kanser Kebangsaan, sehingga 50 peratus pesakit kanser mempunyai masalah dalam tidur mereka. Jika anda menghadapi masalah dengan tidur, anda tidak bersendirian. Artikel ini akan membantu anda mengetahui ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Komplikasi Asma, Apa yang Anda Perlu Tahu

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), asma adalah membahayakan manusia. Ia dianggap sebagai salah satu penyakit kronik yang paling biasa. Kini terdapat kira-kira 300 juta pesakit asma di dunia, dengan anggaran ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Pusat Kesihatan, Asma 01/03/2019

    Bahayakah Berjalan Semasa Tidur?

    Berjalan semasa tidur, sleepwalking atau dikenali sebagai somnambulism, adalah satu gangguan tidur yang menyebabkan individu bangun dan berjalan semasa mereka sedang tidur. Kebanyakan gangguan tidur ini berlaku ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Mengapa Perlu Matikan Lampu Semasa Tidur?

    Berapa kali anda tertidur dengan lampu atau televisyen yang terbuka? Atau berjaga malam menggunakan komputer sebelum tidur? Tahukah anda bahawa faktor utama dalam mengawasi tidur dan jam biologi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    tidur berjalan

    Anak Anda Tidur Berjalan? Ketahui Tentang Somnambulisme

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/01/2020
    Tidur Awal Satu Fasa yang Jarang Berlaku

    Tidur Awal: Satu Fasa yang Jarang Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/08/2019
    otak

    Penyelidikan Baharu Mengubah Pemahaman Kita Berkenaan Aktiviti Otak Ketika Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/03/2019
    mengigau semasa tidur

    Sering Mengigau Semasa Tidur, Ia Mungkin Tanda PENYAKIT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/03/2019