African Trypanosomiasis: Penyakit Parasit Bawaan Lalat

Oleh

African trypanosomiasis juga dikenali sebagai penyakit tidur (sleeping sickness) kerana antara karakter penyakit ini ialah menyebabkan gangguan tidur. Terdapat dua parasit yang menjadi punca, iaitu Trypanosoma brucei rhodesiense (TbR) dan Trypanosoma brucei gambiense (TbG), majoriti jangkitan berpunca dari TbG.

Parasit ini dibawa oleh sejenis lalat, dikenali sebagai lalat tsetse yang terdapat di negara-negara Afrika Sub-Sahara (36 negara). Oleh sebab itu, ia dinamakan sebagai African trypanosomiasis. Sebanyak 10,000 kes baru dilaporkan setiap tahun menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Kumpulan parasit yang sama menyebabkan American trypanosomiasis (penyakit Chagas) di negara-negara Amerika Latin.

Lalat tsetse yang membawa parasit TbR dan TbG

African trypanosomiasis menjejaskan sistem saraf pusat

Penyakit ini mempunyai dua fasa. Dalam fasa pertama, parasit beredar dalam darah dan masih tidak menjejaskan sistem saraf pusat. Apabila parasit mula masuk ke dalam otak, fasa kedua bermula. Simptom dan progres penyakit bergantung kepada parasit, sama ada TbG atau TbR. Namun, kedua-duanya akan menyebabkan koma dan kematian jika tidak dirawat.

Jangkitan TbR (juga dikenali sebagai penyakit tidur Afrika Timur) berkembang dengan lebih pantas berbanding jangkitan TbG (atau penyakit tidur Afrika Barat).

Dalam fasa pertama, simptom yang dialami termasuk:

  • Demam dan badan letih.
  • Sakit kepala, sendi, dan otot.
  • Nod limfa bengkak.
  • Ruam.

Apabila parasit mula menyerang otak dan masuk ke fasa kedua, simptom menjadi semakin serius:

  • Kewarasan mental merosot.
  • Gangguan tidur – mengantuk pada waktu siang, segar pada waktu malam.
  • Personaliti berubah.
  • Berjalan tidak stabil.
  • Koma dan kematian.

Rawatan boleh memulihkan jangkitan

Ubat dan rawatan bergantung kepada jenis parasit dan fasa penyakit. Antara ubat yang digunakan ialah pentamidine, suramin, melarsoprol, eflonithine, dan nifurtimox.

WHO meletakkan sasaran untuk menghapuskan penyakit ini menjelang tahun 2020.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut